12 Mac 2012

Amuk, askar AS tembak mati 16 rakyat Afghan

sumber: Utusan Malaysia
 
KABUL 11 Mac - Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh hari ini apabila seorang askar Amerika Syarikat (AS) yang berjalan kaki meninggalkan pangkalannya di selatan Afghanistan melepaskan tembakan ke arah penduduk awam Afghan.
Askar itu ditahan sebaik sahaja dia kembali ke pangkalannya, menurut satu kenyataan daripada Pasukan Bantuan Keselamatan Antarabangsa (ISAF) yang terletak di bawah Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
"Seorang anggota tentera AS ditahan hari ini berhubung satu insiden yang menyebabkan kematian penduduk awam Afghan di wilayah Kandahar," menurut kenyataan itu.
Seorang pegawai Barat berkata, askar itu keluar dari pangkalannya dengan berjalan kaki (pada awal pagi ini) dan mula melepaskan tembakan, sebelum kembali ke pejabat dan ditahan.


# wanpiece - jika di tempat lain dengan pasukan selain Amerika pasti akan dihalau keluar dari negara berkenaan contohnya tentera syria yang di halau keluar dari labenon selepas peristiwa kematian bekas perdana menteri Rafik Hariri....

kita tunggu dan lihat...Apakah Hamid Karzai....lebih pentingkan Amerika atau rakyatnya..... apa yang pasti moga orang islam yang terbunuh itu syahid dan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman......moga ALLAH lah yang membalas perbuatan orang2 yang zalim.....

01 Mac 2012

10 Orang yang Dijamin masuk Syurga

Hadis riwayat Tirmizi melalui sahabat Abdul Rahman bin Auf, Nabi berkata; “Abu Bakar adalah ahli syurga, Umar adalah ahli syurga, Usman adalah ahli syurga, Ali adalah ahli syurga, Thalhah adalah ahli syurga, Zubair adalah ahli syurga, Abdul Rahman Bin Auf adalah ahli syurga, Saad bin Abi Waqas adalah ahli syurga, Said bin Zaid adalah ahli syurga dan Abu Ubaidah bin Jarrah adalah ahli syurga.” - Hadis ini juga dilaporkan oleh Ibnu Majah melalui sahabat Said bin Zaid.

1. Abu Bakar Siddiq ra.
Beliau ialah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Di dalam Quran (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut : “Jikalau tidak menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu) ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah) sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar) ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadis


2. Umar Bin Khatab ra.
Beliau ialah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad SAW semasa hidupnya. Sebelum memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), beliau menjadi salah satu kekuatan Islam ketika itu. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi Timur berjaya ditakluknya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal dalam umur 64 tahun kerana dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu Bakar dan Rasulullah di bekas rumah Aisyah yang sekarang terletak di dalam masjid Nabawi di Madinah.

3. Usman Bin Affan ra.
Beliau ialah Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci) sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal pada usia 82 tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dimakamkan di Baqi’.

4. Ali Bin Abi Thalib ra.
Merupakan khalifah keempat, beliau juga beliau sepupu nabi dan juga menantunya. Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya di dalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya. Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di Koufah, Iraq sekarang.

5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq r.a, selalu aktif d isetiap peperangan selain Perang Badar. Di dalam perang Uhud, beliaulah yang mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh, sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam Perang Jamal di masa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64 tahun, dan dimakamkan di Basrah.

6. Zubair Bin Awaam
Memeluk Islam juga kerana Abu Bakar Siddiq r.a, ikut berhijrah sebanyak dua kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur di dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada usia 64 tahun.

7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Memeluk Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapanya sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.

8. Sa’id Bin Zaid
Sudah memeluk Islam sejak kecil, mengikuti semua peperangan kecuali Perang Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh rasul untuk merisik gerakan musuh (Quraish). Meninggal dunia pada usia 70 tahun dikuburkan di Baqi’.

9. Abdurrahman Bin Auf
Antara sahabat nabi yang terkenal. Memeluk Islam sejak kecil melalui Abu Bakar Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.

10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada kali kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal pada tahun 18H di urdun (Syam) kerana penyakit, dan dimakamkan di Urdun yang sampai ketika ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...