Hadis  riwayat Tirmizi melalui sahabat Abdul Rahman bin Auf, Nabi berkata;  “Abu Bakar adalah ahli syurga, Umar adalah ahli syurga, Usman adalah  ahli syurga, Ali adalah ahli syurga, Thalhah adalah ahli syurga, Zubair  adalah ahli syurga, Abdul Rahman Bin Auf adalah ahli syurga, Saad bin  Abi Waqas adalah ahli syurga, Said bin Zaid adalah ahli syurga dan Abu  Ubaidah bin Jarrah adalah ahli syurga.” - Hadis ini juga dilaporkan oleh  Ibnu Majah melalui sahabat Said bin Zaid.
1. Abu Bakar Siddiq ra.
Beliau  ialah khalifah pertama sesudah wafatnya Rasulullah Saw. Di dalam Quran  (Surah At-Taubah ayat ke-40) sebagaimana berikut : “Jikalau tidak  menolongnya (Muhammad) maka sesungguhnya Allah telah menolongnya (iaitu)  ketika orang-orang kafir (musyrikin Mekah) mengeluarkannya (dari Mekah)  sedang dia salah seseorang dari dua orang (Rasulullah dan Abu Bakar)  ketika keduanya berada dalam gua, di waktu dia berkata kepada  temannya:”Janganlah berduka cita, sesungguhya Allah bersama kita”. Maka  Allah menurunkan ketenangan kepada (Muhammad) dan membantunya dengan  tentera yang kamu tidak melihatnya, dan Allah menjadikan seruan  orang-orang kafir itulah yang rendah. Dan kalimat Allah itulah yang  tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” Abu Bakar Siddiq  meninggal dalam umur 63 tahun, dari beliau diriwayatkan 142 hadis
2. Umar Bin Khatab ra.
Beliau  ialah khalifah ke-dua sesudah Abu Bakar, dan termasuk salah seorang  yang sangat dikasihi oleh Nabi Muhammad SAW semasa hidupnya. Sebelum  memeluk Islam, Beliau merupakan musuh yang paling ditakuti oleh kaum  Muslimin. Namun semenjak ia bersyahadat dihadapan Rasul (tahun keenam  sesudah Muhammad diangkat sebagai Nabi Allah), beliau menjadi salah satu  kekuatan Islam ketika itu. Dijaman kekhalifaannya, Islam berkembang  seluas-luasnya dari Timur hingga ke Barat, kerajaan Persia dan Romawi  Timur berjaya ditakluknya dalam waktu hanya satu tahun. Beliau meninggal  dalam umur 64 tahun kerana dibunuh, dikuburkan berdekatan dengan Abu  Bakar dan Rasulullah di bekas rumah Aisyah yang sekarang terletak di  dalam masjid Nabawi di Madinah.
3. Usman Bin Affan ra.
Beliau  ialah Khalifah ketiga setelah wafatnya Umar, pada pemerintahannyalah  seluruh tulisan-tulisan wahyu yang pernah dicatat oleh sahabat semasa  Rasul hidup dikumpulkan, kemudian disusun menurut susunan yang telah  ditetapkan oleh Rasulullah Saw sehingga menjadi sebuah kitab (suci)  sebagaimana yang kita dapati sekarang. Beliau meninggal pada usia 82  tahun (ada yang meriwayatkan 88 tahun) dan dimakamkan di Baqi’.
4. Ali Bin Abi Thalib ra.
Merupakan  khalifah keempat, beliau juga beliau sepupu nabi dan juga menantunya.  Selain Umar bin Khatab, Ali bin Abi Thalib juga terkenal keberaniannya  di dalam peperangan. Beliau sudah mengikuti Rasulullah sejak kecil dan  hidup bersama Beliau sampai Rasul diangkat menjadi Nabi hingga wafatnya.  Ali Bin Abi Thalib meninggal dalam umur 64 tahun dan dikuburkan di  Koufah, Iraq sekarang.
5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Masuk  Islam dengan perantaraan Abu Bakar Siddiq r.a, selalu aktif d isetiap  peperangan selain Perang Badar. Di dalam perang Uhud, beliaulah yang  mempertahankan Rasulullah Saw sehingga terhindar dari mata pedang musuh,  sehingga putus jari-jari beliau. Thalhah Bin Abdullah gugur dalam  Perang Jamal di masa pemerintahan Ali Bin Abi Thalib dalam usia 64  tahun, dan dimakamkan di Basrah.
6. Zubair Bin Awaam
Memeluk  Islam juga kerana Abu Bakar Siddiq r.a, ikut berhijrah sebanyak dua  kali ke Habasyah dan mengikuti semua peperangan. Beliau pun gugur di  dalam perang Jamal dan dikuburkan di Basrah pada usia 64 tahun.
7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Memeluk  Islam sejak umur 17 tahun dan mengikuti seluruh peperangan, pernah  ditawan musuh lalu ditebus oleh Rasulullah dengan ke-2 ibu bapanya  sendiri sewaktu perang Uhud. Meninggal dalam usia 70 (ada yang  meriwayatkan 82 tahun) dan dikuburkan di Baqi’.
8. Sa’id Bin Zaid
Sudah  memeluk Islam sejak kecil, mengikuti semua peperangan kecuali Perang  Badar. Beliau bersama Thalhah Bin Abdullah pernah diperintahkan oleh  rasul untuk merisik gerakan musuh (Quraish). Meninggal dunia pada usia  70 tahun dikuburkan di Baqi’.
9. Abdurrahman Bin Auf
Antara  sahabat nabi yang terkenal. Memeluk Islam sejak kecil melalui Abu Bakar  Siddiq dan mengikuti semua peperangan bersama Rasul. Turut berhijrah ke  Habasyah sebanyak 2 kali. Meninggal pada umur 72 tahun (ada yang  meriwayatkan 75 tahun), dimakamkan di baqi’.
10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah
Masuk  Islam bersama Usman bin Math’uun, turut berhijrah ke Habasyah pada kali  kedua dan mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah Saw. Meninggal  pada tahun 18H di urdun (Syam) kerana penyakit, dan dimakamkan di Urdun  yang sampai ketika ini masih sering diziarahi oleh kaum Muslimin.