11 Jun 2010

Membina kepercayaan dalam rumah tangga

salam

sekadar berkongsi artikel menarik daripada Utusan Malaysia berkaiitan rumahtangga

Membina kepercayaan dalam rumah tangga

Selain kasih sayang, tanggungjawab dan kewangan, rasa percaya dan jujur juga mempengaruhi dalam jalinan hubungan seksual antara suami isteri. - Gambar hiasan


MEMBINA rumah tangga bukan seperti membina istana pasir di tepi pantai, sekali ombak datang istana roboh berderai. Seboleh-bolehnya jadikanlah binaan itu kukuh, sekuat istana konkrit, biar dilanda ombak dan taufan ia tetap utuh dan teguh.
Namun membina kekukuhan dalam perkahwinan memerlukan ramuan yang padat bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal, mental, spiritual malah kemantapan ekonomi dan sosial.
Perkahwinan sebenarnya merupakan manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumah tangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa.
Ia sebenarnya menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran serta kepercayaan antara pasangan.
Dalam usaha mewujudkan kesefahaman dan rasa percaya, pasangan suami isteri seharusnya mengambil sikap bekerjasama dan tolak ansur ketika melayari hubungan rumah tangga.
Selain kasih sayang, tanggungjawab dan kewangan, rasa percaya dan jujur juga mempengaruhi dalam jalinan hubungan seksual antara suami isteri.
‘‘Kepercayaan dan kejujuran merupakan nadi utama dalam sesebuah ikatan.
‘‘Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin berkekalan sehingga akhir hayat,’’ kata pegawai Psikologi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Putrajaya, Ezrina Abdul Rahman
Namun begitu tegasnya, bukan mudah untuk membina kepercayaan antara pasangan dalam sebuah hubungan.
‘‘Justeru tidak hairanlah ada pasangan yang masih belum saling percaya di antara satu sama lain dan perasaan sangsi sentiasa merajai hati, apatah lagi bagi yang masih dalam proses berkenalan,’’ ujarnya lagi.

09 Jun 2010

Bola Oh! Bola

Salam

demamnya dah bermula... apalagi piala dunia la..... anda sokong apa??? hehehe

jadual perlawanan dan siaran langsung piala dunia di RTM1 dan RTM 2 klik sini

07 Jun 2010

Penghuni neraka

salam


sekadar berkongsi info yanng diperolehi dari pada tenet .... berkaitan siksaan di neraka... moga ada kebaikan pada kita semua


sumber: http://ustaz-mohdzawawi.com

Ada manusia yang dibangkit di hari akhirat dengan wajah seperti seekor babi sebab dosa tidak bersolat dan mempermudahkannya.
Ada yang dibangkit perut buncit sebesar gunung besar yang didalam perut ada ular sebesar keldai siksaan bagi yang tak keluarkan zakat.
Ada yang dibangkit di akhirat keadaan mulut mereka mengeluarkan darah disebabkan menipu dalam urusan jual beli.
Ada yang dibangkit dengan keadaan badan bengkak-bengkak dan berbau busuk seperti bangkai, ini kerana orang alim sembunyikan yang benar dan tak tegur kesalahan penguasa.
Ada yang dibangkit dari kubur keadaan halkum mereka terputus-putus kerana suka berdusta dan sumpah palsu.
Ada yang dibangkit dari kubur lidah dan mulut mereka mengeluarkan muntah kerana menghalang atau melarang orang jadi saksi.
Ada yang dibangkitkan dalam keadaan kepala ke bawah, kaki ke atas, kemaluan ditusuk besi panas hingga bernanah akibat perbuatan zina.
Ada yang dibangkit dari kubur dengan muka yang hitam, mata berwarna biru kotor, perut dipenuhi api kerana makan harta anak yatim.
Ada yang dibangkit di akhirat dengan keadaan badan penuh kudis, sopak dan kurap kerana mendurhakai ibu bapa.
Ada yang bermata dan bergigi seperti tanduk lembu, bibir melepasi paras dada serta lidah terjulur, mulut keluarkan benda kotor sebab suka minum arak.
Api neraka dinyalakan 1000 tahun hingga jadi merah, dipanas 1000 tahun lagi hingga jadi putih, dipanas 1000 tahun lagi hingga jadi hitam.
Jika orang yang dalam neraka jahanam atau ahlinya dikeluarkan tangannya sahaja nescaya dunia akan terbakar kerana panasnya.
Ahli neraka diazab dalam keadaan tidak hidup dan tidak mati bertempik kesakitan.
Api neraka memakan muka-muka ahli neraka hingga muka mereka tidak berdaging.
Badan ahli neraka dibesarkan, gigi mereka sebesar bukit uhud, kulit mereka setebal 3 hari perjalanan, dan punggung mereka selebar Mekah ke Madinah.
Makanan dalam neraka adalah darah, nanah, air tembaga, minyak mendidih, buah zakkum berduri seperti kepala syaitan tersumbat dikerongkong meletup dan membakar.
Pakaian ahli neraka baju daripada api neraka dan disiram di kepala dan badan dengan air mendidih serta air lelehan tembaga dan tar.
Neraka jahim seksanya dituang air mendidih di kepala hingga tembus perut meleleh keluar dari tapak kaki.
Seringan-ringan siksa manusia diazab ialah seorang itu dipakaikan sepasang kasut daripada api neraka , mendidih otaknya sebagaimana mendidih air dalam periuk.
Azab untuk menghina ahli neraka dengan menompokkan azab dan bakaran api di muka sehingga mereka menjadi buta, tuli , bisu dan pekak.
Ahli neraka diseret dalam keadaan lehernya dirantai , muka tersembam merentasi air panas mendidih terus membawa ke dalam api neraka.
Seksa penyesalan penghuni neraka menangis hingga keluar darah dan air mata. Banyaknya air mata sehingga dapat membuatkan kapal terapung.
Semua isi perut yang di azab terburai keluar dan dipaksa berjalan berkeliling mengheret perut seperti keldai menarik sebuah jentera.
Neraka jahanam mempunyai 70 ribu rantai dan setiap rantai itu ditarik oleh 70 ribu malaikat.
Bahan baker api neraka terdiri daripada manusia dan jin yang mendiami neraka dan batu-batu serta patung-patung yang menjadi sembahan d dunia.
Sekiranya sebuah batu besar dilempar ke dalam neraka, ia akan sampai ke dasarnya setelah 70 tahun perjalanan.
Api dunia yang membakar adalah se pertujuh puluh bahagian dari api neraka.
Neraka bernafas dua kali setahun , di musim dingin dan panas, itu sebabnya sangat dingin di musim sejuk dan panas di musim panas.
Orang-orang yang ego dan sombong di dunia nanti di akhirat nanti akan dipijak oleh manusia sebagaimana manusia terpijak semut.
Orang yang memiliki harta-harta serta binatang seperti kambing dan lembu, kalau tidak membayar zakat, harta dan binatang ini akan datang dalam bentuk gergasi menghempap dan memijaknya

      Menanti Balasan yang Baik

      salam

      orang tua-tua selalu berkata

      "buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat"

      Firmat ALLAH pula dalam ayat  Al-Isra 17:7 - sumber

      Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. (Al-Isra 17:7)

      nampak mudah sahaja... namun adakah pernah kita bertanya balik... bilakah balasan baik itu akan kita terima... ya.. nampak tak ihhlaskan bunyinya... namun tidak boleh tidak... setiap perkara kita pasti mengharapkan sesuatu. Sekurang-kurangnya pahala.

      Kerja
      Melakukan kerja yang baik, melaksanakan kerja dengan baik, kita juga mengharapkan sesuatu, sekurang-kurangnya gaji atau upah yang setimpal.... jika tidak masakan pabila akhir tahun saja... semua orang bising tentang bonus.... jika gomen tak bagi... mula la kata macam-macam... tuh tak termasuk lagi yang dok bodek bos bagi SKT tinggi supaya bleh dapat CEMERLANG atau naik pangkat. 

      Namun ada juga orang yang kerja lebih kurang tapi akhir bulan dapat gaji juga, dapat bonus juga (jika ada la), dapat cemerlang juga dan tak kurang juga ada yang naik pangkat. Adakah kita nak menghukum mereka?.. tidak..... biarlah mereka mengecapi syurga dunia dan biarlah ALLAH sahaja menghukum mereka.

      Keluarga
      Jika kita tak buat jahat dengan orang, orang pula buat jahat dengan kita, kita berdiam diri dan tidak melakukan apa², fitnah timbul dari pelusuk arah, di pejabat ada cerita aku, di kedai kopi juga ada cerita, baru-baru nie di Facebook pon ader cerita aku jugak. Jahat sangatkah aku, sampai di fitnah macam². Namun aku masih juga berdiam diri dan mengharapkan balasan yang baik... tapi sampai bila???. Atau adakah aku salah dengan berdiam diri.

      Sabar
      mudah sahaja bunyinya dan itulah yang di lalui setiap hari..... beratnya dugaan yang melanda.... yang pasti aku semakin lemah... hanyut dengan kehidupan dunia...... kadang kala berkata juga di dalam hati..... bilakah balasan baik akan tiba..... yang berbuat jahat.... bilakan pula kecelakaan menimpa mereka..... adakah itu satu doa???? kejam kah aku jika itu doa dan aku mendoakan kecelakaan menimpa mereka!!!

      06 Jun 2010

      70 Dosa-doa Besar

      salam


      1. Syirik
      2. Membunuh Manusia
      3. Sihir
      4. Tinggal Sembahyang
      5. Tidak Mengeluarkan Zakat
      6. Tidak Berpuasa
      7. Tidak Mengerjakan Haji Walaupun Berkemampuan
      8. Derhaka Kepada Ibu Bapa
      9. Memutuskan Silatulraham
      10.Berzina
      11.Homosex
      12.Memakan Riba
      13.Memakan Harta Anak Yatim
      14.Mendustakan Allah S.W.T dan Rasul
      15.Lari dari Medan Perang
      16.Sombong
      17.Saksi Palsu
      18.Meminum Arak
      19.Pemimpin Yang Penipu dan Kejam
      20.Berjudi
      21.Menuduh orang baik melakukan Zina
      22.Menipu harta rampasan Perang
      23.Mencuri
      24.Merompak
      25.Sumpah Palsu
      26.Berlaku Zalim
      27.Pemungut cukai yang Zalim
      28.Makan dari kekayaan yang Haram
      29.Bunuh Diri
      30.Berbohong
      31.Hakim yang Tidak adil
      32.Rasuah
      33.Wanita yang menyerupai Lelaki
      34.Tidak Cemburu / dayus
      35.Cina Buta / pak sanggup
      36.Tidak Suci Hadas kecil
      37.RIAK Mempamerkan Diri
      38.Ulamak Dunia (jahat)
      39.Khianat
      40.Mengungkit-Ungkit Pemberian
      41.Mangingkari Takdir
      42.Mencari Kesalahan Orang lain
      43.Menabur Fitnah
      44.Mengutuk Umat Islam
      45.Mengingkari Janji
      46.Percaya Kepada Sihir dan Nujum
      47.Derhaka kepada Suami
      48.Gambar pada Baju
      49.Menamparkan pipi dan meratap jika terkena bala
      50.Menggangu Orang lain
      51.Berbuat Zalim terhadap yg lemah
      52.Menggangu Tetangga
      53.Menyakiti dan Memaki Orang Islam
      54.Derhaka kepada Hamba Allah S.W.T dan menggangap dirinya baik
      55.Melabuhkan Pakaian
      56.Lelaki yang memakai Sutera dan Emas
      57.Hamba Lari dari Tuan
      58.Sembelihan Untuk Selain Dari Allah S.W.T
      59.Menjadi Pak Sanggup
      60.Berdebat dan Bermusuh
      61.Enggan Memberi Kelebihan Air
      62.Mengurangkan Timbangan
      63.Merasa Aman Dari Kemurkaan Allah S.W.T
      64.Putus Asa Dari Rahmat Allah S.W.T
      65.Meninggalkan Sembahyang Berjemaah
      66.Meninggalkan Sembahyang Jumaat
      67.Menguragi Wasiat
      68.Menipu
      69.Mengintip Rahsia dan Membuka Rahsia Orang Lain
      70.Mencela Nabi dan Sahabat

      04 Jun 2010

      Ranking: Top 5

      salam

      semalam aku mempamerkan prestasi yang boleh di kata sedikit luar biasa n ada kawan yang selama ini mempertikaikan 'ranking top 5' yang aku war²kan mula mengakui kemampuan aku... hehehe... mungkin juga semalam dia beraksi di bawah prestasi sebenar... hehehe.... eh!! dah rasa macam wartawan sukan la pulak

      apa pun nie la dia.... keputusan semalam. sorry lupa nak catat keputusan sebenar... so dah lupa... just kalah n menang jer la yer dulu.... hehehehe

      Game 1
      aku + ameerul  VS  udin + pian - (1st) menang - (2nd) kalah -  (rubberset) menang

      Game 2
      aku + afif  VS  udin + Hj - (1st) kalah - (2nd) menang - (rubberset) menang

      Game 3
      aku + afif  VS usop + abg man - (1st) kalah - (2nd) afif retired
      aku + Hj   VS usop + abg man - (1st) menang - (2nd) abg man retired

      Game 4
      aku + Hj  VS usop + ameerul - (1st) menang - (2nd) menang

      Game 5
      aku + usop  VS man + Abg man - (1st) menang - (2nd) menang

      semalam ramai juga yang beraksi di bawah prestasi sebenar.... puncanya mungkin
      a) siang tu... kami ramai yang kener buat kerja berat - gotong royong angkat pc
      b) malam tadi memang panas gila.... so ramai yang tak selesa
      c) kalo otai tuh paham² la yer... kesian juga depa.

      Berdasarkan kata² Afif ... nie la dia senarai rangking top 5
      1) Husnul
      2) Man
      3) Dino
      4) Usop
      5) AKU
       .... hehehe

      player lain yang juga sama level atau maybe lebih hebat dari aku tp maybe stamina or kawalan emosi ketika bermain or mungkin juga 'pair' yang tak serasi or sebab lain menyebabkan kalo main depa selalu kalah
      - pian
      - udin
      - afif
      - din
      - abg man

      Player lain pon hebat juga tapi mabye sebab dah otai or dah lama gila tak main or beginner
      - Ameerul
      - Suhaimi
      - Hj
      - Chor fir
      - meerul library

      02 Jun 2010

      Penyakit hati

      salam

      sekadar berkongsi pandangan Utz Mohd Zawawi Yusoh (di petik daripada harian metro) berkenaan "Penyakit Hati Lebih Bahaya". Moga ada keberkatannya pada kita semua.

      TUAN ada penyakit ke? Kalau ada tanda demam yang kuat cepat-cepatlah pergi berjumpa doktor. Mana tahu ada apa-apa, boleh bertindak awal kerana bimbang juga dengan kedatangan gelombang kedua H1N1 sekarang.
      Hari ini ramai yang sanggup berbelanja besar demi kesihatan, sebab kesihatan sangat berharga. Bila ada saja yang sakit, pasti ramai yang bersimpati. Semakin moden dan canggih dunia, semakin cepat kita dapat penyakit dan semakin cepat juga kita mengesan penularan sesuatu penyakit.
      Pun begitu, semakin canggih dan prihatin manusia terhadap kesihatannya, manusia masih lupa memberi perhatian terhadap penyakit hati yang jauh lebih bahaya daripada penyakit fizikal. Penyakit hatilah yang akan merosakkan keharmonian rumah tangga. Mengganggu suami isteri orang, maka berlakulah kecurangan dan lupa tanggungjawab.


      Tidak memberi nafkah akhirnya berkecai rumah tangga. Anak jadi tidak keruan dan hilang kasih sayang. Bila hati sudah berpenyakit maka akan hilang rasa takut kepada Allah, merosot serta comot integriti, tidak lagi rasa diperhati, depan orang alim tetapi di belakang menjadi "maling". Itu sekadar contoh kesan akibat penyakit hati yang terlalu banyak keburukannya. Siri kali ini penulis mahu bincangkan antara tanda penyakit hati. Kalau sudah ada tanda maka kena berhati-hatilah. Antara tanda penyakit hati tidak boleh dikesan sesiapa pun adalah:

       
      1) Malas melakukan ketaatan dan amal kebaikan.
      Malas menjalankan ibadah, bahkan meremehkannya pula. Contohnya melakukan solat bukan dengan "sengaja' tetapi dengan tidak sengaja dan terpaksa.


      Kalau buat pun tidak khusyuk dan ada kesungguhan. Mereka merasa berat untuk menjalankan ibadah sunnah. Allah berfirman yang bermaksud: "Dan mereka tidak mengerjakan solat, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah at-Taubah ayat 54).  


      2) Tidak tersentuh ayat al-Quran
      Ketika disampaikan ayat berkenaan janji dan ancaman Allah, maka tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyu atau tunduk dari membaca al-Quran dan mendengarnya.


      Sedangkan Allah memperingatkan dalam al-Quran yang bermaksud: "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut kepada ancaman-Ku." (Surah Qaaf ayat 45).  


      3) Tidak tersentuh dengan ayat kauniyah
      Tidak tergerak dengan adanya peristiwa yang dapat memberikan pelajaran seperti kematian, sakit, bencana. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai sesuatu yang tidak kaitan dengannya. Nabi bersabda yang bermaksud: "Cukuplah kematian itu sebagai nasihat dan peringatan".  


      4) Berlebihan mencintai dunia serta melupakan akhirat
      Himmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata. Segala sesuatu diperhitung, dikira berasaskan dunia. Cinta, benci dan hubungan dengan sesama manusia hanya untuk urusan dunia saja seolah hidup hanya untuk dunia dan berakhir di dunia .  


      5) Berkawan dengan orang yang melakukan maksiat
      Ini salah satu sebab terbesar yang mempengaruhi kerasnya hati seseorang. Orang yang hidupnya di tengah gelombang kemaksiatan dan kemungkaran, bergaul dengan manusia yang banyak berkubang dalam dosa, banyak bergurau dan tertawa tanpa batasan, banyak mendengar muzik yang melalaikan serta menghabiskan harinya untuk tujuan maksiat. 


      6) Kemaksiatan berantai
      Penyakit hati lahir dari kemaksiatan baru akibat kemaksiatan yang dilakukan sebelumnya sehingga menjadi lingkaran syaitan yang sangat sukar bagi seseorang itu melepaskan dirinya.  


      7) Meremehkan dosa kecil
      Memang ada dosa kecil dan besar, tetapi perlu diingat semua dosa akan membawa ke neraka. Seperkara lagi, kita perlu faham dosa besar bermula dengan dosa kecil, banjir besar bermula dari titis hujan.  


      8) Tidak peduli sumber makanan
      Orang yang hatinya berpenyakit dan keras ini biasanya kurang prihatin dengan sumber makanan, halal atau haram. Begitu juga dengan syubhat, yang dia kira sedap dan enak, selera kena tinggi. Makan di mana pun tidak kira kedai orang Islam atau bukan Islam yang penting kaw dan kaw. Begitu juga dengan punca pendapatan, sudah tidak peduli lagi sumber rezeki datang dari mana kerana yang pasti dapat banyak, hidup kaya raya. Rasuah, curi, seludup, ampu ke semua dibedal.


      Itu antara beberapa tanda yang sempat dibicarakan dalam ruangan ini dan harapnya ia dapat menambah maklumat kita semua. Mengenai cara mengatasi dan merawatnya Insya-Allah pada masa akan datang.
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...