12 Jun 2011

Bilik IT: Soalan n Jawapan

salam

ramai yang x tahu agaknya blog nie milik staf yang bertugas kat bilik IT tuh.... emm... kalo ada yang tanya... bilik IT tuh kat ner... x dapek la nak tlong.... terima ajer la blog nie milik staf yg bertugas kat situ.... so nie just beberapa panduan kpd pengguna bilik IT...... yang x guna bilik IT... hehehe... baca ajer la yer...

Berapa jumlah komputer yang disedian dan spesifikasinya???
- 64 komputer di sediakan, 29 unit WinXP, 25 unit Win Vista, 3 Unit untuk Printer, 2 Unit untuk Scanner dan 5 unit rosak (tiada alat ganti).
- Komputer dengan OS windows XP - Pentium 4 2.0Ghz, 1GB RAM, 80GB HDD, telah digunakan lebih 5 tahun (tunggu masa untuk dilupuskan)
- Komputer dengan OS windows Vista - AMD Athlon 2.2Ghz, 2GB RAM, 80GB HDD. telah digunakan hampir 3 tahun. (komputer sewaan untuk tempon 3 tahun... hampir habis kontrak)
- 3 printer disediakan.. shared dengan 5unit pc. 

11 Jun 2011

Dua Kalimah Yang Berat

alt
Ungkapan dua kalimah syahadah, atau mengucap dua kalimah syahadah merupakan dua susunan perkataan yang nilainya di sisi Allah dan orang-orang yang beriman adalah melebihi daripada nilai dunia dan segala isinya. Diriwayatkan daripada Nabi SAW bahawa "Sekiranya hendak ditimbang nilai dua kalimah syahadah dengan segala isi dunia, nescaya timbangan yang membawa dua kalimah itulah yang terlebih berat".
Dua kalimah syahadah adalah dua ungkapan yang mesti diucapkan dengan lidah dan diakui dengan hati yang ikhlas oleh setiap orang yang ingin memeluk agama Islam. Yakni, dua kalimah inilah yang menjadi perantara di antara seorang Muslim dan bukan Muslim. Apabila seseorang yang sebelumnya menganut agama lain kemudian ingin memeluk agama Islam, maka dia perlu mengucap dua kalimah syahadah inilah.
Dua kalimah syahadah adalah rukun yang pertama daripada lima rukun Islam. Maksud rukun itu sendiri ialah; dasar, tiang, asas dan sendi (Kamus Dewan, ed.4, 2007). Jadi lima rukun Islam itu akan membentuk jatidiri seseorang muslim (orang yang beragama Islam) itu sendiri, sama ada ia benar-benar Islam atau sebaliknya. Sekiranya pincang salah satu daripada rukun itu, maka Islam seseorang tidaklah seperti sepatutnya. Dua kalimah syahadah ini merupakan rukunnya yang pertama maka ia perlu dihayati sesungguh-sungguhnya oleh setiap orang Islam.

أَمۡ تَقُولُونَ إِنَّ إِبۡرَٲهِـۧمَ وَإِسۡمَـٰعِيلَ وَإِسۡحَـٰقَ وَيَعۡقُوبَ وَٱلۡأَسۡبَاطَ كَانُواْ هُودًا أَوۡ نَصَـٰرَىٰ‌ۗ قُلۡ ءَأَنتُمۡ أَعۡلَمُ أَمِ ٱللَّهُ‌ۗ وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّن كَتَمَ شَهَـٰدَةً عِندَهُ ۥ مِنَ ٱللَّهِ‌ۗ وَمَا ٱللَّهُ بِغَـٰفِلٍ عَمَّا تَعۡمَلُونَ
"Atau patutkah kamu mengatakan, bahawa Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail dan Nabi Ishak dan Nabi Yaakub berserta anak-anaknya, mereka semua adalah orang-orang Yahudi atau Nasrani, (padahal agama mereka telahpun ada sebelum adanya agama Yahudi atau agama Kristian itu)? Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah kamu yang lebih mengetahui atau Allah? Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang menyembunyikan keterangan (saksi dan bukti) yang telah diberikan Allah kepadanya? Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang telah kamu lakukan.
(Surah Al-Baqarah 2 : Ayat 140)



sumber: iluvislam | Team Creative Iluvislam | Editor: Zulhafidz

Iman Bukan Warisan

artikel menarik daripada iluvislam.. sama² kita fikirkan...


alt"Iman tak dapat diwarisi,

Dari seorang ayah yang bertakwa,

Ia tak dapat dijual beli,

Ia tiada di tepian pantai."

Begitulah bait-bait lagu yang didendangkan oleh sebuah kumpulan nasyid tanah air. Benar, Iman ibarat permata berharga, perlu dicari dan dijaga sepenuhnya. Malahan Iman ini bukanlah suatu warisan yang diperturunkan zaman berzaman seperti adab yang diwariskan.

08 Jun 2011

Cinta Dalam Diam

alt
Artikel menarik yang ak ambil daripada iluvislam.... sama² kita fikirkan ..............


Bila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam ...

Karena diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya ...
Kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang,

Kau tak mau merosak kesucian dan penjagaan hatinya..


Janji dan Sumpah Iblis Terhadap Wanita

satu lagi artikel menarik yang ak ambil daripada iluvislam... untuk panduan kita bersama.. sama² kita fikirkan
..........................................

altIblis laknatullah membisikkan kepada para wanita bahawa apa jua pakaian termasuk hijab tidak ada kaitannya dengan agama, sebaliknya ia hanya sekadar pakaian atau gaya hiasan.

Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus.
Bagaimanakah caranya?

1. Membuka Bahagian Tangan

 Kebiasaannya telapak tangan sudah terbuka, maka syaitan membisikkan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan fesyen, iaitu membuka bahagia hasta (siku hingga telapak tangan).

Sedut CSI MIAMI

salam

Kepada peminat citer penyiasatan CSI MIAMI... especially untuk ak sebenarnya.. hehehehe.... semalam teamaryz dah kuarkan link full set season 1-8... pergh,,,, pa lagi sedut la cepat.. sebelum suma jd death link....

Saper yang x pernah tgk... tp minat... try la tgk... besh o0o0o banyak awek seksi..... ish.. ish... bila nak insaf nie..... apa pon ak dah ada set dari season 7-9... bila teamaryz dah kuarkan yang lain... kira mcm bonus la plak.. hehehe

korang bleh check kat sini

kredit to teamaryz n geng² yang berkenaaan ya... ak nie peminat .. n kaki sedut movie jerk...

Mari Kita Makan Untuk Hidup

artikel menarik yang saya ambil daripada iluvislam.....

BARU-BARU ini, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa bimbang dengan masalah kegemukan atau obesiti di kalangan pelajar sekolah. Beliau berkata, perkara itu antara yang dibangkitkan Kementerian Kesihatan.
altKatanya, "Ia menjadi isu kerana ia melibatkan anak kecil yang masih bersekolah tetapi gemuk kerana faktor pemakanan. Mereka banyak makan makanan ringan. Ini menyebabkan mereka tidak cergas dan tidak sihat," katanya pada majlis Program Pemantapan Profesionalisme Warga Pendidik Negeri Sarawak baru-baru ini.
Kelmarin, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai pula berkata, "Mulai sekarang, indeks jisim badan (BMI) setiap pelajar akan direkodkan di dalam kad laporan prestasi oleh guru untuk perhatian ibu bapa. Arahan serta-merta itu dibuat oleh kerajaan dalam usaha menangani peningkatan masalah berat badan berlebihan dan obesiti dalam kalangan rakyat."

Wah! Nampaknya kita kian sedar mengenai obesiti yang menyerang rakyat Malaysia dan langkah-langkah pencegahan sedang bermula di peringkat sekolah. Ini satu langkah yang baik. Namun, seharusnya tindakan ini diambil perhatian oleh kita yang sudah tidak bersekolah. Bukankah kita adalah tergolong di kalangan mereka yang berpotensi untuk menjadi gemuk atau pun sudah cukup gedempol?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...