29 Mei 2010

Buat diri sendiri

Wahai kawan

Sedarlah ALLAH sedang menguji kamu, bersabarlah dengan ujiannya. Apagunanya kamu meronta dan menyalahkan orang lain. Biarlah mereka dengan cara hidup mereka dan kamu dengan kehidupan kamu.

Sedarlah kehidupan tanpa cabaran dan dugaan adalah kehidupan yang bosan dan sia-sia.

Sedarlah. Individu  yang sentiasa hidup dalam kemewahan tidak sama dengan individu yang pernah hidup susah. Individu yang sentiasa hidup selesa tidak sama dengan individu yang sentiasa hidup dengan cabaran. Di mana keadilan ALLAH??? Ya… ALLAH sentiasa adil, hanya orang susah yang tahu peritnya hidup dan bersyukur dengan nikmatNYA. Individu yang sentiasa menghadapi cabaran pula adalah orang yang paling tabah. Ingatlah individu yang bersyukur, menghargai apa yang ada dan tabah menghadapi cabaran sahajalah biasanya berjaya dengan kehidupannya.

Sedarlah. Kesenangan dan kemewahan tidak datang dengan bergolek tanpa cabarannya. Berusahalah dengan gigih dan bersyukur. Moga-moga ALLAH membalasnya dengan rezeki yang melimpah ruah. ALLAHlah yang paling layak memberi rezeki.

Sedarlah. Rezeki ALLAH dan nikmat ALLAH sentiasa ada. Tubuh badan yang sihat dan lengkap rezeki ALLAH. Hati yang baik dan ikhlas rezeki ALLAH. Ibu bapa dan kawan-kawan yang baik serta memahami juga rezeki ALLAH. Perkerjaan dan gaji yang baik serta mencukupi rezeki ALLAH. Pakaian dan tempat tinggal yang baik serta selamat juga rezeki ALLAH. Kebebasan dan kemampuan untuk bergerak kemana-mana juga adalah rezeki. Dugaannya juga adalah rezeki ALLAH dan rezeki ALLAH sentiasa ada dan banyak lagi tidak terkira.

Sedarlah. Apa guna lagi kamu mengharapkan sesuatu yang telah pergi sedangkan masih banyak lagi perkara yang masih bersama kamu. Hargailah diri kamu sendiri, perkerjaan kamu, ibu bapa kamu, kawan-kawan kamu serta keluarga kamu.

Sedarlah. Apagunanya kamu merosakkan diri dengan bersedih. Bergembiralah dan nikmatilah kehidupan. Dunia masih belum kiamat, carilah kebahagiaan untuk diri kamu sendiri. Berkerjalah dengan rajin dan bersungguh-sungguh supaya kamu boleh membahagiakan diri kamu, ibu bapa kamu dan keluarga kamu. Duit bukan segalanya tapi tanpa duit bolehkah kamu membahagiakan mereka. Berbaktilah kepada orang tua kamu, mereka telah banyak berjasa, selagi mereka masih hidup, gembirakanlah mereka. Hargailah kawan-kawan kamu dan janganlah kamu khianati mereka. Keluarga kamu adalah nikmat ALLAH, berilah mereka peluang dan janganlah mereka menjadi mangsa keadaan.

Sedarlah. Perkara yang telah terjadi dan berlaku bukan kehendak kamu tapi kamu mesti tempuhinya juga untuk survival hidup kamu sendiri. Menyalahkan diri sahaja tidak berguna. Menyalahkan atau cuba merosakkan kehidupan orang lain juga tiada guna. Negara kita ada undang-undang. Malahan ALLAH juga ada keadilannya. Biarlah ALLAH sahaja yang membalas perbuatan orang yang berdosa. Apagunanya kamu menuntut keadilan di dunia akhir zaman ini yang kuasa adalah segalanya. Ia hanya membuatkan diri kamu rosak. Biarlah ia berlalu dan nikmatilah kehidupan yang mendatang dengan penuh kesabaran, kekuatan dan ketabahan. Moga ALLAH membalasnya dengan rahmatNYA. Moga dosa-dosa kamu yang telah lalu di ampunkannya. Moga kamu kelak berbahagia dunia dan akhirat.

Sedarlah. Ujian ALLAH masih banyak lagi. Janganlah kamu tinggalkan solat dan berbuat amallah sebanyak-banyaknya. Moga-moga dengan amalan itu bertambahlah kesabaran dan diberikan kekuatan, agar boleh kamu menempuh kehidupan dengan lebih berjaya dunia dan akhirat

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...