29 September 2011

Kematian Yang Pasti [wallpaper]

sumber: iluvislam | Zulhafidz | Editor: Zulhafidz

Setiap yang bernyawa, manusia, jin, haiwan, malaikat, dan seluruh alam akan menemui kemusnahan, anda tidak mampu mengubahnya.

alt
Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari Neraka dan dimasukkan ke Syurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.(185)

Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: Banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu jika kamu bersabar dan bertakwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya). (186)

Jom Bersedekah!

sumber: Iluvislam Ad-Dien Fiddien | Editor: mawaryangtinggi  

Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah Tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai. Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya syaitan, dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan.

Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah. Selawat dan salam ke atas baginda S.A.W. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.
Sedekah adalah amalan yang dianjurkan oleh Islam kepada sekalian umatnya.

Tidak kiralah siapa pun kita, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghulurkan sedekah kepada yang memerlukan. Dengan sedekah sekurang-kurangnya akan melatih diri menjadi lebih bersifat memberi dari menerima. Bukankah yang memberi itu lebih baik dari yang menerima?.

28 September 2011

One Piece Movie: Mugiwara cheisu (2011) BRRip

Jumpa movie nie pas meng 'google'

bleh check tentang movie nie kat imdb


kalo minat nak donlod klik sini

password : sky.

kredit to TEAM ARYZS

lain-lain movie OP check kat sini

26 September 2011

How To wat komen

salam

benda nie memang nampak mudah... 
tapi kepada yang baru belajar... termasuk ak juga... 
jenuh juga membuatnyer

so 1st step.. cara paling mudah login trus ke blog 
contohnya login ke blogspot

2nd pilih blog yang ingin di komen

3rd... komen jer la sesuka hati... hehehe
perhatikan pada bahagian comment as telah ada profile anda.. 
seterusnya klik jerk post comment

25 September 2011

Cara add slideshow

salam....

just berkongsi ilmu mcm mana nak add slidehow daripada web slideshare

1) pergi web tersebut dan pilih slideshow yang di perlukan... jika perlu uploadkan slideshow anda sendiri... untuk upload, anda perlu mendaftar.

2) Pada slideshow yang dipilih... klik pada embed.... jika perlu tukarkan saiz... klik pada cuztomize dan pilih saiz yang sesuai kemudian klik copy




4) Pada blog... klik new post

4) Masukkan Title dan kemudian klik edit html dan pastekan kod tadi

5) Masukkan Labels jika perlu

6) Klik pada publish post

dan lihatlah hasilnya.... Selamat Berjaya

22 September 2011

Iri Hati dan Hasad Dengki

alt
"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (An-Nisa' : 32)

Umumnya semua kita punya sifat ini, cuma bergantung kepada kekuatan diri untuk mengawalnya. Ada yang tidak mempedulikannya. Ada yang mengikutinya hingga menggadaikan maruah diri dan orang sekitarnya. Kita seringkali lupa bagaimana Allah mendidik kita supaya sentiasa meminta kepadaNya.

Aku Seorang Peminta!

Artikel menarik daripada iluvislam.... sama-sama kita fikirkan....

Kita sering memanjatkan doa dan meminta kepada Sang Pencipta, Sang Pemberi Rezeki, dengan segala macam permintaan dan hajat. Samada dikala waktu terluang mahupun dikala kesempitan, pada setiap ketika dan saatnya.

Good Luck

Kepada Semua Pelajar² UiTM Perak... terutama hehehe..(rahsia).... aim 4 dekan taw... hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...