salam
baru-baru nie kawan² aku... geng yang sama² turun main badminton, pertikaikan ranking top 5 yang aku dah war² kan sebelum nie..... mereka menyatakan ranking aku mungkin ke 6 atau lebih bawah... sajer bikin panaz betul...
Namun pada aku .... ranking 5 tersebut memang realistik mengikut prestasi semasa..... "kalo korang tak puas hati jom la kita main single... ada brani ker???" hehehehe.... ini cabaran aku pada geng² badminton aku... hehehe
Tapi mereka lebih selesa main double.. so memang la susah nak tentukan ranking individu kalo dah main double... coz cara permainan, keupayaan, skill dan persefahaman masing² tidak sama. Malahan sekiranya double A vs double B, dimana keupayaan individu double A masing² lebih baik dari double B tetapi jika berpersefahaman double A teruk, kemungkinan kemenangan berpihak kepada double B.
Persefahaman memang amat penting malahan paling penting jika keupayaan antara team kita n team lawan hampir sama. Malahan persefahaman juga yang paling banyak menentukan kalah memang sesuatu beregu. Kenapa?
1) kawalan gelanggang
dimana dalam permainan beregu, gelanggang di kawal bersama. jika A kawal hadapan maka B perlu kawal belakang. Begitu juga jika A kawal kiri gelanggang maka B perlu kawal kanan gelanggang. Kawalan gelanggang tidak perlu di setkan di awal permainan di mana masing² perlu faham peranan masing². Sekiranya masing² tidak faham maka pihak lawan akan mengambil kesempatan. Soalnya bagaimana hendak membentuk kawalan gelanggang yang baik...
a) Selalu bermain bersama. Semakin banyak atau lama main bersama, maka kawalan gelanggang akan makin baik.
b) Bersuara. Jika A hendak ambil bulu tangkis maka A kener bersuara atau jika A tidak mampu hendak ambil bulu tangkis di mana B yang mampu, maka A atau B kener bersuara untuk minta B ambil bulu tangkis tersebut.
c) Insyarat tangan. sama seperti bersuara, insyarat tangan juga penting. Insyarat ini penting terutama jika pasangan mahu membetulkan posisi. Coz selain pihak lawan hanya pasangan yang biasanya menyedari jika pasangannya telah tersasar dari posisi yang sebenar.
2) Posisi menyerang atau bertahan
Posisi ketika sesuatu beregu menyerang atau bertahan tidak sama di mana kebiasaanya ketika menyerang kedudukan pemain adalah hadapan dan belakang manaka ketika bertahan kedudukan adalah kiri dan kanan. Jika sesuatu beregu yang baik..... masing² boleh membaca cara permainan rakan seberegu sama ada mahu menyerang atau tidak. kebiasaan ketika menyerang, pemain akan banyak 'smash' tetapi ketika bertahan pemain akan banyak mengangkat 'smash'. Di sinilah posisi amat penting. Jika dalam beregu A, pemain 1 lebih suka menyerang maka pemain 2 kener juga bermain corak menyerang atau sekurang²nya membantu pemain 1 untuk memungut mata. Namum, lumrah.... dalam permainan badminton. menyerang dan bertahan mesti atau wajib di lakukan bersama dengan menjaga posisi masing² dengan baik.
3) Mengambil kesempatan kelemahan beregu lawan.
'pair' yang baik kebiasaannya bijak mengambil kesempatan kelemahan 'pair' lawan. Antaranya,
a) menghantar bulu tangkis ke petak kosong gelanggang
b) menyerang pemain yang lemah.
c) menyerang bahagian tertentu gelanggang terutama pair yang lemah di satu² sudut gelanggang contoh ada 'pair' yang lemah di jaring atau lemah di bahagian hujung belakang gelanggang.
d) mengawal permainan lawan supaya lawan boleh melakukan kesilapan dan memungut mata mudah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan