01 Jun 2010

Kita Miskin Salah Siapa???

Salam

Apakah kemiskinan?? dalam bahasa kita, miskin ialah "Orang-orang yang tidak cukup di dalam hidupnya atau orang-orang yang kekurangan harta". Tetapi dalam islam miskin pula ialah tawadhu' dan khusyu', dan supaya tidak menjadi orang-orang yang sombong dan takabur. (sekadar cedok dari tenet dari sini). Apa pun pemahaman kita atau definisinya kenapa kita miskin???

Sekadar cuba menjelaskan konsep miskin ini dari bahasa yang kita fahami, tidak cukup dengan harta yang di punyainya. Soalnya sekali lagi kenapa kita miskin? kenapa hari ini kita sering kali tidak cukup dengan apa yang ada? Adakah kita tidak cukup berusaha? atau kita nie sebenarnya tidak mensyukuri nikmat yang ada? kemudian timbul lagi satu soalan siapakah yang bersalah menjadikan kita miskin.

Ketika mencari isu-isu berkaitan hal ini, saya terjumpa 2 perkara menarik. Dari utusan dan dari blogger lain. Malahan jika di cari lagi, definisi kemiskinan atau artikel² atau pendapat berkenaan kemiskinan di internet sama ada di forum² atau blog tentu sekali sekalian tahu hasilnya. Semuanya hanya menyalah kerajaan atau sistem yang ada. Saya tidak mahu berfikir sedemikian walaupun tidak menafikan kata² mereka, juga berdasarkan fakta² yang mereka paparkan.

Menyalahkan kerajaan tidak akan menjadikan kita kaya. malahan jika kita mampu menukar kerajaan sekali pun adakah kita akan kaya pada keesokan harinya atau hari² mendatang. Fikirkanlah, tentu sekali tidak. Atau kita mahu menyalah masyarakat sekeliling atau keadaan semasa. Ya, tentu sekali kita boleh menyalahkan mereka. Kita boleh menyalahkan bangsa A atau bangsa B kenapa mereka hidup kaya atau kita juga boleh menyalahkan keluarga A atau keluarga B, kenapa mereka hidup kaya. Kita mengatakan bangsa A adalah bangsa yang sentiasa mendapat perhatian kerajaan atau bangsa B pula bangsa yang memang pandai meniaga. Sedangkan bangsa kita sentiasa menjadi mangsa keadaan. Adakah itu tepat. Fikir²kan lah

Pokok pangkalnya adalah pada diri kita sendiri. ALLAH telah berfirman dalam surah Ar-Ra'd, ayat 11: yang maksudnya, "sesungguhnya ALLAH tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada mereka sendiri". Ayat ini memang umum, mahu kita semua berubah jika tidak selesa dengan keadaan yang ada. Malahan boleh ditafsirkan atau di putar belitkan mengikut kesesuaian masing-masing. Ahli politik boleh mengatakan inilah masanya kita untuk menukar kerajaan. Ahli perniagaan boleh menjadi ayat ini sebagai azimat untuk lebih berusaha. Orang bujang boleh juga berusaha untuk berkahwin atau siapa sahaja boleh berusaha untuk berubah. Kerana apa? kerana itulah janji ALLAH, siapa yang mahu berusaha maka nasib mereka akan berubah. Siapa yang lalai atau membiarkan keadaan yang ada maka keaadaan akan kekallah begitu selamanya. Laman web ni dan laman web nie amat menarik untuk di baca dan difahami isi kandungan. Fikir²kan lah

Berbalik pada pada tajuk perbincangan kita. "kita miskin salah siapa?". Memang sukar menjawabnya malahan menyalahkan pihak lain juga tidak akan menyelesaikan masalah. Pentingnya kita semua perlu berubah. Paling penting mengubah diri sendiri dahulu. Jika kita mampu mengubah kerajaan sekalipun seperti yang semua orang war-warkan tetapi kita sendiri tidak mahu mengubah diri kita. Pasti kita akan kekal miskin juga. Apa perubahan yang kita perlukan? Perlukah kita mencari pekerjaan lain, atau bekerja sambilan atau jika belum berkahwin mencari pasangan yang lebih kaya, atau jika telah berkahwin sekalipun, mencari juga pasangan yang lebih kaya. Atau mungkin buat apa sahaja termasuk menipu atau memusnahkan hidup orang lain asalkan matlamat kita tercapai. Terpulanglah pada individu. Fikir²kan lah

Positif dan negatif. Ingatlah jika kita mencapai tujuan itu dengan cara yang positif maka hasil yang diperoleh tentulah baik. Jika kita menggunakan cara yang negatif, maka hasil yang kurang baiklah kita perolehi. Seperti kata peribahasa. Buat baik, balasan baik, buat jahat maka balasannya jahat. Begitu juga janji ALLAH, sesiapa yang banyak buat kebaikan semasa hidupnya maka syurgalah tempatnya dan mereka yang banyak berbuat kemungkaran dan kejahatan maka nerakalah yang paling layak untuknya. Fikir²kan lah.

Ubahlah diri dengan berusaha mencari dan memenuhi keperluan diri, masa yang sama jangan kita lupa beramal, berdoa dan memohon kepada-Nya agar nasib kita berubah kepada lebih baik. Juga janganlah kita lupa untuk bersyukur dan menunaikan hak-hak yang wajib ke atas kita. Janganlah kita lupa orang yang lebih susah daripada kita, jangan kita lupakan kawan-kawan kita, adik-beradik kita, ibu bapa atau anak-anak kita, juga jiran-jiran kita. Kerana adakalanya doa mereka akan menjadikan kita lebih berbahagia walaupun kita tetap miskin. Adakalanya hidup miskin di dunia lebih baik daripada kita hidup miskin di akhirat. Fikir²kan lah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...