sumber: Iluvislam | mas alieya      | Editor: Raidah    
  

Kemalasan  dilihat sebagai satu fenomena yang sering terjadi pada manusia. Haiwan?  Tumbuhan-tumbuhan? Tidak pernah pula makhluk Allah ini kita lihat  kejadian malas berlaku pada mereka. Mengapa kita? Kerana kita punya  nafsu. Tetapi Allah itu Maha Pengasih, Dia tidak berlaku zalim pada  hamba-hamba-Nya. Oleh itu Dia telah menciptakan nafsu seiring dengan  adanya akal. Akal yang boleh memimpin nafsu.
Dengan adanya akal, ia diperintah untuk mencari ilmu yang Allah S.W.T  telah turunkan ke bumi. Akal yang mencari ilmu yang baik lantaran akan  membawa ketundukan kepada nafsu dan akan menyinarkan ketenangan buat  jiwa. Sebaliknya pula bagi akal yang telah terpalit noda sewaktu mencari  ilmu ia akan gagal memberikan keharmonian buat jiwa malah nafsu pula  yang memegang tampuk pemerintahan bagi diri. Jadilah diri yang telah  diselebungi sifat malas di dalamnya.