19 Januari 2012

Forum Kesedaran Siswa

salam

manyak citer x mao.... mlm nie ya... kat dsi...


Perang Siber

salam...

minggu nie perang siber antara hacker arab/palestin tercetus..... bnyak gak web yang kener.... dimulakan hacker arab..pasti hacker pro israel balas dendam plak sejak kelmarin....

mcm yang di laporkan Berita Harian hari nie..

Penggodam Israel balas dendam serangan Arab Saudi

2012/01/19

RIYADH: Penggodam Israel yang menggunakan nama IDF-TEAM, membalas dendam serangan Arab Saudi terhadap Bursa Saham Tel Aviv dalam pusingan terbaru perang siber.


Penggodam Israel melumpuhkan laman web kedua-dua Bursa Saham Saudi (Tadawul) dan Bursa Sekuriti Abu Dhabi (ADX) Isnin lalu, dalam episod terbaru perang siber berterusan antara penggodam di kedua-dua negara berkenaan.
Penggodam Israel terbabit berupaya melumpuhkan laman web Tadawul, sambil menyebabkan kelewatan ketara kepada laman saham ADX.
Penggodam menulis bahawa serangan itu adalah sebagai tindak balas terhadap godaman ‘menyedihkan’ laman web Israel Isnin lalu.

16 Januari 2012

Mudarat mandi malam

ADAKAH ia satu mitos tentang mandi pada waktu malam boleh mendatangkan kemudaratan pada kesihatan? Ramai kalangan masyarakat Malaysia mengatakan amalan sebegini boleh mendatangkan pelbagai masalah kesihatan.

Adakah benar persepsi tentang tabiat mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit kronik? Apa kata pakar dalam penjagaan kesihatan tentang isu ini?
Dr. Anies Tan, seorang doktor perubatan di hospital swasta menjelaskan kajian menunjukkan yang mandi bukan sahaja boleh membersihkan badan daripada kotoran tetapi juga boleh menghilangkan stres.
Katanya, mandi memainkan peranan penting dalam mempertingkat sistem imun badan selain mengelak berlakunya penyakit kulit seperti ekzema dan masalah kesihatan lain.

"Kebanyakan penyakit kronik antaranya diabetes, hipertensi, kegagalan buah pinggang dan masalah kardiovaskular muncul daripada kegagalan sistem dalam badan, cara pemakanan dan gaya hidup kita. Tiada bukti yang mengatakan mandi pada waktu malam boleh mendatangkan penyakit-penyakit ini," kata beliau.

12 Januari 2012

Bz nya....

salam

maaf semua... bz sgat... awal2 tahun baru nie... x sempat nak update blog....

wait 4 me .... just next week... with new story.... 

so jumpa lagi minggu depan

09 Januari 2012

2012 antara tahun terpanas

2012/01/08
sumber: Berita Harian
La Nina, pemanasan global punca suhu melonjak ke paras tinggi

LONDON: Tahun 2012 diramalkan akan menjadi antara 10 tahun yang paling panas dalam tempoh 160 tahun, sejak 1850, lebih panas berbanding tahun lalu.

Tahun ini juga dilaporkan bakal menjadi tempoh paling panas kali ke sembilan bagi India sejak 1901. Saintis kaji cuaca meramalkan, suhu pada 2012 adalah 0.48 darjah Celsius lebih panas berbanding purata suhu sepanjang tahun lalu.

Ketua jabatan ramalan cuaca Britain, Adam Scaife berkata walaupun 2010 direkodkan sebagai tahun ‘hangat’, 2011 menyaksikan fenomena La Nina yang kuat dan secara tidak langsung mempengaruhi keadaan cuaca antarabangsa.

“La Nina kembali semula. Walaupun ia tidak sekuat seperti awal tahun lalu, ia masih memberi pengaruh ke atas suhu pada tahun mendatang. Berikutan itu, kami meramalkan 2012 sebagai tahun yang lebih panas berbanding tahun lalu, tetapi tidak sepanas tahun 2010,” katanya.

Beliau berkata, 2010 dilihat sebagai tahun paling panas di seluruh dunia dengan suhu berada pada paras 0.53 darjah Celsius melebihi paras biasa, disusuli tahun 2005, 1998, 2003, 2002, 2009, 2006, 2007, 2001 dan 2011. Pada 2001 dan 2011, suhu berada pada paras 0.41 darjah Celsius melebihi purata 14 darjah.

Setiausaha Pertubuhan Kaji Cuaca Dunia (WMO), Michel Jarraud berkata pengaliran gas rumah hijau ke atmosfera juga semakin bertambah, di sebalik pelbagai usaha dan kempen di seluruh dunia untuk mengurangkannya.
“Keadaan ini menyebabkan peningkatan suhu antara 2 hingga 2.4 darjah Celsius bagi purata suhu dunia. Saintis percaya ini akan menyebabkan perubahan besar kepada keadaan tanah, alam sekitar dan lautan,” katanya.

Sementara itu, ketua pengarah Jabatan Meteorologi India, Dr Ajit Tyagi berkata suhu menjadi semakin tinggi sejak dekad lalu berikutan pemanasan global.

Bagaimanapun, ramalan terbaru mengenai suhu di India dijangka tidak membimbangkan negara itu, kerana di kebanyakan wilayahnya setakat ini, suhu berada pada paras hampir normal kecuali di Jammu dan Kashmir, Himachal Pradesh, Nagaland, Manipur, Mizoram dan Tripura yang berada pada paras satu darjah Celsius berbanding tahap biasa.

“Suhu yang lebih tinggi dijangka mempengaruhi angin monsun di India dan ini adalah sesuatu yang positif. Kami mungkin tidak menghadapi banjir buruk atau hujan yang terlalu lebat. Pada masa sama, masih terlalu awal untuk membuat ramalan, jadi pemantauan rapi terus dilakukan,” katanya. – Agensi

04 Januari 2012

Belajar Sejarah CHINA

Pu Yi: Daripada raja menjadi rakyat biasa



Pu Yi ketika usia kanak-kanak.


DALAM kehidupan ini, tidak ada benda (meskipun sebesar zarah) yang akan kekal selamanya kerana hukum alam 'menjanjikan' - jika sudah tiba pada masanya, sesuatu itu pasti akan berubah.

Selagi bernama manusia, kita hanya mampu berusaha untuk mengekalkan sesuatu keadaan itu selama mungkin namun dengan kudrat manusia yang terbatas, kita tidak akan mampu 'menahan' ia berubah menjadi sejarah.
Sejarah China sendiri membuktikan, tidak ada dinasti yang bertahan untuk selamanya dan dalam lipatan sejarah China yang panjang, dinasti silih berganti dalam tempoh lebih 2,000 tahun di China sebelum ia berakhir seabad lalu.

Ahad, 1 Januari lalu - pada saat berbilion-bilion penduduk dunia riang menyambut kedatangan tahun baru 2012, China sebenarnya 'menyambut' ulang tahun ke-100 'penggulingan' Dinasti Qing (pada tahun 1912) - mengakhiri sistem pemerintahan maharaja China.
Pada waktu itu, China yang disebut sebagai Republik China (atau dalam bahasa Cina disebut Zhonghua Minguo) menggantikan Dinasti Qing dengan menggulingkan Maharaja Pu Yi dan 'kejayaan' menumbangkan sistem maharaja pada tahun 1912 jelas membuktikan bahawa politik China ketika itu telah berubah mengikut kehendak generasi semasa.

Maharaja Pu Yi atau nama penuhnya Aisin-Gioro Pu Yi yang merupakan maharaja ke-12 Dinasti Qing dan merupakan maharaja terakhir China 'mengukir' banyak sejarah kepada negara itu.
Pu Yi dilahirkan di rumah agam Putera Chun di Peking (nama lama bagi Beijing) pada 7 Februari 1906 dan Pu Yi merupakan cucu sulung kepada Yi Huan yang merupakan anak ketujuh Maharaja Tao Kuang (1821-1850) yang membawa gelaran Putera Chun Pertama (I).

Meskipun bapa Pu Yi, Zaifeng merupakan anak kelima Putera Chun I, namun Zaifeng diangkat sebagai Putera Chun Kedua (II) kerana kematian adik-beradik lelaki yang lain pada usia kecil manakala abang keduanya (bapa saudara Pu Yi) telah dibawa ke istana dan ditabal menjadi Maharaja Kuang Hsu pada 1875.
Takdir Pu Yi berubah pada 13 November 1908 apabila Maharani Balu (Empress Dowanger) Tzu Hsi dan Maharaja Kuang Hsu yang sedang gering pada waktu itu memutuskan Pu Yi sebagai pewaris takhta.
Dua hari selepas Pu Yi melangkah masuk ke Istana Kota Larangan, Maharani Balu (Empress Dowanger) Tzu Hsi dan Maharaja Kuang Hsun mangkat dan selepas berkakhirnya tempoh berkabung, Pu Yi ditabal menjadi maharaja dan menaiki takha.

Hari pertabalan Pu Yi sebagai maharaja pada 21 Diember 1908 juga menyimpan sejarah yang 'sangat luar biasa'. Meski sejarah ini sudah lebih seabad berlalu, tetapi bagi rakyat China ia dijadikan sebagai 'guru' - sejarah yang amat pahit untuk diterima tetapi sangat banyak pengajaran di dalamnya.
Pada istiadat pertabalannya sebagai maharaja di atas singahsana yang telah digunakan sejak Dinasti Ming lagi, Pu Yi yang pada usianya yang belum pun mencecah tiga tahun tiba-tiba menangis dan berteriak; ''Saya mahu pulang ke rumah, saya tidak mahu tinggal di sini."

Menurut akal kita yang waras, apalah diketahui oleh seorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun, 10 bulan, 14 hari tentang kedudukan seorang maharaja yang berada di puncak hierarki sosial masyarakat, berkuasa mutlak dalam pemerintahan, pemilik tanah dan harta.

Dalam usia sementah itu, manalah Pu Yi mampu untuk mengerti bahawa peranan maharaja harus dilihat mempunyai kombinasi beberapa aspek antara falsafah Kong Fu Tze dan kepercayaan masyarakat dengan perlakuan-perlakuan politik semasa.

Kedudukan politik seseorang maharaja berdasarkan konsep mandat syurga yang meletakkan mereka sebagai 'wakil syurga' atau 'anak syurga' jauh sekali dapat difahami oleh anak kecil ini.
Namun bagi pembesar-pembesar dan hulubalang-hulubalang Istana Kota Larangan, tangisan dan teriakan Pu Yi "'Saya mahu pulang ke rumah, saya tidak mahu tinggal di sini" dianggap telah mencemar dan mencalar istiadat pertabalan seorang maharaja Cina yang selama lebih 2,000 tahun berlangsung dalam suasana yang penuh kebesaran dan kemuliaan.

Lebih tragis bagi mereka ialah apabila ayah Pu Yi, Zaifeng yang berada di sisi Pu Yi di atas singgahsana cuba memujuk anaknya dengan menyebut; ''Jangan menangis, jangan menangis…Ia akan berakhir tidak lama lagi…Ia akan berakhir tidak lama lagi!''

Kalimat ''Ia akan berakhir tidak lama lagi!" itu telah menyentak jantung pembesar-pembesar dan hulubalang-hulubalang Istana Kota Larangan dan mereka yang terkejut mendengarnya menganggap kalimat itu sebagai suatu 'bala' yang akan memusnahkan Dinasti Qing dan sistem pemerintahan maharaja.
Benarlah, lebih tiga tahun kemudian (1912), kegemilangan Dinasti Qing yang memegang takhta pemerintahan China selama 276 tahun hancur dan Pu Yi sebagai maharaja Cina terakhir telah digulingkan dalam revolusi yang dipimpin oleh Dr. Sun Yat Sen.

Pu Yi melakar sejarah yang sangat hitam selepas digulingkan dari takhta. Selepas revolusi, beliau masih diizinkan untuk tinggal di dalam Istana Kota Larangan tetapi pada usia 19 tahun, Pu Yi diarah mengosongkan istana.

Bermula detik itu, Pu Yi memulakan 'pengembaraan' yang panjang - memihak kepada Jepun dalam Perang Dunia Kedua dan diangkat menjadi 'raja boneka' dalam negara Manchu (Man Zhou Guo - kawasan yang dijajah Jepun) yang merupakan wilayah China dan bersempadan dengan Rusia, Korea Utara dan Mongolia.
Setelah kekalahan Jepun pada Perang Dunia Kedua, Kesatuan Soviet menguasai Wilayah Manchu dan Pu Yi berjaya ditangkap di lapangan terbang ketika cuba melarikan diri ke Jepun. Pu Yi ditahan di Rusia dan menjalani hukuman penjara selama lima tahun sebelum dihantar kembali ke China pada tahun 1950.

Beliau yang mengakui kesalahannya dan menyatakan penerimaannya terhadap pembaharuan, pendidikan dan revolusi telah menjalani pemulihan di Penjara Fushun War Criminal selama lebih kurang lapan tahun.
Pada tahun 1958, Pu Yi telah mendapat pengampunan dan dibebaskan oleh kerajaan China yang diperintah oleh Parti Komunis. Lapan tahun di Penjara Fushun War Criminal, Pu Yi telah 'dididik untuk menjadi seorang manusia biasa'.

Pu Yi meninggal dunia pada usia 61 sebagai rakyat biasa dengan sejarah yang penuh warna-warni. Pada masa yang sama, sejarah yang dilakar Pu Yi membuatkan manusia yang hidup pada hari ini cuba mentafsir apa yang sebenarnya telah menyumbang kepada keruntuhan sistem Maharaja China selepas lebih 2,000 tahun berkuasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...