29 Ogos 2011

Salam Aidilfitri

Mohon ampun dan maaf atas sebarang kesalahan ku pada korang semua. 
Maaf Zahir dan Batin

Panduan Pemanduan Selamat

Salam

Sekadar berkongsi beberapa tips pemanduan selamat... tips yang dapat dari tenet or yang biasa ak wat

  • Patuhi Peraturan Jalan Raya. Contohnya had kelajuan, lampu insyarat
  • Memandu dengan berhati-hati serta sentiasa berwaspasa. 
  • Bertimbang rasa terhadap pengguna yang lain. Contohnya menggunakan laluan kiri ketika tidak memotong dan menggunakan laluan kanan ketika memotong
  • Pastikan kenderaan selamat, telah diservis, angin tayar mencukupi dan semua kondisi kenderaan pada tahap terbaik.
  • Berhenti sekejap ketika penat dan tidur di tempat yang selamat apabila amat mengantuk.
  • Memandu pada masa kebiasaan memandu atau semasa kebiasaanya tidak mengantuk. Contohnya ak biasa memandu yang kurang mengantuk pada waktu malam, Jadi untuk perjalanan yang jauh, biasa ak akan memandu pada waktu malam.
  • Berdoa semoga perjalanan selamat dan mulakan perjalanan dengan membaca doa menaiki kenderaan.
  • Berhubungan dengan saudara atau waris sebelum bertolak, semasa dalam perjalanan dan apabila sampai.

nie plak tips yang ak dapat dari akhbar Berita Harian ari nie... selamat memandu
  • pakai tali pinggang keledar
  • Elakkan meletak kenderaan secara haram, kenderaan anda mungkin akan ditarik atau disaman. Pastikan anda ingat di mana anda letak kenderaan anda.
  • Jangan langgar lampu merah. Bertimbang rasa terhadap terhadap pengguna jalan raya yang lain. Berhati-hati dan patuhi peraturan ketika memandu.
  • Berjaga-jaga. Periksa cermin sisi dan cermin belakang anda, pastikan anda boleh melihat semua kenderaan dan pejalan kaki di belakang dan di hadapan anda.
  • Jangan melakukan sesuatu dengan tiba-tiba bagi mengelakkan pelanggaran. Contohnya, memandu secara melulu dan pantas atau memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba.
  • Jangan menyelit di antara kenderaan di lebuh raya kerana perbuatan ini sangat berbahaya.
  • Berwaspada dengan kenderaan yang besar seperti lori dan bas. Kenderaan besar ini kebiasaannya mempunyai titik buta atau penglihatan dan pergerakan yang terbatas.
  • Jika kereta mempunyai ABS (antilock Braking System), tekan brek berkenaan sekuat yang boleh bagi mengaktifkannya untuk membuat hentian kecemasan.
  • Pandu perlahan (mematuhi had kelajuan yang di tetapkan). Hapuskan rasa terburu anda. Berikan anda lebih masa dan nikmati keselesaan memandu.

Tips Ketika Memandu (Perjalanan Jauh) - Perayaan

salam

Sekadar berkongsi beberapa tips dari akhbar hari nie....

Minum Minuman Bertenaga
ini boleh meningkatkan tahap waspada untuk jangka masa yang sesuai ketika memandu. Selain itu, hisap atau kunyah epal, oren atau lemon untuk mengekalkan deria rasa berjaga. Lebih masam makanan itu, lebih baik.

Berhenti di tempat selamat untuk makan atau berehat

Makan secara perlahan-lahan
Jika anda mempunyai snek dalam bentuk ketulan kecil, makannya satu persatu. Jika anda lebih aktif, lebih senang anda untuk berjaga. Namun, harus di ingat, makan semasa memandu juga boleh menyebabkan kemalangan.

Minum Kopi
Kopi amat berkesan untuk anda berjga disebabkan kandungan kafein di dalamnya.

Berhenti dengan kerap untuk ke tandas
Ini boleh membuatkan minda anda segar untuk ke kawasan rehat seterusnya.

Mendengar muzik
Dengar lagu yang anda tidak suka. Lebih menjengkelkan muzik itu, lebih baik dan pasang dengan kuat. Jangan dengar muzik yang anda suka, lebih² lagi jika ia berirama dan menyenangkan. Anda akan berada dalam zon gembira dan ia boleh menyebabkan anda mengantuk.

Nyanyi bersama-sama atau berbual dengan seseorang ketika memandu
Menyanyi dan berbual boleh membuatkan anda aktif tanpa menganggu pemanduan anda. Elakkan daripada bercakap dalam telefon bimbit kerana ia juga boleh menyebabkan anda lalai.

Buka Tingkap.
Angin yang kuat dan digin ke muka boleh membuatkan anda lebih berjaga-jaga, tetapi pastikan ia tidak membuat mata anda kering (perkara ini biasa berlaku kepada pengguna kanta lekap)

Goyangkan kepada anda dari semasa ke semasa dan ambil nafas panjang.

Letakkan kerusi pada kedudukan yang anda tidak biasa.
keadaaan ini boleh menyebabkan anda berjaga-jaa tetapi pastikan anda mempunyai penglihatan yang baik pada jalan dan cermin kenderaan. Jika ada sudah berasa selesa dengan kedudukan itu, tukar ke kedudukan yang lain.

Kunyah gula-gula getah
ia mampu menghalang anda dari menguap justeru mengelakkan anda berasa mengantuk. Pastikan anda terus mengunyah walaupun mulun anda terasa penat.

sumber: Berita Harian

16 Ogos 2011

Tips Mengatasi Tekanan Di Tempat Kerja

1. Rancangkan  dengan baik aktiviti anda iaitu apa, mengapa, bagaimana, bila dan siapa yang bertanggung jawab terhadap tugas-tugas. Apa yang penting ialah  membuat perancangan  jangka panjang dan jangka pendek iaitu (perancangan  bulanan, perancangan harian).

2. Pastinya anda di masa lalu pernah mengalami masalah-masalah di tempat kerja. Cuba ingat-ingat kembali adakah cara-cara yang dapat anda gunakan untuk mengatasi masalah yang anda hadapi saat ini.

3. Pastikan anda tahu mengenai tugas dan tanggung jawab anda, serta jangan takut untuk bertanya.

4. Lakukan beberapa kali break untuk beberapa minit selama anda bekerja. Santai dan JANGAN MELAKUKAN APAPUN. Tarik  nafas dalam-dalam.

5. Bahagikan sebahagian tugas atau tanggung jawab anda kepada anak buah anda.

6. Sediakan lingkungan kerja yang baik. Kurangkan gangguan-gangguan seperti suara,  cahaya dan suhu.

7. Miliki sikap toleransi  sesama rakan kerja. Ingatlah bahawa masing-masing mempunyai  peribadi yang unik.

8. Sama-sama mewujudkan iklim kerja yang menyenangkan dengan bersikap terbuka dan mengamalkan komunikasi yang baik sesama rakan sekerja.

9. Meningkatkan semangat kerja berpasukan walaupun di luar waktu pejabat contohnya makan bersama, merayakan perayaan bersama, membuat jamuan kecil-kecilan seperti jamuan hari jadi, bersukan atau rekreasi bersama.

Siri Ceramah Dalaman

Salam

Sekadar memaklumkan kepada yang berminat... Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Perak menganjurkan siri ceramah Mukmim Profesional dengan maklumat seperti di bawah

Tarikh   :    18 Ogos 2011 (Khamis)
Tempat :    Pusat Islam, Universiti Teknologi MARA (Perak)
Masa   :    5:00 petang  hingga 7:00 malam
Tajuk   :     Mukmin Profesional Celik Mata Hati
Penceramah  :    Ustaz Pahrol bin Mohamad Juoi

Kehadiran tuan / puan terutama pelajar² UiTM amat di alu-alukan

# dah mcm AJK promosi plak... hua..hua...hua...

13 Ogos 2011

Belajar Untuk Menerima

Artikel menarik daripada iluvislam ... sama² kita fikirkan'


Hidup ini semakin hari semakin banyak pula dugaan. Dugaan semalam belum lagi tamat, datang pula dugaan dan cubaan pada hari ini. Namun, sebenarnya tanpa kita sedari dugaan tersebut sebenarnya telah mengajar kita. Mengajar kita erti menerima.

Setiap anak Adam di atas muka bumi ini telah ditentukan Allah ajalnya, rezekinya, jodohnya dan menjadi orang yang sengsara ataupun sebaliknya sejak azali lagi. Sebagai contoh:
Hari ini Aminah makan nasi goreng dan air laici, malamnya pula Aminah makan mee goreng dan air masak. Jadi, di sinilah ketentuan Allah bahawa rezeki Aminah dari segi makanan, minuman dan sebgainya telah ditetapkan baginya.

Klasifikasi Filem/Video di Internet

salam

sebenarnya ak nie ak mendonlod movie jerk kerjanya... dah lama dah wat kerja nie... tp kadang² terkonfius dengan kualiti filem yg di lanunkan nie
ada yg camrip, TS, R5, PPVRip, DVDrip... amender semua tuh.... lepas menggoogle ... hehehe jumpa juga kat sini... meh baca...

1. CAMrip

Kalau anda memang jenis yang rajin muat turun filem dari internet, tetapi ketika menonton filem tersebut, tiba-tiba keluar kepada orang di tengah-tengah skrin, ataupun ada 'bayang' orang yang sedang turun dari tangga (nak pegi tandas la tu!), itu adalah filem dari jenis ini, iaitu CAMrip..CAM ialah filem yang direkodkan di panggung dengan menggunakan kamera digital..adakalanya ia direkodkan dengan bantuan mini tripod tetapi kebiasaannya direkodkan secara manual, jadi filem itu biasanya 'bergoyang' atau bergetar..kedudukan kamera juga tidak tetap, adakalanya ia diambil dari sudut tepi panggung, dan suara direkodkan dari mikrofon terbina dalaman, menyebabkan suara penonton lebih jelas kedengaran berbanding suara dari filem itu sendiri..faktor ini menyebabkan kualiti bunyi agak rendah..

07 Ogos 2011

Demam Oh Demam

salam

1st... selamat berpuasa semua.... err... buka apa .... hehehe

2nd... dah 3 hari ak demam.... nasib hari cuti so enjoy tido... hehehe

3rd .... org kalo demam x da selera nak makan.... sama la ngan ak... tp memandang kan nie time bulan poser.... so hehehe... apa lagi.... nafsu makan yg bukan² tuh ntah apa².... mula la nak makan yg pelik².... hehehe ... n 4 today... hehehe.... emmm dah ada idea nak makan apa.... so nak p beli sat gi.... n to all...

Selamat Berbuka
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...