28 September 2010

macam mana nie

salam.

Hari nie aku sibuk gila... pepagi ... blom pon sempat punch card... bos dah sms soh pasang wifi kat kolej... patut la.... bos bising... bos besor dah banyak kalo tanya rupanya.. nasib tak kuor last warning jerk.

Tapi aku macam biasa la... godek sana-godek sini...  kol 11 juga baru nak pi pasang tuh pon bos yang bersungguh-sungguh.... semua wifi tuh dia yang pasang... aku usung tangga jerk... tq la bos

lepas makan semua.. ujan punya la lebat turun... tapi aku sejak raya nie... memang perasan dah... petang jerk musti ujan... kalo tak ujan pon mendung..... jarang yang panas sampai ke petang... hehehe... macam lirik lagu la pulak rasanya.

tapi yang paling menarik sebenarnya... bila ada budak bawak mai labtop cakap pc dia kener virus.. yang wat aku tak tahan tuh... virus tuh mai masa dia guna wifi uitm dan dia surf laman web uitm. Nasib senang jerk virus tuh aku remove. Nie la rupa virus tuh... malware sebenarnya


APA???? MACAM MANA BLEH JADI MACAM TUH???

aku sendiri pon macam tak percaya.. aku test... memang comfirm cakap budak tuh.... emmm.. aku try banyak kali.. kadang² clear jerk web tuh... aku ingat admin web tuh lupa nak update patch atau ada orang dah hack web tuh kot... atau server dia dah kener virus la tuh.

sampai malam la aku re-try n wat report... ingat nak emel kat bos... soh dia check ngan admin web.. hehehe..... kalo aku antor direct ke admin.. sure kata lawan tokey plak... n silap ari bulan... aku yang di transfer jadi admin... tak mao la aku... pengalaman jaga web dah pernah (sat jer tak sampai pon 2 minggu.. hehe).. sakit gak.

emel dah siap... tapi tak bleh antar... web emel dari petang tadi 'not responding'....aku rasa... server tuh pon dah kener serang gamaknya... aku antor manual jer la kot esok... ehhh... lupa plak... esok aku, bos n 1st bos kener p kedah ler.. hehehe.... aku print jerk la kot.. .esok bagi by hand.. tuh pon kalo bos nak baca... kalo dia x baca... tong sampahkan jer la... yang penting aku dah report.

semoga berjaya kepada aku... hehehe.

15 September 2010

Malang bila menuntut hak

salam

Berita paling panas sejak minggu lepas... selain raya... kes kehilangan Jutawan Kosmetik terkenal bersama 3 orang yang lain... yang kemudiannya ditemui di bunuh... walaupun ketika saya menulis blog ini .... polis masih belum mengesahkan identiti sebenar mangsa (pengesahan DNA sedang di lakukan). Al-Fatihah sahajalah yang boleh kita sedekahkan kepada mangsa.


Kejam.... memang kejam..... bermula dengan Datuk berkenaan berjumpa dengan suspek (juga Datuk yang juga seorang peguam) kerana mahu menuntut haknya yang di katakan mencecah jutaan ringgit. kalo tak silap pemilikan tanah yang telah di 'auta' oleh suspek. Maybe sebab auta punya pasal.... duit dah X da... so bunuh ajer la... nasib la depa tuh X pro sangat.... kantoi juga... moga keadilan dapat di tegakkan.

Persamaaan dengan kes saya yang sebelum ini.... malas nak mengungkit kisah lama tapi tulis juga la.

1) Suspek seorang peguam (ahli undang²).... sebab mahir dengan undang²... dialah yang melanggar undang² tersebut..... persamaan dengan kes saya... yang dok cari pasal dengan saya adalah seorang utz (orang agama) dan dia jugalah yang mempermainkan agama.

2) Mangsa di bunuh (di aniaya) kerana mahukan haknya... persamaan dengan kes saya.... saya memang mahu menuntut sesuatu yang telah hilang tapi masih mengumpul bukti dan mencari masa yang sesuai.... kalo advance sangat .... silap² maybe berakhir macam Datuk Sosilawati la juga kot

3) Suspek seorang yang dikatakan amat baik, di hormati, kaya dan macam² lagi... bak kata orang pijak semut pon tak mati la.... dan Utz haprak tuh pon sama la juga... semua orang kata baik, juga kaya... dan dihormati masyarakat setempat.... tapi perangai ..... macam bedebah... baik tak payah jadi utz la.... kalo saya cakap bongkar... sikap dia... silap² memang orang kata saya kaki fitnah.... nak wat camner... depan orang utz tuh memang 100% baik... tapi depan saya.... tuhan ajer yang tau... tingginya tanduk setannya

Dalam pada tuh tak pula saya menyamakan utz yang dok cari pasal dengan saya nie dengan suspek pembunuhan Datuk Sosilawati... cuma beberapa persamaan.. jelas... kadang kita tidak boleh hanya menilai orang daripada luaran sahaja... hati yang penting. Siapa yang tahu hati seseorang itu busuk atau tidak..

Mungkin takdir telah menentukan, Datuk Sosilawati ... ajalnya ketika menuntut haknya... mungkin dia tak dapat apa yang dimahukan namun si pembunuhnya juga wajar di kenakan hukuman kerana mengambil hak yang tidak sepatutnya. dalam kes ini bukan sahaja harta tapi nyawa orang yang tidak bersalah.


Dalam pada itu, saya sekarang masih berkira² menuntut hak saya juga... rasanya apa yang terjadi kepada Datuk Sosilawati boleh dijadikan iktibar namun.. hak tetap hak.... hak kita mesti di tuntut. Yang bersalah harus di hukum... namun harapnya juga saya tidak pula mengambil hak orang lain... hak yang tidak sepatutnya.. bimbang juga jika dihukum kemudiaannya... kepada ALLAHlah saya berserah dan berdoa.

22 Ogos 2010

sibuk ker??

salam...

berhari² ada sahaja perkara yang berlaku... dan saya mahu menulis sesuatu... tetapi setiap kali jugalah... macam² perkara perlu di lakukan

Tanya kembali ... sibuk sangat ker??? entah la... tetapi buat kawan² yang setia melawati dan membaca tulisan walaupun masih tidak memberikan komen, cuma mungkin komen di luar daripada blog ini sama ada secara personal mahupun emel... terima kasih banyak²

entahla... saya InsyaAllah akan cuba rajin kan diri menulis kembali

25 Julai 2010

Sayangi ibu, bapa, mentua sama rata

Salam

saya juga tertarik dengan artikel yang di petik daripada Harian Metro berkenaan "sayangi ibu, bapa, mentua sama rata" oleh Utz Zawawi Yusoh. Moga dapat diambil iktibar oleh saya dan kita semua

JIKA Allah menurunkan hidayah, segeralah bertaubat tetapi apa caranya jika orang tua sudah meninggal dunia sedangkan ketika hidupnya kita pernah menderhaka kepada mereka?


Maka ziarahilah pusara ibu bapa dan bacakan ayat suci untuknya. 
Jumpa kembali kawan baik ibu bapa atau jiran yang masih ada dan berbuat baik kepada mereka. 
Sedekahkan kepada masjid atas nama ibu bapa. 

Walaupun ibu bapa sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga mereka berdua reda dan Allah mengampunkan dosa. Allah Maha Pengampun dan luas rahmat-Nya tetapi jangan pula mengambil kesempatan untuk berbuat jahat, kemudian baru hendak bertaubat. 
Hidup tidak tenteram atau bala akan diterima. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Contohnya, tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, tetapi cuba selidiki kesalahan yang kita lakukan hari ini. 
Pertama, bagaimana hubungan kita dengan Allah? Jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan kita dengan ibu bapa? Pastikan hubungan kita dengan ibu bapa sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalin hubungan baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita. 
Lazimnya dalam hubungan ini, ibu yang dilebihkan sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak. Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, Rasulullah meminta ibu didahulukan. Tiga kali ibu memanggil, barulah sekali kepada bapa. Bagaimanapun, sebaik-baiknya kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. 
Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya, golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak mengambil kira kata-kata mereka, kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua. 
Mentua juga mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Jika mereka berkecil hati, samalah seperti tersinggung hati ibu bapa kita. Kita sayang anaknya, jadi mengapa tidak turut menyayangi orang yang melahirkannya? Saya tahu, ada menantu berkecil hati dan memendam rasa terhadap mentua yang terlalu mengambil berat terhadap anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung. 
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua kepada Rasul dan ketiga kepada ibu dan ibu mentua manakala keempat bapa dan bapa mentua. Kelima barulah isteri. Jadi, isteri kena faham jika suami sayang dan melebihkan ibu bapa kerana itu memang wajar. Sebaliknya, anak perempuan, yang pertama Allah, kedua Rasul dan ketiga suami. 
Jalan pintas ke syurga bagi anak selain Allah adalah ibu bapanya. Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah. Isterinya pun tidak mengenali mentuanya. 
Menantunya berkasar, menyebabkan Nabi Ibrahim berkecil hati tetapi sebelum pulang, Nabi Ibrahim berpesan kepada menantunya itu, meminta suaminya menukar alang rumah kepada yang baru. Apabila Nabi Ismail pulang ke rumah, isterinya menggambarkan rupa lelaki berkenaan yang menyampaikan pesanan. Nabi Ismail sedar, itu adalah bapanya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbolik kata-kata bapanya bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Kemudian Nabi Ismail berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. 
Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa baginda. Nabi Ibrahim tertarik dan sebelum pulang, baginda berpesan lagi, dengan mengatakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Rahsia dosa ciri taubat

salam

Saya tertarik dengan artikel seperti di bawah dengan tajuk "Rahsia dosa ciri taubat" seperti yang di paparkan di Harian Metro. Saya melihat daripada aspek positif dan berkongsi dengan tuan/puan.

SEPERTI diketahui, Rasulullah SAW pernah menyatakan, setiap dosa kecil dilakukan seseorang akan terhapus apabila dia melakukan solat fardu dan solat Jumaat, berzikir, beristighfar atau amalan lain yang diredai serta diberkati.
Ini sebagaimana sabda baginda: “Akan gugur setiap dosa kecil yang dilakukan umat Islam seperti daun berguguran apabila dia melakukan solat fardu dan amalan lain yang diredai Allah SWT.”

Secara dasarnya, sebagai dipersetujui ulama, ‘iman’ dalam diri setiap individu itu boleh menaik atau menurun berdasarkan apa yang pernah dilakukannya.

Dosa kecil yang kita anggap boleh dihapus dengan amalan berkenaan sebenarnya mampu ‘bercambah’ dengan mudah tanpa kawalan melebihi amalan baik yang pernah dilakukan.

Jadi, persoalannya, bilakah pula setiap dosa kecil itu bercambah melebihi amalan yang kita lakukan?

Hal ini dapat dilihat paling mudah apabila seseorang memperlihat serta mendedahkan perbuatan buruknya secara tidak disedari dengan cara bercerita atau memberi ulasan mengenai perkara tertentu.


Paling mudah, menerusi laman sosial paling popular masa kini iaitu Facebook dengan meletak atau memuat-turun pelbagai bentuk filem yang diminati, drama televisyen yang disukai, muzik yang dikagumi atau sebagainya.

Pernahkah anda selidiki penulisan atau aplikasi berbentuk muzik atau paparan visual itu mempunyai unsur negatif, yakni yang salah dan bertentangan dengan norma agama Islam.



Mungkin ramai tertanya, namun perlu anda tahu jika paparan video, muzik atau pendapat serta komen yang dikongsi bersama rakan itu mempunyai unsur ‘mungkar’ seperti pendedahan aurat serta penghinaan, ia sebenarnya sama seperti tindakan kita mempromosikannya.

Dosa kecil ini mampu berganda apabila ada individu lain membacanya, berkongsi minat mengenainya, malah dengan memberi komen negatif mengenai sesuatu perkara yang jelas seperti menghina orang lain.

Antara dosa kecil yang paling tidak kita sedari adalah apabila ada antara kita mendedahkan dosanya menerusi gambar peribadi sebagai contoh gambar yang mendedahkan aurat, ketika menghadiri parti maksiat, berpelukan dengan bukan muhrim atau gambar yang bersentuhan dengan bukan mahram.

Pertama kali anda melakukan perkara itu, satu calitan dosa terpalit untuk diri anda dan satu lagi calitan dosa apabila anda memuat turun dan berkongsi gambar yang mendedahkan keburukan anda itu dengan orang lain dan seterusnya.

Dosa kecil ini bercambah apabila ada individu lain melihatnya yakni individu yang berkongsi itu tergolong dalam kategori ‘Penyebar Dosa’. Mengapa pula menjadi sedemikian?

Hal ini jelas dalam ingatan Rasulullah SAW yang menyatakan: “Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan (dosanya), ada di kalangan yang mendedahkan ini, melakukan suatu dosa di waktu malam, berpagi-pagi sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan kepada orang lain seraya berkata, Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini... maka terhapus tutupan Tuhannya dan jadilah ia membuka (Rahmat) Allah yang (sebelum ini) menutup keaibannya. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Sembunyikan dan taubat

Justeru, jadikan dosa peribadi disebabkan menonton filem bercampur maksiat, atau menyukai muzik berunsur hedonisme, atau melakukan maksiat secara fizikal kerana zina, curi, tidak solat dan sebagainya, sama ada kecil atau besar yang dilakukan secara tersembunyi itu hanya diketahui oleh anda dan Allah SWT saja supaya beroleh rahmat Allah dan diberi hidayah untuk bertaubat sebelum maut.

Ini kerana apabila seseorang berkongsi perbuatan dosanya, ia sama seperti dia berbangga hal berkenaan, sekali gus boleh menimbulkan perasaan riak.

Justeru, jalan terbaik atas apa juga bentuk dosa yang pernah dilakukan adalah SENYAP DAN SEMBUNYIKAN.

Ia bukan hipokrit, tetapi dituntut oleh Allah dan Rasul-Nya dan usahakan bertaubat.

Hiprokrit adalah bagi mereka yang berpura-pura baik, tetapi dalam hal ini si pelaku dosa hanya menyembunyikan dosanya. Tidak timbul persoalan dia cuba mengabui mata orang ramai dan berpura-pura baik.

Ini jelas sebagaimana dinyatakan dalam hadis Al-Hakim dalam sabda Rasulullah SAW: “Jauhilah perkara-perkara keji (maksiat) yang dilarang oleh Allah, sesiapa yang melakukannya, hendaklah dia menyembunyikannya dengan tutupan (yang diberikan) Allah dan bertaubat kepada Allah SWT. Jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang diperintahkan oleh Allah ‘Azzawa Jalla.”

Allah SWT itu maha pengampun dan sentiasa menginginkan kita bertaubat dan beristighfar, maka antara ciri taubat yang mudah diterima adalah apabila dosa tidak didedahkan.

Dalam sebuah lagi hadis sahih, disebutkan Rasulullah SAW bersabda: “(Di akhirat kelak) Allah akan menghampiri seorang hambanya yang mukmin lalu melindunginya lalu berkata, Adakah kamu tahu dosa kamu ini. Adakah kamu sedar dosa ini. Lalu jawab lelaki itu, Ya Wahai Tuhan dan sehingga dia mengakui dosanya dan merasakan dia akan binasa (dihukum), maka Allah berkata, Aku menutupinya di dunia dulu (daripada pengetahuan manusia), dan hari ini aku akan mengampunkannya.”

Jelas hadis di atas menyatakan dosa yang dilakukan dan tidak didedahkan berpeluang mendapat belas kasihan Allah di akhirat untuk diampuni.

Bagi mereka yang lebih dulu berbangga bercerita, mengiklan, promosi dan sebagainya sejak di dunia lagi, dibimbangi tidak cukup layak mendapat belas kasihan dan rahmat Allah SWT serta pengampunannya.
Kesimpulan

Segera padam paparan minat dan pembabitan terhadap apa juga aktiviti, tayangan, muzik, bacaan selain untuk Allah, Rasul dan apa yang mendekatkan diri kepada keredaan Allah.

Walau sebanyak, sedalam manapun minat serta sejauh manapun pembabitan anda, sembunyikan ia... bukan bertujuan untuk menipu manusia lain, tetapi supaya anda tidak tergolong dalam kalangan berbangga dengan dosanya, mempromosi, membuka aib sendiri dan mengiklan kejahatan kepada orang lain.

Semaklah Facebook anda, blog, website, forum dan forum sosial harian yang anda lawati supaya tidak tersalah, sekali gus menggandakan lagi dosa anda.

23 Julai 2010

Ramai tetapi kecewa

salam

Khamis malam jumaat... seperti biasa, acara rutin setiap malam... badminton.... malam nie ramai turun... semua star² turun... dan yang pasti bila star turun... permainan saya pulak merudum... kecewa. Husnul, Razman, Dino, Usop, Afif, Din, Hj, Udin, Amirul, Azman, Suhaimi dan saya.... 12 semuanya.

Malam nie kami semua bermain ... lebih kurang jam 9.15.. .cadangnya boleh la pi main awal coz tak ada perkara yang nak dibuat malam nie... tapi tetap juga bergerak lewat... dari rumah hampir jam 9.00.... sampai di dewan... kener pulak susun beberapa kerusi yang diletakkan betol² di gelanggang badminton... almaklum.... dewan serbaguna... so macam² ada.... n macam² aktiviti boleh digunakan.... maybe kerusi tadi digunakan digunakan pada siang hari tadi.

Kami gunakan 2 court.... 8 orang sekali main.... sebab ramai orang .... setiap game baru semuanya keluarkan bulu tangkis baru... dan yang peliknya bulu tangkis cepat rosak... cukup jer habis game... kener tukar bulu tangkis lain.... tak pa la... yang penting semua orang puas hati.

Sedihnya rasanya nak bagi result malam nie.... tapi bagi tau jugalah.. hehehe
1) saya + afif vs azman + usop = kalah | menang | tiada perlawanan penentuan
2) saya + afif vs azman + usop = kalah | menang | menang
3) saya + amirul vs suhaimi + Hj = kalah | menang | menang
4) saya + suhaimi vs amirul + razman = kalah | menang | tiada perlawanan penentuan

Kesimpulannya
a) setiap perlawanan mesti kalah dulu, kemudian menang..... memang la seronok.. tapi menunjukkan masih lagi tidak mantap.... tuh yang kalah juga tuh.
b) tak puas main sangat... coz perlawanan berlanjutan lama.... rasanya menang pon coz pihak lawan dah penat or tak biasa perlawanan berlanjutan jerk.
c) serve pon banyak yang tak kener... rasa macam salah teknik ajer... entah ler.

20 Julai 2010

saat mula bergerak

salam

kadang,,,, setiap hari bila asyik melalui rutin yang sama.. mula la saya merasa bosan dan rasa cam tak best.... niat di hati nak baiki kelemahan diri dan menjadi insan yang lebih baik pabila hari mendatang.... tapi yang terjadi sama seperti hari-hari yang sebelumnya.

bila orang kata... adakah 'hukuman' sebelum nie tak cukup sebagai pengajaran.... saya pantas menyatakan.... moga pengalaman atau 'hukuman' yang sama tidak berulang... cukup la... ia amat perit dan pedih... tetapi realitinya setiap perbuatan tidak menunjukkan diri tidak berubah.

apakah yang perlu dilakukan???? pelbagai nasihat yang baik telah diberikan kepada saya oleh kawan dan orang² yang baik.... rasanya cukup dan tidak perlu ditambah... tetapi diri sendiri masih tidak mahu berubah.... rasanya tidak perlulah benci pada diri sendiri..... atau mungkin juga saya tidak cukup cekal dan tabah untuk cuba berubah selain tidak cukup berdoa pada Yang Maha Esa agar dibukakan pintu hati agar berubah secara total.

Wahai Diri Berubahlah
Jika bukan pada masa ini.... Bilakah lagi????

19 Julai 2010

Susah Payah tapi itulah kehidupan

salam

Sudah lama rasanya, saya tidak update apa² dalam blog ini.. coz sibuk dengan macam-macam perkara.... tetapi paling penting sebenarnya tiada cerita dan berita yang perlu saya khabarkan... emmm... mungkin ada sedikit adakalanya tetapi ditangguh dan ditangguh hingga lupa awal dan habis ceritanya.

Apapun..... saya coretkan sedikit peristiwa sejak dari hari jumaat yang lepas.... sebenarnya saya minggu lepas tidak berapa sihat... selesema dan demam yang tidak pulih². Tengah malam mula badan panas kemudian tengahari kembali OK.... namun Alhamdullilah... masih dipanjangkan umur untuk terus berbakti dan beribadat.

Khamis
Saya cuti pada hari tersebut tidak sihat... selesema teruk... makan ubat n bangun tengahari... kebetulan isteri dan anak ada sekali (saya telah rujuk dengan isteri sejak 21 Jun). Tapi macam biasa, petang OK pula... cadang nak ambil MC tapi segan pulak nak p klinik coz dah sihat so apply cuti ajer la... malam tuh macam biasa, saya n geng main badminton di Bota.

Jumaat
Kerja macam biasa.... sibuk sikit... tapi semuanya macam biasa ajer.... petang saya jalan² di Ekspo ICT di DSI... kebetulan hari akhir... dan Din la yang mula² bawa ayam AYAMAS.... rasa cambest pulak.... so p beli 1 set... memang best pon... patut la depa angkut... hehehe..... malam tuh lepas makan malam... saya, isteri n anak² bawa kereta pulang ke Terengganu.... kalo ikutkan isteri pulang ke Terengganu pada hari selasa sebelum nie (menyelesaikan proses pertukarannya dari Terengganu ke Perak) tapi sebab tak sihat n dapat MC dari klinik... so postpond ke hari jumaat.... cadang nak balik hari sabtu tapi adahal pulak hari ahad so bertolak ke Terengganu malam tu juga.

Perjalanan macam biasala... sebenarnya saya amat letih so sampai sahaja di Batang Kali (rehat sekejap). Dari rumah ke Batang Kali ikut jalan lama n memandu tanpa henti. Kemudian naik Genting dan turun di Karak seterusnya masuk LPT. Tapi badan penat sangat... sampai di Temerloh.... rehat n tido sekejap.... dah ok sket ... sambung memandu sampai di Gambang n rehat lagi... sambung sikit lagi... tak larat sangat... Rehat n tidur di RnR Kuantan... hingga pukul 6.30pg... lepas subuh... sambung memandu dan sampai di rumah mentua jam 8.00 pagi.


Sabtu
Sampai sahaja,  tak sarapan pon sambung tido sampai tengahari (penat sangat kot)... mentua tak bising pulak... hehehe....maybe paham kot or malas nak bising... hehehe.. apala punya menantu... petang pon tak banyak aktiviti nak di buat coz kener selesema teruk.... keluar bilik pon untuk makan, solat n mandi jer. Malam jam 9.00 bertolak balik ke Perak naik bas Utama Express . Dalam bas pulak asyik tido jer... kecuali semasa bas berhenti. sampai kat Ipoh (jam 4.30) tak nak tido dah... maybe takut kalo tido terlepas pulak sampai Lumut. Turun di UiTM (parking kereta di UiTM) n memandu balik rumah... sampai di rumah dah dekat jam 6 pagi. Lepas subuh n mandi sambung tido

Ahad
Jam 10.00 bangun n bersiap coz ada program LPP di UiTM. 1st time jadi fasi... pengalaman yang amat berharga.... dengan tak bersedia apa² pon so main belasah jer ikut modul yang dah disediakan... nasib baik la budak² paham n follow jer modul tanpa banyak songeh sangat... so aktviti..... walaupun tak la enjoy sangat tapi boleh la... untuk kutip pengalaman... tapi pada diri sendiri... rasanya banyak la buat kesilapan

a) perancangan - tidak pandai lagi merancang dan melaksanakan aktiviiti dengan baik dan berkesan walaupun dah ada guide tapi macam ada tak kena.
b) timing - bila perancangan dah hancus.... si timing pon hancus juga la
c) recovering - sebab memang tak bersedia so tak da la buat backup plan... so akhirnya program yang sepatutnya habis pukul 4.30 saya habiskan awal... rasa bersalah pon ada.. .rasa lega pon ada

Namun dalam hati banyak belajar macam² perkara n bukan mudah nak menjadi fasi yang baik.... tapi rasanya jika ada markah untuk kehadiran dan kemampuan saya melaksanakan aktiviti hari nie.. rasanya boleh bagi 3 bintang kot..... yang penting untuk masa yang akan datang bersedia n berani baiki kelemahan diri

09 Julai 2010

Rahmat Ujian

Dalam derita ada bahagia
dalam gembira mungkin terselit duka
tiada siapa tahu
tak siapa pinta ujian bertemu

Bibir mudah mengucap sabar
tapi hatilah yang remuk menderita
insan memandang
mempunyai berbagai tafsiran

Segala takdir
terimalah dengan hati yang terbuka
walau terseksa ada hikmahnya

Harus ada rasa bersyukur
di setiap kali ujian menjelma
itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
di uji tahap keimanan
sedangkan ramai terbiar dilalaikan
hanya yang terpilih sahaja
antara berjuga mendapat rahmat-Nya

Allah rindu mendengarkan
rintihanmu berpanjangan
bersyukurlah dan tabahlah menghadapi

Segala takdir
terimalah dengan hati yang terbuka
walau terseksa ada hikmahnya

Allah rindu mendengarkan
rintihanmu berpanjangan
bersyukurlah dan tabahlah menghadapi
segala ujian di beri
maka bersyukurlah selalu

Cabaran dan kecemerlangan

salam

Setelah student baru masuk..... tak termasuk minggu lepas di mana cuma ada 4 orang jer mai.... minggu nie bertambah jadi 7 orang...... yang pasti yang hadir juga mantap² dengan pelbagai ilmu di dada ... hehehee.... main badminton jer beb.

Cabaran
1) Pencadang - aku n din - datang lambat (lebih kurang 9.30)... orang lain dah mai lama dah.. nasib depa tak balik jer... hehehe
2) Din - entah apa silapnya.... dia tertido pulak... n nasib baik la sebelum kuar umah aku call dia dulu... tujuannya nak cakap aku lewat sket... rupanya dia tido... adeh... penat sangat ler gamaknyer... emmmm... tapi kalo din tak mai..... alamat permainan malam tadi di batalkan... coz shuttle sumer kat dia.
3) Aku - lewat coz p sidec sat..... n masuk uitm... hantar barang n shutdown pc... petang tadi tengah syok... download lagu.... tapi lambat sangat... balik dulu la..... tak sangka pulak lewat sangat
4) Orang kuat - hj n afif - demam - kesian pada depa...  kami telah menderhaka dan terpaksa meminggirkan mereka dengan bermain tanpa mereka... hahaha... sorry geng.... permainan perlu diteruskan walaupun tanpa kalian... moga kalian cepat sembuh ya.
5) Bertugas dan sibuk - beberapa orang pula tak dapat turun kerana terpaksa bertugas dan ada juga sibuk dengan hal masing²... sebagai kawan... kami cuma bleh ajak ajer la... depa tak nak mai... nak wat camner.



Cemerlang
Permainan aku malam nie rasanya amat cemerlang dan berada di landasan yang amat tepat... untuk di naikkan ranking pas nie... hahaha.... .ader chance ker.

a) aku + dino vs amirul + man - menang (main 1 set jer)
b) aku + din vs man + mirul + suhaimi - menang straight set
c) aku + din vs man + usop  - menang straight set
d) aku + usop vs din + suhaimi - menang straight set + 1 set extra.

di sebalik itu juga... memang nampak banyak peningkatan pada semua orang.... cuma mungkin agak sedikit mengecewakan pada star² mcam man, usop n dino... coz sebelum nie.. orang lain gerun dengan smash power depa... tapi coz dah selalu main.... semua orang dah bleh angkat smash depa... walaupun ada juga yang gagal diangkat sempurna... tapi memang banyak peningkatan daripada tak pernah yang berjaya kepada banyak yang berjaya dikembalikan.

semoga pada masa-masa yang akan datang.. .permainan kami semua akan lebih baik

01 Julai 2010

Mencari Punca dan alasan

salam

aku n geng pada malam nie n macam biasa la main badminton di felcra nasaruddin... aku memeningkan kepaaa sikit ari nie dengan minta tolong Afif amik aku dalam pukul 8.30.... alhamdullillah.... sampai n kami bergerak ke check point di jalan masuk felcra nasaruddin jam 8.35... lewat sikit .... dan din dah sedia menunggu... awal pulak mamat nie malam nie... hehehe... aku pakat ngan afif tak bagi tau din yang aku tumpang afif...

Memang rutin sebenarnya kami akan bergerak masuk dari check point ke felcra beramai-ramai.... so saper yang paling awal akan tunggu la yang lewat sikit.... n malam nie din la yang paling awal.... manakala aji pulak yang paling lewat.... tengah dok sibuk menunggu..... aku SMS usop.... (malam nie usop join coz besok malam dia tak join)... katanya dia dah lama sampai.... so kesian pada usop.... aku minta afif masuk dulu..... din tunggu.... tengah on the way... din pulak tepon aku n tanya di mana..... aku cakap la on the way..... dia kata dia nak tunggu... aku cakap balik... masuk la dulu coz aku lewat sikit (padahal aku dah jalan dulu coz aku tumpang afif n din tak tahu).. lagipun aku kata padanya usop dah sampai.

lepas tuh aku tanya afif... apa dia kelentong din... sampai din tak perasan aku tumpang afif... padahal kereta kami berselisih sebelah² jer tadi... afif dengan rileks jer kata... dia tumpangkan mamat indon.... ceh kurang asam... kata aku nie mamat indon....... kononnyer nak kener kan din.... memang dia terkena la jugak... tapi aku pon kener balik.... mamat indon.. .cis.

sampai di dewan pulak... sikit depress... dewan pulak kunci... hampeh.... baru jer kami nak start main.... ada pulak budak main sepak takraw join... cis.... memang 2x hampeh..... macam tak der ari lain pulak nak main takraw.... petang ke bukannya tak bleh main... nie baru jer nak smash.... bola takraw sesat lalu kat gelanggang kami... memang menekan perasaan.... tapi nak wat camner ... tempat orang ... sabar jer la

Namun... malam nie memang mengecewakan.... banyak pukulan tak kener.... kalah pon banyak kali.... yang paling tertekan bila aku n afif vs aji n usop... kami dah leading 16-8.... tapi end game depa menang.... start dari mata 9 sampai 19.... satu orang servis.... menang aku sendiri tak percaya... tapi nak wat camner.... dah ditakdirkan begitu....

Beberapa rumusan pro n kontra malam nie
  • gangguan gelanggang coz gelanggang sebelah kami main takraw dengan bising + bola sesat... tekanan
  • mutu bulu tangkis amat mengecewakan... sampai tahap kami bercadang nak beli shuttle murah jer pas nie.
  • biasa lampu tak buka semua..... so bila lampu buka semua.. di awal game... banyak pukulan tak kena atau kener bingkai... smash kener bingkai atau bola tak turun atau sangkut di jaring..... namum menjelang pukul 11 semua kembali normal.
  • daripada minggu lepas, aku telah buat servis di posisi yang lebih tengah.... masih belum cukup mahir tetapi ada peningkatan..... malahan banyak kali juga dapat mata percuma bila pihak lawan gagal mengembalikan shuttle dengan sempurna.
  • jika diukur kualiti kepuasan permainan dan kualiti permainan aku ... .rasanya cuma sampai 60% sahaja... amat rendah dan mengecewakan

26 Jun 2010

Di mana mereka tinggal?

salam

sekadar memetik artikel dari pada Utusan Malaysia tulisan Abd Halim Hadi berkaitan beberapa pasukan piala dunia.... walaupun memang nak ke afrika tak mampu apatah lagi nak melihat sendiri aksi mahupun di mana pasukan² ini bersantai di Afrika selatan.... rasanya sekadar amik tahu... takpa la kot






PIALA Dunia bukan sekadar perlawanan bola sepak biasa. Peluang melayakkan diri ke kejohanan paling berprestij itu adalah medan pertarungan yang menentukan maruah bangsa dan negara.
Di dalam 'peperangan' itu, setiap pemain adalah wira yang bermati-matian berusaha untuk menjulang pasukan mereka ke peringkat tertinggi.
Sebagai pemain profesional mereka bukan sahaja dijanjikan habuan yang tinggi jika meraih kejayaan bahkan sepanjang temasya itu berlangsung, pasukan sudahpun menerima pelbagai layanan 'kelas bangsawan'.
Sempena Piala Dunia 2010, WOW! berkongsi penginapan pasukan-pasukan bola sepak terkemuka dunia di Afrika Selatan. Sukan yang sudah cukup sinonim dengan gaya hidup mewah.


ENGLAND
MENJADI antara pasukan paling kaya dan bergaya dengan kompleks sukan yang dibina khas sempena kejohanan Piala Dunia 2010.
Kompleks Sukan Bafokeng yang terletak di Rustenburg dibina di atas tapak seluas 150 ekar dengan kos mencecah £20.4 juta (RM98 juta).
Kem sukan itu menempatkan bilik-bilik penginapan, pusat perubatan dan kemudahan sukan bernilai kira-kira £8 juta. Ia dilengkapi padang latihan, gimnasium, kolam renang, gelanggang tenis dan tidak ketinggalan juga padang golf.
Lokasi penginapan dan latihan di resort pada ketinggian 1,000 meter dari paras laut itu menempatkan vila pengurus pasukan, bilik penginapan pemain serta kakitangan pasukan yang dijaga rapi sepanjang masa.
Ketua Eksekutif Royal Bafokeng Sports, Georger Khunou berkata, kem sukan yang dilengkapi kemudahan dan keselesaan serba moden itu adalah hasil pelaburan paling mahal di antara 32 pasukan yang bertanding pada kejohanan kali ke-19 itu.
“Rekaan dan keselesaan penginapan yang menyamai vila mewah itu dibina mengikut perincian yang diminta pengurus pasukan.
“Jaminan keselamatan di resort sukan itu adalah rondaan pasukan polis berkuda yang berkawal 24 jam setiap hari,” katanya.


GHANA
PASUKAN Ghana memilih Penginapan Lembah Rhoode di luar Pretoria yang menampilkan landskap seperti 'tempat sendiri' sebagai kediaman dan tempat latihan sepanjang Piala Dunia 2010.
Resort sederhana mewah yang dibina di tepi sungai Pienaar berhampiran kawasan pergunungan Magaliesburg itu menyediakan penginapan yang jauh daripada kesibukan kota.
Ketenangan di dalam resort berkonsepkan kediaman tradisional masyarakat pemburu Afrika itu dilengkapi pelbagai kemudahan seperti kolam renang luar rumah, pusat kecergasan, jakuzi dan sauna.
Tidak jauh dari Lembah Rhoode, tarikan seperti Taman Zoo Kebangsaan Afrika Selatan, Muzium Kesenian Pretoria, Rumah Kruger dan Taman Menlyn sedia menanti tetamu.

PERANCIS
WALAUPUN gagal melayakkan diri untuk mara ke peringkat lebih jauh, Perancis sebagai bekas juara dan antara pasukan kegemaran yang mendapat layanan diraja di resort peribadi paling mewah di Afrika Selatan.
Pezula Resort Hotel dan Spa di timur Knysna, Cape Town menempatkan 78 bilik vila yang setiap satunya dibina secara berasingan.
Sebagai tetamu kehormat, Pezula menyediakan pelbagai kemudahan bertaraf lima bintang kepada pemain seperti gimnasium, spa, ruang istirehat, bilik persidangan dan bar.
Dari beranda, resort seluas 2,500 ekar itu menyajikan kehijauan padang golf 18 lubang dan pemandangan firus laut di lagon Knysna dan juga Lautan India.
Di luar waktu latihan, pemain boleh memilih pelbagai aktiviti seperti menunggang kuda, berkayak, mendaki dan bermain golf.
Pemain tengah pasukan itu, Alou Diarra berkata, padang bola resort yang dinaikkan taraf itu adalah antara medan latihan yang terbaik di negara itu.
“Pasukan kami cukup berbangga kerana berpeluang berlatih di sini. Ia semestinya menimbulkan rasa cemburu pasukan lain,” katanya.


AUSTRALIA
SELEPAS 10 hari menghabiskan masa berlibur di tengah bandar Sandton, pasukan Australia akhirnya beralih ke resort rimba di luar kota Johannesburg untuk memulakan latihan.
Resort Kloofzicht yang terletak di kawasan pergunungan Zwartkops itu merupakan sebahagian daripada kawasan hutan lindungan yang dipenuhi landskap alam semula jadi menarik.
Keistimewaan resort lima bintang milik kumpulan Guvon Hotel itu adalah 42 buah vila mengadap tasik yang mengalir keluar melalui Empangan Zwartkops.
Kawasan kering di sekeliling resort menjadi habitat kepada pelbagai spesies mamalia besar seperti kijang, rusa dan zirafah.
Keindahan Resort Kloofzicht disempurnakan lagi dengan pelbagai aktiviti yang boleh dicuba oleh pemain-pemain Australia seperti belon udara panas, meredah hutan, melihat burung dan pancing terbang

25 Jun 2010

Tali baru... adakah terdapat sebarang perubahan

salam

sejak 2 malam lepas.... aku n geng main badminton di sini..... afif telah tukar tali baru... victor nano tec kalo tak silap... hehehe... jangan marah yer kalo salah... menurut maklumat daripada tuan punya raket.. tali kali nie lebih tebal dan lebih baik kualitinya.. sebelum nie pakai BG66. menurut pemerhatian kami juga... kualiti permainan ada sedikit meningkat... tapi biasa la ... sebab kami nie tak la pro... so kira ok la... hehehe

Rabu
4 orang ajer yang turun... aku, afif, aji n din..... n malam itu... biasala sebab tak da yang lagi teror... aku la conquer game... hehehe.... perasan la pulak.....

aku n aji vs afif n din - 2 kali straight game
aku n afif vs aji n din - menang, kalah, menang
aku n din vs aji n afif - menang straight game
aku n aji vs afif n din - menang, kalah.... game ke 3 di tunda coz dah lewat ... hehehe

Khamis
biasanya mlm nie ramai orang ... tapi maybe sebab world cup dan acara² lain.. hanya 7 orang yang mai... kemudian pukul 10.30 baru la aji mai..... nasib la.. kalo tak... menang la hangin sket... coz 2 pair main n 3 orang lagi bleh la menong.... or main single... tapi penat gila la pulak.... bila single

aku n afif vs husnul n suhaimi - kalah (aku main 1 set jer)
aku n din vs man n amirul - menang straight set
aku n afif vs husnul n suhaimi - menang, kalah
aku n aji vs man n amirul - kalah, menang, menang
aku n aji vs afif n din - menang straight set

24 Jun 2010

Talak kuasa suami

salam


saya tertarik apabila membaca soaljawab agama dalam Utusan Malaysia baru-baru ini berkenaan bab talak... suka saya kongsikan bersama supaya masing² faham.



SOALAN:

Saya menetap di Amerika Syarikat. Imam yang dirujuk untuk kes penceraian adalah dari mazhab Hanafi. Saya ingin bertanya tentang kes penceraian daripada segi mazhab Shafie.

Imam tersebut mengatakan selepas jatuh talak yang pertama, dua bulan kemudian jatuh talak ketiga (satu bulan satu talak) dan idah bermula untuk tempoh tiga bulan kemudian selepas talak tiga.
Bolehkah ustaz terangkan penceraian dalam mazhab Shafie.
JAWAPAN:
Molek kiranya saya mulakan ulasan soalan saudara dengan sepotong ayat al-Quran yang bermaksud: Talak (yang boleh dirujuk kembali itu hanya) dua kali. Sesudah itu bolehlah ia (rujuk dan) memegang terus (isterinya itu) dengan cara yang sepatutnya atau melepaskan (menceraikannya) dengan cara yang baik dan tidaklah halal bagi kamu mengambil balik sesuatu dari apa yang telah kamu berikan kepada mereka (isteri-isteri yang diceraikan itu) kecuali jika keduanya (suami isteri takut tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah.
Oleh itu kalau kamu khuatir bahawa kedua-duanya tidak dapat menegakkan aturan-aturan hukum Allah, maka tidaklah mereka berdosa - mengenai bayaran (tebus talak) yang diberikan oleh isteri untuk menebus dirinya (dan mengenai pengambilan suami akan bayaran itu).
Itulah aturan-aturan hukum Allah maka janganlah kamu melanggarnya; dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (al-Baqarah: 229)
Dalam ayat di atas Allah menetapkan bahawa seseorang isteri yang dicerai dengan cerai raj’i (cerai yang boleh dirujuk) dengan talak yang paling maksimum adalah dua, kalau tiga tidak boleh dirujuk melainkan dikahwini oleh orang lain sebelum dikahwininya.
Ayat ini juga sekali gus menjelaskan adanya bilangan talak yang dilafaz bukan ikut bilangan bulan.
Persoalannya sekarang, saudara telah diberitahu oleh imam di sana mengenai talak. Sebenarnya apa yang jelaskan oleh imam tersebut tidak tepat.
Tidak ada mazhab yang menyebut seseorang isteri diceraikan dengan talak satu kemudian bila si suami tidak merujuk dalam bulan pertama dalam tempoh idahnya masuk bulan kedua talak yang asalnya satu jadi dua dan bagi bulan ketiga talak itu menjadi tiga.
Maksudnya kalau si suami gagal merujuk isteri dalam idah yang kebiasaannya dalam tempoh tiga bulan maka talak yang satu yang dilafazkan oleh suami menjadi tiga.
Pandangan ini sangat bercanggah dengan pandangan jumhur ulama termasuk Imam al-Syafie. Bilangan talak adalah apa yang dilafazkan oleh si suami ketika menceraikan isterinya.
Contohnya si suami kata, “aku ceraikan engkau dengan talak satu”, maka talak satulah sampai dirujuk dalam idah.
Kalau tidak rujuk sampai habis idah dan si suami ingin kembali maka hendaklah dinikahi dengan akad yang baru dan mas kahwin yang baru. Ini bermaksud bilangan talak tidak bertambah kerana kelewatan merujuk.
Cara mengira bilangan talak yang dilafazkan oleh suami adalah sama ada menyebut dengan jelas jumlah bilangan talak seperti: “Aku cerai/talak dikau dengan talak satu atau dua atau tiga”. Maka jatuh talak mengikut bilangan yang ditentukan atau disebut oleh suami.
Cara lain pengiraan talak adalah suami menceraikan isteri dengan talak satu kemudian rujuk semula, tetapi perceraian berlaku lagi selepas itu.
Setelah dua kali bercerai (dengan talak satu), kemudian berlaku perceraian lagi dengan suami melafazkan cerai talak satu maka ia dikira telah jatuh talak tiga.
Pasangan ini tidak boleh rujuk kecuali bekas isteri berkahwin dengan orang lain, bersetubuh dan bercerai.
Talak mesti dijatuhkan mengikut aturan kiraan Islam memberikan kepada seorang muslim tiga talak untuk tiga kali, dengan suatu syarat tiap kali talak dijatuhkan pada waktu suci, dan tidak disetubuhinya.
Kemudian ditinggalkannya isterinya itu sehingga habis idah. Kalau nampak ada keinginan merujuk sewaktu masih dalam idah, maka dia boleh merujuknya.
Sekiranya dia tetap tidak merujuknya sehingga habis idah, dia masih boleh untuk kembali kepada isterinya itu dengan akad dan mahar (mas kawin) baru. Kalau dia tidak lagi berhasrat untuk kembali, maka si wanita boleh berkahwin dengan orang lain.
Jika si lelaki tersebut kembali kepada isterinya sesudah talak satu, tetapi tiba-tiba terjadi suatu peristiwa yang menyebabkan jatuhnya talak yang kedua, si lelaki masih boleh rujuk semula dalam tempoh idah.
Dan kalau suami kembali dan menceraikan isterinya buat kali ketiga, maka ini merupakan suatu bukti nyata, bahawa perceraian antara keduanya itu harus dikukuhkan, sebab persesuaian antara keduanya sudah tidak mungkin.
Oleh kerana itu dia tidak boleh kembali lagi, dan si perempuan pun sudah tidak lagi halal buat si lelaki tersebut, sehinggalah dia kahwin dengan orang lain secara syarie. Bukan sekadar menghalalkan si perempuan untuk suaminya yang pertama tadi.

18 Jun 2010

Kembali cemerlang

salam

malam nie aku datang agak lewat sikit beraksi pukul 9 lebih baru sampai.... sampai jer.....buka beg... alamak kasut pulak lupa bawak.... terpaksalah pinjam kasut afif... tq afif... tapi sedikit licin... boleh la daripada tak da langsung... memulakan aksi dengan beregu bersama aji..... kata orang panaskan badan .. main 3 set.. lawan din & usop.... kalah 2 kali n menang sekali

Kemudian beregu pula dengan afif vs Aji + usop... menang 2 kali n kalah sekali..... seterusnya lawan dengan amirul + dino... dipertengahan set pertama.... afif... undur diri coz tali raket putus dan diganti aji.... menang straight set.

Seterusnya aku n afif (guna raket aji) vs man library + usop..... kalah set pertama dan menang set ke dua.. set ke 3 tidak dapat diteruskan kerana masing² nak balik.... tengok bola la kot. 

Malam ini, beberapa perkara yang tak dapat di lupakan berlaku... Antara yang menarik.

1) Aku lupa bawak kasut... apala.. stoking bawak.. kasut lupa... sowy geng .... nak wat camner dah lupa... n tq la afif..... coz bagi pinjamkan kasut hang ...... ada bau masam tak??.... hehehe

2) Peningkatan permainan yang baik oleh aku sendiri terutama kawalan gelanggang, smash, angkat smash, back hand, drop shot, pukulan silang dan permainan jaring.... servis juga ada peningkatan..... nie kes 'masuk bakul angkat sendiri nie'.. korang jangan marah yekkkk ... blog aku... sukahatilah aku nak tulis apa... hehehe

3) Gelanggang sedikit licin dan mangsa pertama adalah DIN....... mengalami sedikit kecederaan la jugak... mungkin selepas nie perlu di sediakan 'pengelap gelanggang' la kot..... apapun kesian juga pada din n harap minggu depan boleh beraksi dengan baik

4) Aji datang lewat coz sempat layan bola dulu... adus nasib baik la .... shuttle n net orang lain pegang... kalo tak... menong jer la deme tadi.... tapi tq juga la pak aji.... datang juga... hehehe

5) Buat kali pertama, raket afif talinya putus... ada beberapa kesimpulan yang boleh dibuat
a) tali raket tersebut kualitinya rendah.... sedang orang lain ok jer..... tali raket dia jer yang putus..... jawab afif jawab.
b) afif telah mencapai tahap pukulan setaraf pro... coz biasanya pro jer yang main tali raket putus..... setakat amatur macam aku nie.. jangan harap la nak putus... betul ker afif dah pro..... boleh dipertikaikan nie.
c) berlaku kecuaian di pihak afif sendiri... mungkin salah letak... kener gigit lipas ker,,, gigit tikus ker atau semut ker....sendiri gigit ker atau maybe afif sendiri nak putuskan tali tuh coz nak ikat tali baru... (sebelum nie katanya tali tuh dah kendor).... ko sajer jer putuskan yer afif... hehehe.... apa pon hope minggu depan ada la tali baru ... nak ikat tali apa afif??? BG 66.... or BG 96... hehehe

5) Shuttle pada minggu nie... nampaknya tiada komen² yang tidak enak di dengar,,, dan sepanjang aku main pada malam nie... kualitinya amat baik.... malahan boleh digunakan beberapa set.... tak seperti pada minggu lepas... kualiti shuttle amat teruk... walaupun keluar dari tabung yang sama... entahlah... ada kemungkinan ker shuttle tersebut ada gred² tertentu di mana ada yang amat teruk dan ada yang amat baik... entahla.

17 Jun 2010

Bila Telur Berdiri

salam

sekadar berkongsi artikel daripada muka depan Harian Metro beberapa hari lepas di KUCHING

Sekumpulan murid Tadika Padungan di sini, semalam tercengang melihat fenomena telur berdiri di atas permukaan lantai yang rata tanpa bantuan sebarang peralatan.


PELIK...kanak-kanak kagum melihat telur tidak bergolek.
PELIK...kanak-kanak kagum melihat telur tidak bergolek.

Kejadian itu juga membuatkan ibu bapa yang menunggu anak masing-masing terpegun melihat keganjilan kira-kira 20 biji telur berdiri.

Difahamkan, telur berdiri itu sebahagian daripada usaha Tadika Padungan untuk mendedahkan murid mengenai fenomena alam yang biasanya berlaku ketika gerhana matahari.

Sebenarnya situasi seperti itu bukan perkara baru atau ajaib, malah berdasarkan fahaman saintis, ia ada kaitan dengan faktor graviti.

Berdasarkan pendapat saintis, di antara matahari dan bumi terdapat garis medan gravitasi yang mampu mempengaruhi elektron dalam telur sehingga menjadi stabil, sekali gus membolehkannya berdiri tegak.

Difahamkan, kejadian itu hanya berlaku antara jam 12 hingga 1 tengah hari berikutan graviti bulan dan matahari dalam keadaan sejajar. 


Sementara itu, Ketua Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Jumaat Adam, ketika dihubungi berkata, perkara itu boleh berlaku jika mengambil kira faktor graviti bumi.

Katanya, kajian dijalankan mendapati perkara seumpama itu disebabkan wujudnya kuasa graviti bumi yang membantu telur itu berdiri tegak.
 

Kawan aku pulak ada cakap kalo 2 biji telor yang letaknya di bawah se 'batang kayu' yang sedikit bengkok, jika di usik² telor tuh... batang kayu itu akan berdiri tegak ........ telor tuh macam tuh jugak la... dan ia tak der kener mengena dengan graviti katanyalah... aku tak pernah cuba dan aku tak paham ... korang paham... hahahaa

Jangan biar pasangan kesunyian

salam

sekadar mengutip artikel menarik daripada Utusan Malaysia Oleh ZUHAYATI YAZID... dah lama dah artikel nie... tapi memang menarik dan sesuai terutama untuk pasangan yang dah lama berkahwin




Adalah sangat berbahaya membiarkan pasangan kita berasa sunyi. – Gambar hiasan



ALAM rumah tangga seharusnya menjadi impian setiap pasangan di dunia ini yang menginginkan hidup bersama pasangan yang dicintai hingga akhir hayatnya.
Namun apabila usia perkahwinan semakin lama adakalanya hubungan juga semakin renggang, perasaan cinta dan sayang juga semakin pudar dan semakin kurang ‘magis’nya.
Malah ada ketikanya sudah tidak sama seperti waktu awal-awal perkahwinan dulu. Maklumlah anak-anak sudah besar dan cucu juga semakin ramai.
Ada yang bersikap tidak kisah atau ambil mudah terhadap pasangan mereka.
Hidup bersama bertahun-tahun membuatkan mereka merasakan sudah cukup memahami pasangan, lantas mereka mula bersikap ambil mudah terhadap pasangan.
‘‘Sebenarnya itu satu kesilapan yang sering dilakukan oleh pasangan yang telah lama berkahwin. Jadi tidak hairan jika ada rumah tangga yang runtuh walaupun sudah berusia berpuluh tahun,’’ ujar Penolong Pengarah Kaunseling Kolej Matrikulasi Selangor, Zuaiza Paiman.
Tegas beliau, biarpun sudah lama berkahwin, sebagai manusia normal naluri untuk disayang tetap wujud.
‘‘Biarpun sudah lama mengharungi kehidupan bersama, perasaan cinta dan kasih sayang harus dibajai, jangan sesekali meminggirkan insan yang paling mengharapkan belaian dan perhatian,’’ tegasnya bersungguh.
Tambah beliau, biarpun masing-masing sudah ‘masak’ dengan kerenah sendiri, namun jangan membiarkan pasangan berasa kesunyian.
‘‘Adalah sangat berbahaya membiarkan pasangan kita berasa sunyi, oleh itu anggap pasangan kita sebagai orang yang paling penting,” katanya.
Menurutnya lagi, bermula dengan kesunyian akan menjadikan seseorang itu cuba mencari keseronokan yang lain.
‘‘Oleh itu adalah tanggungjawab kita untuk memberikan perhatian kepada pasangan sendiri. Biarpun sibuk sentiasa beri perhatian setiap perkara yang diingini.
‘‘Bagi isteri menjadi suri rumah ada waktunya mereka tidak menang tangan dalam menguruskan hal anak-anak dan antara mereka terlepas pandang dalam menjalankan tanggungjawab mereka terhadap suami.
‘‘Bagi isteri yang bekerjaya pula, jangan mengharapkan segala urusan suami disediakan oleh pembantu. Walhal itu semua tanggungjawab isteri,’’ ujarnya lagi.
Kata beliau lagi, dalam perhubungan komunikasi adalah perkara yang penting.
‘‘Ini kunci utama. Komunikasi adalah sesuatu yang penting, tanpa komunikasi kita tidak tahu apa yang tersirat di hati masing-masing,’’ ujarnya lagi.
Katanya lagi, dalam keadaan sedemikian biasanya pasangan akan saling memendam, akhirnya apabila meledak, keadaan tidak dapat dipulihkan lagi.
‘‘Oleh itu, jangan pendamkan apa yang terbuku sebaliknya berkongsi cerita dengan pasangan kita,” katanya.
Katanya lagi, biarpun sudah lama melayari bahtera perkahwinan, namun kuasa sentuhan mampu mengembalikan kehangatan dalam hubungan suami isteri.
‘‘Siapa kata orang tua tidak inginkan belaian dan sentuhan. Kadangkala sentuhan juga sudah cukup untuk menyampaikan segala yang terpendam,” katanya.

Bila Perut Meragam

salam

minta maaf kawan² semua... hari nie aku tak p kerja lagi... amik mc la kot... pagi tadi dah merasai siksa bila perut meragam.. p tandas beberapa kali tapi sama gak... bukan sakit perut nak buang air.... tapi memang sakit perut... nasib la ada pil 'chi-kit teck aun'. berkesan la jugak ubat tu... tak payah p klinik.... tapi masalahnyer... camner aku nak amik mc... sekarang dah tak sakit dah... tapi pagi tadi memang sakit gila... nak wat camner nie????? ada cadangan ... hehehe

Tapi aku nie pelik la jugak sikit..... dalam sakit tuh bleh pulak.... tido.... sampai pkl 11 pulak tuh... tapi antara tuh diselangi la dengan drama mengejar pintu tandas... hahaha... buang apa yang patut... adus... tapi dah lega..... sambung tido balik.

ari nie plak ader kerja penting kener wat.... sowy la bos n kawan² semua.... tak dapat nak tolong la.... ingat nak p jugak la klinik ... try kalo bleh dapat mc.... kalo x bleh... amik cuti la jer la... nak wat camner.... salah sendiri... lambat p klinik.

Kesalahan Penyampaian Maklumat

salam

ingat lagi subjek komunikasi data semasa belajar kat poli dulu tentang penghantaran data sehala dan dua hala... simpleks dan separuh dupleks.... kalo korang rajin.. nie ada sikit nota tentang 2 benda tuh.. hehehe

pendek cerita
simpleks berlaku bila data hanya di sampaikan sehala ... contohnya malam nie kami dah confirmkan nak datang dalam 6 orang.... so din dah bagitau la semua 5 orang tuh soh datang malam nie... (tapi ayat bukan ayat arahan la... minta secara baik lerrr... kalo arahan.... nanti timbul plak ayat.... "hang sapa???")

separuh dupleks pulak berlaku apabila maklumat dihantar secara 2 hala tetapi bukan pada masa yang sama... sebagai contohnya..... semua 6 orang (termasuk din sekali) dah confirm nak datang so.... penghantaran data separuh dupleks dah berlaku dengan baik... namun menjelang jam 9.30... hanya 3 orang sahaja yang ada..... maknanya proses penghantaran data telah terjelas atau gagal..... di mana 3 lagi gagal untuk melaksanakan penghantaran secara separuh dupleks...... bagi tau la awal² tak bleh mai.... adus..... penat jer kami datang.... masing² ada phone... guna la phone.... bikin panaz betul la..

so malam nie kami hanya berlari-lari anak ayam ajer la dalam dewan tuh sambil sesekali pukul² bulu tangkis.... nak keluarkan peluh... tapi dekat jam 11 juga la balik..... sebenarnya masih mengharap 3 orang tadi tuh datang juga... tapi apakan daya.... setiap mereka ada masalah masing².... dan sebagai kawan... hormatilah keputusan mereka itu....  hehehe.... nampak baik sangat... tapi tadi kutuk jugak ler depa yang tak mai... sowy ya geng... kutuk sikit² jer.... hehehe



lepas tuh... acara biasa... sup bota... walaupun malam nie aku n afif cuma makan keropok ajer.. sambil melihat detik² kekalahan sepanyol..... dan yang paling kecewa adalah bro² yang dok meja depan kami... hahaha.... nasib time tuh tak da penyokong swiss... kalo tak mau bertumbuk kot... hahaha

16 Jun 2010

Gotong Royong dan Sakit Hati

salam

hari nie beberapa orang daripada kami kener p gotong royong di kampus ipoh... alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna... terima kasih la kawan² semua yer... walaubagaimanapun aku telah membuat sedikit onar... hehehe.... apakah itu?????

1) Orang soh p naik bas ..... aku dengan selamba jer naik keter sendiri sambil menghasut beberapa orang lain join sama... adus... kira jadi penghasut la pulak.

2) Di sebabkan itu juga.... orang p awal n balik awal... aku p awal... tapi balik lambat... nie kira kes mengulat la pulak... tapi aku bukan ulat tau... mengulat jer..... hehehe

3) Actually aku kener menguruskan beberapa perkara yang bersifat peribadi... rasa bersalah pon ada... tapi nak wat camner.... aku kener uruskan dengan segera.... ni tak tau pulak nak dikategorikan kat ner.... tapi bos bising la jugak... apa kes nie.... adus... jawab???? jawab?????... kantoi.

apa pon terima kasih la kawan² semua yang tolong settle kan gotong royong tuh bagi pihak aku yang bersalah nie... TQ jugak pada bos yang memahami dan tak hantam aku sampai lumat.... aku bersalah... ampunkan aku korang yer... nanti ader duit lebih aku belanja makan yer.

Serentak dengan itu juga... aku merasakan hari nie merupakan hari yang teruk dan penuh dengan sakit hati.. tak pastilah kenapa

1) adakah kerana tention sebab gol last minute new zealand semalam... walhal slovenia slovakia bleh menang.
atau
2) adakah kecewa dengan live streaming semasa portugal vs ivory coast semalam.... dah la tv1 tak tunjuk live, ada live streming pun... sat² buffer.... sat² buffer... pastu DC (disconnect)... hampeh..... pastu ingat portugal menang la... ceh... seri ajer... apa la ronaldo... harap gah jer... tapi hampeh....  tapi semalam dia ader try jugak,,, kener palang rasanya.
atau
3) adakah kecewa dengan kemenangan tipis 2-1 brazil semalam..... dan aku tak tengok plak tu... tido awal
atau
4) malam tadi.... ntah kenapa... tetiba jer demam... bukan demam piala dunia... demam betol².... apalagi.. dengan pantas makan ubat selesema dan demam.... tapi lepas tuh... terus tak sedar sampai pagi... nasib bangun juga... hehehe....
atau
5) sebab malam nie nak main badminton.... hehehe

ntah ler... tapi saper yang kener marah dengan aku td... minta maaf la yer... emosi tak stabil

13 Jun 2010

Talak tiga dan gila talak

salam

sekadar mengambil artikel menarik daripada Utusan Malaysia hari nie berkaitan tajuk di atas... amat menarik untuk di kongsi bersama untuk di fikirkan


WANITA muda cantik begaya itu berhati-hati menyusun langkah. Begitu menarik penampilannya. Pembawaan diri menunjukkan dia amat bahagia. Teman rapat berbisik: ''Setahun lepas dia manusia berbeza. Gemuk, tiada keyakinan diri. Yang sedihnya dia ditinggal suami gara-gara tidak cantik.''
Saya terkedu. Beberapa saat selepas itu, terlontar satu perkataan: ''Kejamnya.''
Teman yang bertindak sebagai kaunselor tidak bertauliah kepada wanita itu mengupas lanjut. Kebetulan ketika itu kami makan tengah hari bersama. Wanita itu menyapa, bersalaman dan memeluk teman saya. Ada air mata bergenang tetapi bukan kerana sedih sebaliknya membawa tafsiran yang pelbagai.
Wanita itu dalam proses bercerai. Beberapa kali dia diminta menghadiri sesi kaunseling oleh Jabatan Agama Islam. Bertemu dengan lelaki yang pernah bergelar suami dalam hidupnya pada setiap sesi membawa semangat baru dalam hidupnya. Dia bersenam, aktif di gimnasium, mula bergaul dan meningkatkan keyakinan diri.

membatalkan

Kali terakhir bertemu suami menyimpulkan cerita yang berbeza. Lelaki itu membatalkan hasrat untuk bercerai. Dia tergoda dengan keanggunan isteri yang ditinggalkan kerana pernah menjadi tidak cantik, gemuk dan tiada keyakinan diri.
Sedangkan ketika tali pernikahan dipateri, bentuk fizikal isterinya sememangnya begitu.
Diberitakan hidup lelaki itu kini tidak keruan. Pergerakan isterinya sentiasa diekori. Siang malam dia mengetuk pintu rumah dan pintu hati si isteri. Kemuncaknya dia menelefon isterinya memberitahu mahu mengambil nyawa sendiri lantaran niatnya untuk membatalkan perceraian tidak dipersetujui si isteri.
Dia mahu menghentikan denyutan nadi, namun ugutan demi ugutan tidak mampu mencairkan hati wanita yang amat terluka itu. Dia tidak mahu mengulangi episod luka ditinggalkan lantaran si suami jatuh cinta dengan wanita lain atas nama kecantikan. Dia tidak tahu takdir yang menunggunya di hadapan. Mana tahu kemalangan menimpa mencacatkan bentuk fizikal dirinya, tak mustahil dia akan ditinggalkan sekali lagi lantaran rupa paras dan bentuk badan mendasari mahligai yang dibina, bukannya keikhlasan atau cinta sejati.
Keadaan suami umpama orang gila mengejarnya ke sana sini juga tidak mengundang simpati. Kalau dahulu dia dikatakan tidak mempunyai keyakinan diri tetapi hari ini dia nekad tidak mahu berpaling biar pun dinasihatkan berkali-kali supaya memberi peluang kedua kepada si suami. Pegawai kaunselor di jabatan agama juga buntu. Wanita itu sememangnya tidak mampu dilenturkan lagi menyebabkan lelaki itu gila talak dan tidak henti-henti meratap hiba.
Teman saya bertanya apa tindakan saya jika berhadapan dengan situasi sedemikian. Mendengar jawapan segera saya mungkin mengambil tindakan yang serupa, dia menggeleng-geleng kepala. Katanya, dalam hidup memberi dan membuka peluang kedua adalah sesuatu yang mulia dan hasilnya mungkin lebih indah. Dia juga memberitahu tidak pernah menyangka wanita boleh berubah menjadi sekeras itu. Sebagai doktor perubatan dia jarang bermain dengan psikologi tetapi dalam mengutip pengalaman wanita itu, dia mengakui selain keras hati, ego kaum Hawa tidak kurang tingginya berbanding lelaki.
Dan lelaki yang sememangnya dikurniakan ego semacam tidak mudah menerima hakikat bahawa wanita yang pernah menjadi pasangan hidupnya mahu membina hidup di samping lelaki lain. Lantas jadilah gila talak yang sebenarnya meletakkan ego lelaki pada satu tahap yang amat rendah sehingga melayakkan mereka berbuat apa saja termasuk membakar masjid tempat isterinya bakal memahat ikatan baru. Lelaki yang mungkin ketika melafazkan lafaz talak tiga bertujuan memelihara ego yang tinggi hilang pertimbangan apabila wanita yang bukan lagi miliknya mahu hidup di samping lelaki lain. Sedangkan jika pun masjid itu dibakar, majlis pernikahan boleh saja dilangsungkan di tempat lain. Malah perbuatan tidak waras itu boleh saja menambah kebencian bukan saja bekas isterinya malah banyak orang lain terhadap lelaki itu. Kita pernah membaca laporan berita seorang lelaki membaling jendela rumah seorang gadis gara-gara pinangannya ditolak. Perbuatan itu dilakukan berhari-hari terutama menjelang dinihari. Walaupun bukan gila talak namun hakikatnya sama - segagah manapun lelaki belum tentu kuat apabila hasratnya ditolak. Selembut mana pun hati wanita, akan ada masanya menjadi keras sehingga tidak mampu ditembusi.

12 Jun 2010

Jadual Piala Dunia 2010

salam

Jadual Piala Dunia 2010

(latest update klik sini)

Malaysia Time Zone
Match
Catatan / Keputusan
Date
Time
1
11-06-2010
(Jum)
10:00 PM
South Africa
vs
Mexico
 1-1
2
12-06-2010
(Sab)
2:30 AM
Uruguay
vs
France
 0-0
3
12-06-2010
(Sab)
10:00 PM
Argentina
vs
Nigeria
 1-0
4
12-06-2010
(Sab)
10:00 PM
Korea Republic
vs
Greece
 2-0
5
13-06-2010
(Ahd)
2:30 AM
England
vs
United States
 1-1
6
13-06-2010
(Ahd)
10:00 PM
Algeria
vs
Slovenia
 0-1
7
13-06-2010
(Ahd)
10:00 PM
Germany
vs
Australia
 4-0
8
14-06-2010
(Isn)
2:30 AM
Serbia
vs
Ghana
 0-1
9
14-06-2010
(Isn)
10:00 PM
Netherlands
vs
Denmark
 2-0
10
14-06-2010
(Isn)
10:00 PM
Japan
vs
Cameroon
 1-0
11
15-06-2010
(Sls)
2:30 AM
Italy
vs
Paraguay
 1-1
12
15-06-2010
(Sls)
10:00 PM
New Zealand
vs
Slovakia
 
13
15-06-2010
(Sls)
10:00 PM
Brazil
vs
Korea DPR
 Siaran Tertunda  TV1 (4.30-7.00)
14
16-06-2010
(Rabu)
2:30 AM
Côte d'lvoire
vs
Portugal

15
16-06-2010
(Rabu)
10:00 PM
Spain
vs
Switzerland

16
16-06-2010
(Rabu)
10:00 PM
Honduras
vs
Chile
 Siaran Langsung TV2
17
17-06-2010
(Kha)
2:30 AM
South Africa
vs
Uruguay

18
17-06-2010
(Kha)
10:00 PM
France
vs
Mexico
 Siaran Tertunda  TV1 (4.30-7.00)
19
17-06-2010
(Kha)
10:00 PM
Argentina
vs
Korea Republic

20
18-06-2010
(Jum)
2:30 AM
Greece
vs
Nigeria

21
18-06-2010
(Jum)
10:00 PM
England
vs
Algeria
 Siaran Tertunda  TV1 (3.00-6.00)
22
18-06-2010
(Jum)
10:00 PM
Slovenia
vs
United States

23
19-06-2010
(Sab)
2:30 AM
Germany
vs
Serbia

24
19-06-2010
(Sab)
10:00 PM
Ghana
vs
Australia
 Siaran Langsung TV1
25
19-06-2010
(Sab)
10:00 PM
Netherlands
vs
Japan
 Siaran Tertunda  TV1 (0.00-2.00)
26
20-06-2010
(Ahd)
2:30 AM
Cameroon
vs
Denmark

27
20-06-2010
(Ahd)
10:00 PM
Italy
vs
New Zealand
 Siaran Langsung TV1
28
20-06-2010
(Ahd)
7:30 PM
Slovakia
vs
Paraguay
 Siaran Langsung TV2
29
21-06-2010
(Isn)
2:30 AM
Brazil
vs
Côte d'lvoire
 Siaran Langsung TV1
30
21-06-2010
(Isn)
7:30 PM
Portugal
vs
Korea DPR
 Siaran Langsung TV2
31
21-06-2010
(Isn)
10:00 PM
Spain
vs
Honduras

32
22-06-2010
(Sls)
2:30 AM
Chile
vs
Switzerland

33
22-06-2010
(Sls)
10:00 PM
Mexico
vs
Uruguay

34
22-06-2010
(Sls)
10:00 PM
France
vs
South Africa

35
23-06-2010
(Rabu)
2:30 AM
Greece
vs
Argentina

36
23-06-2010
(Rabu)
2:30 AM
Nigeria
vs
Korea Republic
 Siaran Langsung TV1
37
23-06-2010
(Rabu)
10:00 PM
United States
vs
Algeria
 Siaran Langsung TV1
38
23-06-2010
(Rabu)
10:00 PM
Slovenia
vs
England

39
24-06-2010
(Kha)
2:30 AM
Australia
vs
Serbia

40
24-06-2010
(Kha)
2:30 AM
Ghana
vs
Germany
 Siaran Tertunda  TV1 (4.30-7.00)
41
24-06-2010
(Kha)
10:00 PM
Denmark
vs
Japan

42
24-06-2010
(Kha)
10:00 PM
Cameroon
vs
Netherlands
 Siaran Langsung TV1
43
25-06-2010
(Jum)
2:30 AM
Paraguay
vs
New Zealand

44
25-06-2010
(Jum)
2:30 AM
Slovakia
vs
Italy

45
25-06-2010
(Jum)
10:00 PM
Korea DPR
vs
Côte d'lvoire

46
25-06-2010
(Jum)
10:00 PM
Portugal
vs
Brazil

47
26-06-2010
(Sab)
2:30 AM
Switzerland
vs
Honduras

48
26-06-2010
(Sab)
2:30 AM
Chile
vs
Spain
 Siaran Langsung TV1

Hari Pertama Piala Dunia

salam

malam nie, sepak mula piala dunia dah bermula.... tido awal n bangun beberapa minit sebelum sepak mula bermula..... enjoy juga.. permainan yang baik antara tuan rumah, africa selatan dan mexico. berkesudahan 1-1. Tengok live kat tv1

Ketika artikel ni di tulis tengah tengok live streaming kat tenet... jenoh gak la cr...  nasib baik dapat jumpa jugak... tapi sedikit kecewa jugak coz ada buffer,,, setajat nie boleh la.... kalo bosan nanti tunggu result jer la esok pagi.. hehehe

11 Jun 2010

Apa dah jadi

salam

malam nie permainan badminton amat mengecewakan

Datang ke dewan sekitar jam 8.30, baru Udin sahaja yang ada.... dewan pulak kebetulan kener di kemaskan coz sebelum nie ada kursus di jalankan. Maka kerusi dan meja perlu di susun dan di alihkan ke tempat yang sesuai.

Masa dok susun kerusi ada la sampai lagi 3 orang n kami sama-sama susun, dekat jam 9 baru start main badminton... agak lewat juga coz plan 8.30 bleh start dah... dalam pukul 9.30 baru ramai sket, cukup la 8 orang... boleh la.

Tapi permainan aku malam nie memang amat mengecewakan, serba tak kena. 'pair' dengan sapa pon kalah. Salah satu sebab di bawah mungkin adalah punca

1) tak cukup panas... biasa malam rabu main juga... tapi minggu nie disebabkan tak cukup korum.... cuma malam nie jer dapat main.... mungkin keadaan nie jadi punca... skill n teknik tak berkesan
2) biasa sebelum main dok beli 100 plus sebagai penjana tenaga.. tapi malam nie lupa nak beli so mungkin mengganggu sedikit prestasi permainan (letih dan tak cukup tenaga la kot)
3) malam nie pakai stoking baru n memang tak selesa coz stoking nie kainnya licin so masa main memang amat tak selesa terutama ketika berlari dan berhenti..... rasa seperti tiada cengkaman.
4) keaadaan dalam dewan yang sedikit panas dan agak berserabut coz banyak kerusi dan meja.... sebelum nie gelanggang agak lapang.... mungkin ada sedikit gangguan dari segi mood permainan
5) boleh jadi juga 'pair' lawan aku malam nie agak sedikit hebat dan serba menjadi lagipon malam nie 'pair' aku kalah pon sumernyer tipis jer.

apa pon alasan tidak boleh tidak kener la jugak muhasabah diri.... aku masih perlukan banyak latihan dan tingkatkan lagi kecergasan serta kawalan bola... malam nie permainan net memang tak menjadi... smast juga banyak yang sangkut..... servis juga mengecewakan.... InsyaAllah masih boleh dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...