31 Mei 2011

new design

salam

acctually hr nie, dah wat beberapa perkara besar kat blog nie

1) dah tukar design... just gunakan blogger template.. tapi actually masih tak puas hati... mcm ada jerk yg tak kena... insyaALLAH jika ada masa lain kali ak ubah yang more menarik lg... maybe need input daripada kwan-kwan yang rajin masuk blog nie...

2) dah lama nak wat page break... ala kalo korang baca kener klik "baca seterusnya" tuh.. tp lepas meng'google' baru jumpa cara nyer.... hehehe... tapi malas nak edit semua post.... just pada latest n continue post jerk la yg ak wat page break tuh.. hehehe

3) letakkan beberapa top post org yang selalu baca kat  widget sebelah kanan.... so looking forward... base pada member² blogger lain... kita bleh tau apa yang suka baca.. emm lebih kurang mcm tuh la..

yang lain² just minor improvement... n next time ak update lg...

TQ.. frenz 4 all support

Biarlah Kesudahan Kita Dan Dia Di Syurga

altRamai manusia diserang masalah berkaitan hati, cinta yang diraih seringkali gagal.

Kadang-kadang kita juga sering salahkan takdir, sedangkan kita sebenarnya gagal menempatkan hati pada langkah pertama lagi.

Mengalami masalah hati dan jiwa setiap hari, tapi tidak jumpa solusi yang pasti, selalu membuat kesimpulan gunakan hati (nafsu), bukan berdasarkan al-Quran dan al-Hadith.

Semua insan di dunia inginkan kesenangan dan kebahagiaan.

Justeru, kekadang bila kita melalui hari dengan mudah pada satu-satu hari, rasa bersyukur teramat sangat.

24 Mei 2011

Kenapa tak mau makan

salam

Makan untuk hidup or hidup untuk makan... tak kisah ler apa pon... coz yg penting ' knp x mau makan'..... coz pertanyaan nie dr ak... n off coz ler ak juga yg nak jawab... hehehe..... sblm kot² ada org nak komen.. huhu

Ingat balik masa zaman blajar dulu.. hehehe.... teringat plak member² lama... selingan jerk.... almaklum... ak nie bukan dr family senang.. so ayah just bg RM50 per week... time tuh mana derk PTPTN cam skrg.... semua pinjaman PAMA... (papa n mama) ... hehehe..... so memang ikut perut la sket... makanan x la murah sgt.... lebih kurang  cam harga sekarang juga cuma zaman tuh coz kurang mampu.. just makan jimat²... ikat perut sket.... tp alhamdulillah.... tak kebulur... or sampai tahap kener mintak ehsan member belanja or kener mintak sedekah... masih mampu lagi.. walaupun just nasi n telor... sedap juga. Time tuh kalo ak x makan... maybe sebab x cukup duit or jimat cermat.


Kehebatan Syurga Berdasarkan Al-Quran

altAllah menciptakan perkara-perkara yang luar biasa indah dan nikmatnya kepada orang-orang yang bertakwa sehingga menurut Nabi Muhammad s.a.w. di syurga itu terdapat apa-apa yang belum pernah dilihat oleh mata dan didengar oleh telinga serta tidak pernah pula terlintas di hati manusia.

Berikut adalah beberapa ayat Al-Quran tentang kehebatan syurga Allah SWT  :-

"Perumpamaan syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang takwa ialah (seperti taman); mengalir sungai-sungai di dalamnya; buahnya tak henti-henti sedang naungannya (demikian pula). Itulah tempat kesudahan bagi orang-orang yang bertakwa, sedang tempat kesudahan bagi orang-orang kafir ialah neraka." (Surah Ar-Ra'd; 35)

"Kedua syurga itu mempunyai pohon-pohonan dan buah-buahan." (Surah Ar-Rahman; 48)

Memaafkan Untuk Syurga

Tertarik dengan artikel ini... kerana ini antara perkara ak mahu lakukan.. ya sudah tentu syurga n nikmatnya tapi bukan itu sahaja.... memaafkan kesalahan setiap orang... nak sangat buat... tapi ada ketika masih ada insan yang ak masih x dapat maafkan kesalahan meraka... Jangan ditanya kenapa.... moga dengan berkali-kali membaca artikel ini... ak diberikan kekuatan untuk melakukannya... apa pon layan dulu artikel nie

.................................................

altSetiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.

Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.

Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.

Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.
Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.

23 Mei 2011

Keaiban Yang Ditutup Allah

Artikel menarik ini di ambil daripada iluvislam. Semoga kita mengambil iktibar daripada apa yang di sampaikan.

....................................................................


altKita sebagai manusia merupakan makhluk yang bersifat lemah dan hamba yang penuh dengan kebergantungan kepada Allah SWT. Sepanjang kita hidup saban hari, kita tidak mungkin terlepas daripada melakukan dosa. Dosa yang kita lakukan itu boleh jadi secara terang-terangan atau secara sembunyi-sembunyi. Dosa yang terang-terangan akan mengundang rasa malu kita terhadap orang lain, melainkan jika hati kita sudah menjadi sekeras batu. Oleh itu, kita lebih banyak melakukan dosa yang tersembunyi. Dosa yang tidak siapa tahu melainkan kita dan Allah.

Daripada An Nawas bin Sam'an RA, Nabi SAW bersabda:
"Kebajikan itu keluhuran akhlak sedangkan dosa adalah apa-apa yang dirimu merasa ragu-ragu dan kamu tidak suka jika orang lain mengetahuinya." (HR Muslim)

22 Mei 2011

tak paham ak

salam

malam nie ak.... bohsan sgt.. x tau nak wat apa... nak fb... x der kawan²... so melayan blog ler....  ntah macam mana terjumpa plak blog nie..... ak baca sedikit hangin.... coz apa yg dia utarakan tuh... ak x bleh terima langsung....


bleh baca kat sini....

pasal teori konspirasi.....
dia nie kaki freemason ker apa ker... ntah ler.... tapi pada ak... gunakan nombor untuk katakan itu bukti konspirasi... memang la tak logik.... y..... guna tarikh 21/2/2011.... n ada no 0.... pulak kat tgh².... kala darab no berapa pon mesti jawapan = 0.... so dalam tahun² akan datang nie... semua teori adalah konspirasi la yer.... apa la..... patut la ms ada org tuh cakap nak jadi PM pada 16 sept, depa percaya..... huh

20 Mei 2011

Jangan Pegang-Pegang

salam... tertarik dengan artikel berkaitan 'jangan pegang-pegang' yang di ambil daripada iluvislam

  .................................................................

altApakah ikhtilat? Adakah lelaki langsung tidak memandang wanita dengan menundukkan pandangan sehingga hampir terlanggar tiang? Ketika berprogram, adakah harus diasingkan antara lelaki dengan perempuan supaya terjaga?

Allah Maha Bijaksana menjadikan makhluk berpasang-pasang; lelaki dan wanita, bumi dan langit, siang dan malam, syaitan dan malaikat, gunung dan lembah, matahari dan bulan, begitulah seterusnya.Banyak hikmah dalam kejadian alam yang perlu direnung dan dijadikan bukti keagungan Allah. Satu contoh dalam kejadian manusia, Allah jadikan wanita bersifat lembut dengan nisbah 9/10 malu dan 1/10 akal, manakala lelaki 9/10 akal dan 1/10 malu.

Atas kelebihan akal inilah, Allah menjadikan kaum lelaki penjaga bagi kaum wanita. Begitu juga dalam apa jua masalah, Allah menyamakan 2 wanita dengan 1 lelaki; contohnya dalam hal penyaksian.Walaupun kurang berakal, namun wanita ada sifat malu. Kerana ada malulah, wanita dipandang mulia. Kalaulah wanita tiada malu, habislah dunia ini. Begitu juga lelaki, meskipun kurang malu namun mereka mempunyai akal yang dapat memikirkan kesan dan sebab-akibat sesuatu perkara. Kalaulah lelaki tiada akal, dunia akan jadi kcar-kacir.
Begitulah kebijaksanaan Allah untuk menjaga keharmonian alam. Namun apa dah jadi pada masa ini. Wanita sudah tidak ada perasaan malu lagi; bebas bergaul tanpa batas, bebas keluar hingga larut malam. Manakala lelaki pula sudah tidak menggunakan akal lagi malah merosakkannya pula. Fikirkanlah kesan buruk yang akan menimpa masyarakat jika fitrah kejadian ini sudah diabaikan.

16 Mei 2011

Ikhlas Ke?

altRamai di antara kita, suka menolong orang lain. Tetapi ramai juga yang merasa kecewa kerana pertolongan yang diberikan seolah-olah tidak dihargai. "Sekurang-kurangnya, ucapkanlah terima kasih." Itu nada kecewa yang seringkali kita dengar.

Banyak situasi dalam hidup kita yang datang untuk menguji sejauh manakah ikhlasnya kita. Adakah hanya sekadar di bibir sahaja tetapi di dalam hati membebel panjang?

Atau kita memang betul-betul ikhlas sewaktu memberi bantuan, tetapi apabila pertolongan yang diberi tidak dihargai, mulalah hati terasa kecewa.

Kenal, Kasih dan Korban


altKenal, kasih dan korban. Itulah kunci  dalam tarbiyyah(pendidikan). Kenal membuahkan kasih, kasih pula melahirkan pengorbanan. Pengorbanan itulah hasil tarbiyyah yang paling gah. Segah tembok besar negeri China, sekadar dijerit dan disalak tidak mungkin roboh menyembah bumi.

Terpegun kita mendengar cerita-cerita pengorbanan. Seronok didengar, bersemangat selepas mendengar, tapi bila sampai kepada giliran kita, kita lari mencicit kebelakang. Pengorbanan hanyalah sekadar laungan lantang di mulut. Cerita pengorbanan hanyalah untuk diakhiri dengan aliran air mata sahaja.

Susah benar untuk membentuk kenal. Manusia bermacam ragam. Kenal bukanlah sekadar tahu nama, asal dari mana, ambil bidang apa, tetapi kenal itu adalah kenal yang sedalam-dalamnya, luas maksudnya. Naqib saya di sekolah dahulu, mendefinisikan kenal yang paling hebat ialah masuk ke rumah sahabat dan menjejak tandas dirumahnya, lalu melangsaikan hajat disitu. Ketawa besar kami dikala itu.

Maka itulah kenal yang tersangat ajaib. Daripada kenal yang sangat ajaib ini, kasih berputik memekar. Kasih itulah yang dikatakan ukhuwwah. Kasih inilah fitrah manusia. Semua tahu kasih tidak boleh dibuat-buat, apatah lagi dipaksa-paksa. Kasih tidak mungkin terjadi dengan taburan dan lontaran wang ringgit, tidak juga dengan tawaran habuan kesenangan dunia tetapi ianya terlahir dari kenal yang mendalam.

Nabi S.A.W pesan kepada kita,
"Tidaklah beriman seseorang di antara kamu sehingga ia mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri" - Hadits Riwayat al-Tirmidzi

Nabi Muhammad S.A.W adalah contoh terbaik insan yang memiliki teladan sifat kasih. Baginda mengasihi sahabat , sahabat pula teramat-amat mengasihi baginda. Sehinggakan Umar tidak dapat menerima kemangkatan Baginda, lalu Abu Bakar memujuk-mujuk Umar.
Sesiapa yang menyembah Muhammad, Muhammad sudah wafat tetapi siapa yang menyembah Allah swt Dia kekal abadi.

Kenyataan Abu Bakar dibantu oleh firman Allah swt yang bermaksud:
Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Jika demikian, kalau dia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir)? – (Ali Imran : 144.)

Demikianlah sebuah kasih agung yang terukir didalam sejarah.

Bermula dengan kasih, akan tertonjol pengorbanan di penghujungnya. Namun malang, banyak manusia tersalah memberi kasih, diakhirnya tersalah memberi pengorbanan. Adapun di IPT semakin banyak pengorbanan belayar di bahtera-bahtera haram tanpa lesen L, P mahupun kompeten. Buahnya ialah rencana-rencana di dada akhbar, bayi dicampak dalam tong sampah. Paling durjana, bayi dibakar.
Tapi, itulah pengorbanan. Bermula dari kenal, kemudian berputik kasih. Sifirnya mudah, salah kenal, maka kasihnya juga akan tersalur ke jalan yang salah.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man pernah cakap,
"Tarbiyyah yang paling ulung ialah tarbiyyah yang mampu melahirkan manusia yang sanggup berkorban"

Justeru, pengorbanan yang sepertimana yang perlu tertanam dalam diri umat ini? Sedangkan kita digolongkan sebagai umat terbaik, dengan beberapa kriteria mudah yang Allah gariskan, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan beriman kepada-Nya.

Sebelum kita mulakan langkah berkorban. Ayuh kita kenal apa yang perlu kita korbankan berdasarkan status kita sebagai umat terbaik. Kita mesti kenal dan tahu kenapa kita mesti berkorban.

Jomlah kita kenali perjuangan kita. Semestinya, jelasnya kenal kita ini kepada perjuangan akan membawa kepada muncul kasih untuk menghulurkan pengorbanan ke arah meng-izzah-kan Islam. Kenal dengan orang-orang yang berjuang akan dapat menyemai kasih dan menyuburkan Ukhuwah Islamiyah.

Datanglah tohmahan, ujian, tawaran dunia, emas, wang ringgit. Kesemua itu dikesampingkan apabila kenal dengan perjuangan. Datanglah keletihan, semua itu lenyap sama sekali dek kerana Ukhuwah Islamiyyah meleburkannya. Itulah keramatnya kenal, kasih dan korban.

Tapi awas, jika terus berkorban tanpa bermula dengan kenal yang baik. Maka jangan hairanlah, satu hari nanti pengorbanan itu hanyalah sekerat jalan saja. Gugur tiada pusara, menjadi bualan orang, malu sepanjang zaman!

sumber : iluvislam | Syakur Ibrahim | Editor: everjihad

05 Mei 2011

Kejamnya Manusia

salam

semalam di Kedah.... seorang gadis mati di tikam kekasihnya..... sumber dari Utusan Malaysia di petik

"Berdasarkan siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan suspek menikam mangsa kerana putus cinta namun buat masa ini biar kita siasat dulu kes ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ratna Sufizzah Riyyanti, 23, dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang maut setelah ditikam beberapa kali di dada, perut dan tangan, dipercayai selepas menolak lamaran suspek untuk berkahwin malam kelmarin.
Sebelum kejadian itu, mangsa dan suspek dipercayai berselisih faham sehingga mahu memutuskan perhubungan mereka.
Suspek yang bekerja sebagai tukang masak menyerah diri kepada polis awal pagi semalam setelah dinasihatkan oleh majikannya.

Hari ini 2 lagi kes pembunuhan kejam berlaku..... kes pertama di bentong... sumber Utusan Malaysia dipetik
Seorang kontraktor warga emas bersama isterinya ditemui mati dibunuh kejam, dipercayai dengan menggunakan cangkul dan objek tajam di bilik tidur rumah mereka di Kampung Gemeti di sini awal pagi ini.
Mayat Mohammad Yusof @ Abdul Rashid Samang, 71, ditemui dengan dua kesan tikaman di bahagian dada dan perut manakala isterinya, Timah @ Fatimah Pachu, 68, maut dengan kesan kecederaan di tengkuk.

satu lagi kes melibatkan pembunuhan kejam janda muda oleh tunangnya di Bukit Mertajam. Utusan Malaysia melaporkan seperti berikut

Angkara cemburu, seorang janda muda beranak dua mati ditikam bertubi-tubi di dada, perut dan leher oleh tunangnya di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Perai, di sini hari ini.
Mayat Karimah Jusoh, 25, yang juga pekerja stesen minyak berkenaan ditemui dalam keadaan menyayat hati, terbaring serta berlumuran darah di sebuah bilik salin pakaian di premis tersebut sekitar pukul 7.30 pagi ini.
Kira-kira tiga jam kemudian, tunang mangsa yang berusia 35 tahun pula dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini dipercayai akibat meminum racun.


Mudahnya manusia melepaskan amarah dengan mengambil nyawa orang yang sepatutnya jika ada iman.... perbuatan tersebut boleh di elakkan. Namun ALLAH jua yang mengetahui segala-galanya... boleh jadi pembunuh ada alasan tersendiri.... tetapi dia juga harus ingat... membunuh termasuk dalam dosa² yang besar... jika sekalipun terlepas hukuman di dunia... akhirat... mangsa pasti akan menuntut pembelaan... dan keadilan ALLAH jugalah yang pasti.

Moga kita yang masih hidup dan berakal boleh mengambil iktibar dan berdoa agar perkara ini tidak terjadi kepada kita atau saudara-mara kita serta sedekahkanlah  al-fatihah kepada semua mangsa. Moga-moga semuanya di tempatkan di kalangan orang² yang beriman. Al-Fatihah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...