Salam
Hati ini amat sedih dengan apa yang berlaku pada diri, keluarga dan kawan-kawan
Dalam kita merasa gembira dengan perjalanan hidup sehari-hari. Menikmati keindahan alam ciptaan Allah, rupanya masih ada kawan-kawan yang tidak gembira, berduka, merana.
Ketika kita saling mempercayai antara kawan-kawan kerana luarannya cantik, kita di tipu oleh lakonan palsu semata-mata. Kawan makan kawan, kawan tipu kawan.
Ya. ALLAH, berikanlah aku kekuatan untuk memberi nasihat dan teguran serta boleh membantu rakan-rakan yang teraniaya.
14 Januari 2011
Sakit - Antar Penghapus Dosa dan Peningkatan Darjat
Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.
Ada orang ditimpa ujian kehancuran terhadap hartanya. Namun, tidak sedikit pula bagi seseorang yang diuji dengan kesakitan terhadap dirinya sendiri. Ada yang terlantar bertahun-tahun kerana mengalami penyakit yang ganjil. Begitu pula ada yang terpisah dengan anak atau ahli keluarga begitu lama. Semuanya mendera jiwa. Sakit.
Namun, apakah kesakitan baik yang menimpa anggota tubuh badan, harta atau jiwa itu tanda Allah murka kepadanya? Atau mungkinkah ia tanda Allah sedang menghapus dosanya? Barangkali ia merupakan jalan untuk sampai kepada maqam tertinggi di sisi Allah?
Sedangkan, Allah berfirman di dalam surah At-Tagaabun, ayat 11 yang bermaksud:
"Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu".
Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang terkena kepada seseorang adalah datangnya daripada Allah SWT. Tujuannya pelbagai dan mempunyai banyak hikmah untuk direnungi.
Menghapus dosa
Menurutnya, bagi seorang yang pendosa, musibah atau sakit yang ditanggungnya merupakan salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Bahkan ia seharusnya dilihat sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.
"Sebagai manusia biasa, sudah tentu kita tiada terlepas daripada melakukan kesalahan sama ada secara sengaja atau tidak. Sedangkan dosa itu sebenarnya menjauhkan diri kita dengan Allah. Jadi hikmah diturunkan kesakitan atau bala bencana itu adalah sebagai cara untuk Allah menghapuskan dosa kita berkenaan," katanya.
Katanya, ia bersesuaian dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
"Bahkan di dalam satu lagi riwayat, Rasulullah bersabda bahawa dengan hanya tertusuk duri sekalipun, Allah bersedia untuk meninggikan darjat seseorang itu dan menghapuskan satu kesalahan dirinya.
"Jadi, jangan pandang sakit itu sebagai penderaan dan jangan pula mudah berburuk sangka kepada Allah. Bahkan sebaiknya kesakitan atau musibah itu dipandang sebagai nikmat untuk Allah membersihkan diri kita daripada segala dosa dan noda," ujarnya.
Sakit yang meninggikan darjat
Zaharuddin berkata, selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hamba-Nya. Walaupun ia mungkin dilihat sebagai teruk di mata manusia, namun hikmahnya hanya Allah yang mengetahui.
Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.
"Sudahlah dirinya ditimpa penyakit, anak-anak dan isteri juga menjauhinya. Namun Nabi Ayub tetap bersabar menerimanya sehinggalah Allah mengembalikan semula kesihatan kepadanya dan ditinggikan pula darjat di sisi-Nya.
"Jadi, sakit itu dan kesabaran Nabi Ayub dalam melalui ujian Allah berkenaan punya hikmah yang besar. Bukankah semua itu datangnya daripada Allah dan kepada Allah jua harus dikembalikan semuanya?" ujarnya.
Sakit rohani punca kejahatan
Seorang manusia apabila mengalami sakit fizikal, pasti akan bertemu dengan doktor untuk mendapatkan rawatan. Bahkan jika lebih parah, doktor pakar akan menjadi tempat rujukan. Selepas itu barulah rawatan dan ubat diberikan bagi menyembuhkan sakit berkenaan.
Bagaimana pula dengan sakit batin? Kesakitan yang tidak dapat dilihat pada luaran. Namun ia bagaikan membarah di dalam dada. Ternyata bukan kecil sakitnya itu. Bahkan mampu merosakkan seluruh anggota badan yang lain.
Zaharuddin ketika mengulas mengenainya berkata, penyakit batin seperti dendam, menipu, bongkak serta pelbagai lagi adalah berpunca daripada hati yang sakit. Bahkan ada yang sampai ke peringkat hatinya terlalu kotor sehingga menggelapkan ruang di dalamnya.
"Ia adalah penyakit rohani. Berpunca daripada dosa yang terlalu banyak sehingga menggelapkan hatinya untuk melakukan kebaikan. Hatinya mudah melakukan kejahatan. Kemudian mendorong anggota badan melaksanakan agenda jahatnya itu. Begitu juga dengan makanan yang diambil dan dimasukkan ke dalam perut sehingga membentuk daging. Ada orang yang mengambil makanan daripada sumber yang haram. Ia sekaligus menggelapkan hati.
"Bahkan ada orang yang tidak tahu bahawa dirinya berdosa. Membiarkan seluruh anggota badan melakukan maksiat sehingga hati sudah tidak mampu melihat cahaya Islam yang sebenar," ujarnya.
Taubat menyucikan dosa dan noda
Menurut Zaharuddin, taubat nasuha dan penyelesalan terhadap dosa-dosa yang dilakukan selama ini dapat menyelamatkan rohani seseorang daripada terus mengalami kesakitan yang parah.
Katanya, Allah sentiasa membuka ruang kepada hamba-hamba-Nya yang berlumpur dosa serta noda untuk kembali membersihkan diri mereka dengan cara bertaubat. Ujarnya, ini sesuai dengan sabda Rasulullah yang bermaksud:
"Setiap anak Adam itu berdosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah yang memohon taubat kepada Tuhannya" (Hadis riwayat At-Tarmizi).
Artikel ini di ambil daripada iluvislam.com

Di Mana Subuh Kita
Pagi yang ditiup angin saat menunaikan solat Subuh,
Sejuk sungguh angin pagi,
Enaknya jika nafsu dilayan untuk tidur,
Alhamdulillah kekuatan iman melepasi nafsu,
Saat tiba rumah Allah, senyuman terukir melihat warga emas,
Pagi-pagi bersemangat,suara yang lantang dan jelas...
Membincangkan hal-hal dan bicara khabar disaat menunggu azan.
Namun terdetik dihatiku...
Ke manakah pemuda-pemuda Islam?
Ke mana mereka pergi?
Di manakah mereka bersolat?
Tidak kira mana-mana masjid pun kebanyakannya bilangan jemaah pemuda yang hadir dapat dikira dengan jari...
Malah "tahi cicak" lagi banyak jika dibilang.
Tepuk dada tanyalah hati, adakah aku termasuk orang yang selalu menghadirkan diri ke masjid ketika solat Subuh?
Hati sayu mula merasai, adakah menunggu saat uban dikepala? Kenapa tidak gunakan usia mudamu?!
Sesungguhnya dugaan subuh lebih ringan daripada dugaan maghrib atau isyak untuk berjemaah... tiada gangguan hiburan, manusia, tapi hanya gangguan syaitan naknatullah.
Lawan dan lawanlah dia agar dirimu terlepas daripada rantai syaitan di pagi hari.
Antara kelebihan solat subuh berjemaah
Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :
"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.
Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:
"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Sabda Rasulullah S.A.W. :
"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
1) dibebaskan daripada api neraka
2) dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"
Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)
artikel ini di ambil daripada iluvislam.com

08 Januari 2011
Tiada sesiapa termasuk Israfil tahu bila kiamat
saya tertarik dengan artikel di bawah di petik daripada Berita Harian ... share pada semua
Oleh Mohd Riduan Khairi
Umat Islam dinasihat tak terpengaruh ramalan kehancuran bumi dilanggar planet Nibiru
PLANET Nibiru diramalkan akan melanggar bumi pada 2012. Insiden ini akan mengakibatkan kemusnahan yang teruk kepada bumi. Ada yang mengaitkan peristiwa ini dengan hari kiamat atau sekurang-kurangnya tanda-tanda hari kiamat.
Idea perlanggaran planet Nibiru dikemukakan sejak 1535 oleh seorang ahli falsafah Perancis, Notramadus. Idea asalnya peristiwa ini akan berlaku pada 2003, namun tertunda hingga ke 2012. Kiraan ini dibuat berdasarkan kiraan kalendar kaum Mayan dari Amerika Tengah. Tarikh kalendar ini berakhir pada 21 Disember 2012, oleh yang itu perlanggaran ini akan berlaku sebelum tarikh akhir kalendar ini.
Ini maklumat popular yang dinukil sebahagian besar media, baik akhbar bercetak mahupun internet. Bahkan lebih daripada itu, sejak 15 tahun yang lalu banyak tulisan dan buku diterbitkan membincangkan peristiwa 2012 ini. Termasuk dalam negara kita, buku bertema subjek ini mendapat sambutan hangat dan berjaya menduduki carta buku paling laris di rumah penerbitan dan rangkaian kedai buku utama.
Peristiwa planet Nibiru ini tidak sedikit menimbulkan polemik dan keresahan dalam kalangan umat manusia, termasuk rakyat Malaysia. Sehinggakan hal ini terpaksa dijelaskan pada persidangan Dewan Negara. Dilaporkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili ketika berucap memberitahu dakwaan planet Nibiru akan melanggar bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada 2012 adalah tidak benar. Bahkan kewujudan Nibiru pun masih diragui.
Bahkan Ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa, Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) Tuan Mohd Fairos Asilan menjelaskan jika benar Nibiru akan melanggar bumi pada 2012, sudah tentu ia sangat hampir dengan bumi dan kita sudah lama mengesannya.”
Ramalan mengenai Nibiru termasuk perkara akan datang yang termasuk dalam hal yang ghaib. Tentu saja Allah yang lebih mengetahui semuanya. Belum ada siapa yang boleh menentukan secara tepat esok hujan atau tidak, sekalipun keadaan awan sangat mendung. Banyak kali juga terjadi awan mendung, tidak hujan. Begitu juga sebaliknya. Inikah pula menentukan sesuatu yang besar seperti perlanggaran planet atau hari kiamat. Untuk urusan dunia seperti ini, seharusnya dikembalikan kepada pakar dalam bidangnya seperti ahli astronomi.
Perkara kedua yang perlu diberi perhatian ialah mengaitkan sesuatu peristiwa sebagai hari kiamat atau tanda kiamat. Perkara ghaib dan hari kiamat (termasuk tanda-tandanya) ialah sebahagian daripada Rukun Iman. Salah faham mengenai perkara ini memberi natijah yang besar kepada diri seorang Muslim, kerana ia menentukan hujung-hujungnya di syurga atau kekal di neraka.
Justeru, bilakah kiamat? Soalan ini ditanya oleh seorang lelaki Arab Badwi kepada Nabi seperti yang dilaporkan oleh sahabat, Abu Hurairah.
“Suatu hari seorang lelaki Arab Badwi datang bertanya kepada Nabi: “Bilakah hari kiamat?” Ketika itu Nabi sedang berucap, dan tidak mengendahkan soalan itu. Namun setelah tamat berucap Nabi berkata: “Manakah orang yang bertanya mengenai hari kiamat tadi?” Lelaki itu berkata: “Aku wahai Rasul Allah”. Nabi menjawab: “(Kiamat akan datang) Apabila amanah telah disia-siakan”. Orang itu bertanya lagi mendapatkan penjelasan: “Bagaimanakah mensia-siakan amanah itu?” Nabi menjawab: “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat.” – (Maksud Hadis Bukhari dan Ahmad)
Hadis ini dan juga banyak hadis menjelaskan bahawa Nabi sendiri tidak mengetahui bila hari kiamat akan berlaku secara tepat. Bahkan malaikat yang bertugas meniup sangkakala (trumpet) ketika hari kiamat juga tidak mengetahui bilakah hari kiamat. Nabi menjelaskan dalam satu hadis malaikat Israfil tertunggu-tunggu arahan daripada Allah untuk meniup sangkakala.
“Bagaimana boleh aku berasa tenteram dan tenang, sementara Malaikat Israfil telah meletakkan trumpet ke dalam mulutnya, menumpukan perhatian dan memusatkan pendengarannya sambil menunggu perintah untuk meniupnya...” – (Hadis Tirmizi, dinilai sahih oleh Al-Albani)
Jelas berdasarkan bukti daripada al-Quran dan Sunnah, tiada siapa mengetahui bila terjadinya kiamat melainkan Tuhan yang mencipta alam ini, Allah.
Namun Islam tidak meninggalkan umatnya terkontang-kanting tanpa panduan untuk menghadapi hari kiamat. Nabi banyak sekali menceritakan kepada sahabatnya mengenai tanda akan berlaku hari kiamat. Antara kepentingan dan hikmah mengetahui tanda kiamat ini ialah supaya umat Islam bersedia dengan ilmu dan amal yang cukup dan berusaha untuk tidak membabitkan diri dalam tanda-tanda itu.
Salah satu daripadanya seperti yang dijelaskan dalam hadis sebelum ini, Nabi mengatakan: “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat”. Antara urusan umat akhir zaman yang diserahkan kepada bukan ahlinya ialah urusan pemimpin (umara) dan ulama. Begitu ramai manusia yang bercita-cita dan mencalonkan dirinya menjadi pemimpin. Hari ini hampir semua profesyen mengidamkan jawatan pemimpin baik penjawat awam, peniaga, posmen, suri rumah, remaja sehinggalah orang yang belajar agama. Pendek kata, tidak ada orang yang mengidamkan jawatan pemimpin melainkan sedikit saja.
Begitu juga halnya dengan gelar ulama atau ahli ilmu. Nabi pernah berkata: “Ada tiga hal yang termasuk tanda-tanda kiamat, salah satunya ilmu diambil daripada orang kecil (bodoh).” – (Kitab Zuhd, Abdullah Al-Mubarak)
Sahabat Abdullah bin Mas’ud menjelaskan: “Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka mengambil ilmu daripada kalangan sahabat Muhammad dan tokoh (ulama) mereka. Jika mereka mengambil ilmu daripada orang kecil (ahli bidaah) dan hawa nafsu mereka bercerai-berai, maka mereka akan binasa.”
Syaikh Yusuf bin Abdillah bin Yusuf al-Qabil menulis sebuah buku yang komprehensif mengenai tanda kiamat berjudul, Asyratus Sa’ah (diterjemahkan oleh Pustaka Ibnu Katsir dengan judul Hari Kiamat Sudah Dekat. Beliau menghimpunkan daripada al-Quran dan Sunnah 57 tanda kecil dan sembilan tanda besar hari kiamat.
Penulis menganggotai Biro Multimedia dan Penerbitan Sekretariat Ulama Muda UMNO
Oleh Mohd Riduan Khairi
2010/12/24
Umat Islam dinasihat tak terpengaruh ramalan kehancuran bumi dilanggar planet Nibiru PLANET Nibiru diramalkan akan melanggar bumi pada 2012. Insiden ini akan mengakibatkan kemusnahan yang teruk kepada bumi. Ada yang mengaitkan peristiwa ini dengan hari kiamat atau sekurang-kurangnya tanda-tanda hari kiamat.

07 Januari 2011
UniFi makin melebar
TELEKOM Malaysia Berhad (TM), terus berada dalam hala tuju yang betul dalam melaksanakan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), UniFi, apabila ia kini dibekalkan ke 48 kawasan di seluruh negara dengan jumlah premis sedia dipasang melebihi 750,000 pada akhir 2010.
Faktor itu menunjukkan TM bakal mampu untuk mencapai sasaran jumlah premis sedia dipasang iaitu sejumlah 1.3 juta menjelang akhir 2012 sebagai fasa pertama pelaksanaan projek HSBB. Selari dengan pelaksanaan berperingkat, kawasan perumahan baru yang kini dibekalkan dengan perkhidmatan UniFi termasuk kawasan terpilih di Sentul, San Peng, Bintang dan Taman Midah di Wilayah Persekutuan dan kawasan terpilih di Sungai Long, Keramat, Cheras, Petaling Jaya dan Serdang. Sementara di Pulau Pinang ialah di zon industri Seberang Jaya, selain zon industri Bukit Tengah dan Bayan Baru yang sudah menerima perkhidmatan ini sejak Julai 2010.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, berikutan perluasan berperingkat liputan UniFi ke lebih banyak kawasan di seluruh negara, TM mengadakan kempen lebih agresif untuk mendidik pengguna dan menarik minat pelanggan baru. “Baru-baru ini kami mencapai angka langganan lebih 30,000 dengan purata pesanan diselesaikan meningkat kepada 2,500 seminggu menjelang akhir tahun. Ini jelas menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia meluangkan masa secara online dan inginkan lebar jalur yang lebih,” katanya.
Menurut Zamzamzairani, 2010 adalah tahun bersejarah untuk perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi. Dilancarkan secara rasmi di empat kawasan di Lembah Klang pada 24 Mac dan ia berkembang pantas meliputi 23 kawasan di seluruh negara pada Jun dan 48 kawasan menjelang akhir Disember 2010. Perkhidmatan IPTV TM, HyppTV, turut dilancarkan secara rasmi pada bulan Oktober.
UniFi kini ditawarkan sebagai perkhidmatan tiga serangkai menerusi tiga pakej kediaman dan tiga pakej perniagaan. Pakej kediaman tiga serangkai ditawarkan adalah VIP5 pada kadar RM149 sebulan, VIP10 untuk RM199 sebulan dan VIP20 untuk RM249 sebulan. Setiap pakej datang bersama perkhidmatan suara, Internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan langganan asas HyppTV. - Harian Metro
Kini Unifi di : -
* Bangsar
* Taman Tun Dr. Ismail
* Subang Jaya
* Shah Alam
* Bukit Kemuning
* Cyberjaya
* Putrajaya
* Damansara
* Duta
* Kepong
* USJ
* Lapangan Terbang Subang
* Melawati
* Puchong
* Sungai Buloh
* Wangsa Maju
* Klang
* Bayan Baru (Penang) - Business only
* Bukit Tengah (Penang) - Business only
* Kulim HiTech (Kedah) - Business only
* Pernas (Johor) - Business only
* Senai (Johor) - Business only
- sumber: Harian Metro dan Unifi

28 September 2010
macam mana nie
salam.
Hari nie aku sibuk gila... pepagi ... blom pon sempat punch card... bos dah sms soh pasang wifi kat kolej... patut la.... bos bising... bos besor dah banyak kalo tanya rupanya.. nasib tak kuor last warning jerk.
Tapi aku macam biasa la... godek sana-godek sini... kol 11 juga baru nak pi pasang tuh pon bos yang bersungguh-sungguh.... semua wifi tuh dia yang pasang... aku usung tangga jerk... tq la bos
lepas makan semua.. ujan punya la lebat turun... tapi aku sejak raya nie... memang perasan dah... petang jerk musti ujan... kalo tak ujan pon mendung..... jarang yang panas sampai ke petang... hehehe... macam lirik lagu la pulak rasanya.
tapi yang paling menarik sebenarnya... bila ada budak bawak mai labtop cakap pc dia kener virus.. yang wat aku tak tahan tuh... virus tuh mai masa dia guna wifi uitm dan dia surf laman web uitm. Nasib senang jerk virus tuh aku remove. Nie la rupa virus tuh... malware sebenarnya
aku sendiri pon macam tak percaya.. aku test... memang comfirm cakap budak tuh.... emmm.. aku try banyak kali.. kadang² clear jerk web tuh... aku ingat admin web tuh lupa nak update patch atau ada orang dah hack web tuh kot... atau server dia dah kener virus la tuh.
sampai malam la aku re-try n wat report... ingat nak emel kat bos... soh dia check ngan admin web.. hehehe..... kalo aku antor direct ke admin.. sure kata lawan tokey plak... n silap ari bulan... aku yang di transfer jadi admin... tak mao la aku... pengalaman jaga web dah pernah (sat jer tak sampai pon 2 minggu.. hehe).. sakit gak.
emel dah siap... tapi tak bleh antar... web emel dari petang tadi 'not responding'....aku rasa... server tuh pon dah kener serang gamaknya... aku antor manual jer la kot esok... ehhh... lupa plak... esok aku, bos n 1st bos kener p kedah ler.. hehehe.... aku print jerk la kot.. .esok bagi by hand.. tuh pon kalo bos nak baca... kalo dia x baca... tong sampahkan jer la... yang penting aku dah report.
semoga berjaya kepada aku... hehehe.

APA???? MACAM MANA BLEH JADI MACAM TUH???

15 September 2010
Malang bila menuntut hak
salam
Berita paling panas sejak minggu lepas... selain raya... kes kehilangan Jutawan Kosmetik terkenal bersama 3 orang yang lain... yang kemudiannya ditemui di bunuh... walaupun ketika saya menulis blog ini .... polis masih belum mengesahkan identiti sebenar mangsa (pengesahan DNA sedang di lakukan). Al-Fatihah sahajalah yang boleh kita sedekahkan kepada mangsa.
Kejam.... memang kejam..... bermula dengan Datuk berkenaan berjumpa dengan suspek (juga Datuk yang juga seorang peguam) kerana mahu menuntut haknya yang di katakan mencecah jutaan ringgit. kalo tak silap pemilikan tanah yang telah di 'auta' oleh suspek. Maybe sebab auta punya pasal.... duit dah X da... so bunuh ajer la... nasib la depa tuh X pro sangat.... kantoi juga... moga keadilan dapat di tegakkan.
Persamaaan dengan kes saya yang sebelum ini.... malas nak mengungkit kisah lama tapi tulis juga la.
1) Suspek seorang peguam (ahli undang²).... sebab mahir dengan undang²... dialah yang melanggar undang² tersebut..... persamaan dengan kes saya... yang dok cari pasal dengan saya adalah seorang utz (orang agama) dan dia jugalah yang mempermainkan agama.
2) Mangsa di bunuh (di aniaya) kerana mahukan haknya... persamaan dengan kes saya.... saya memang mahu menuntut sesuatu yang telah hilang tapi masih mengumpul bukti dan mencari masa yang sesuai.... kalo advance sangat .... silap² maybe berakhir macam Datuk Sosilawati la juga kot
3) Suspek seorang yang dikatakan amat baik, di hormati, kaya dan macam² lagi... bak kata orang pijak semut pon tak mati la.... dan Utz haprak tuh pon sama la juga... semua orang kata baik, juga kaya... dan dihormati masyarakat setempat.... tapi perangai ..... macam bedebah... baik tak payah jadi utz la.... kalo saya cakap bongkar... sikap dia... silap² memang orang kata saya kaki fitnah.... nak wat camner... depan orang utz tuh memang 100% baik... tapi depan saya.... tuhan ajer yang tau... tingginya tanduk setannya
Dalam pada tuh tak pula saya menyamakan utz yang dok cari pasal dengan saya nie dengan suspek pembunuhan Datuk Sosilawati... cuma beberapa persamaan.. jelas... kadang kita tidak boleh hanya menilai orang daripada luaran sahaja... hati yang penting. Siapa yang tahu hati seseorang itu busuk atau tidak..
Mungkin takdir telah menentukan, Datuk Sosilawati ... ajalnya ketika menuntut haknya... mungkin dia tak dapat apa yang dimahukan namun si pembunuhnya juga wajar di kenakan hukuman kerana mengambil hak yang tidak sepatutnya. dalam kes ini bukan sahaja harta tapi nyawa orang yang tidak bersalah.
Dalam pada itu, saya sekarang masih berkira² menuntut hak saya juga... rasanya apa yang terjadi kepada Datuk Sosilawati boleh dijadikan iktibar namun.. hak tetap hak.... hak kita mesti di tuntut. Yang bersalah harus di hukum... namun harapnya juga saya tidak pula mengambil hak orang lain... hak yang tidak sepatutnya.. bimbang juga jika dihukum kemudiaannya... kepada ALLAHlah saya berserah dan berdoa.

Labels:
lepas 17mei
Langgan:
Catatan (Atom)