19 Januari 2012

Perang Siber

salam...

minggu nie perang siber antara hacker arab/palestin tercetus..... bnyak gak web yang kener.... dimulakan hacker arab..pasti hacker pro israel balas dendam plak sejak kelmarin....

mcm yang di laporkan Berita Harian hari nie..

Penggodam Israel balas dendam serangan Arab Saudi

2012/01/19

RIYADH: Penggodam Israel yang menggunakan nama IDF-TEAM, membalas dendam serangan Arab Saudi terhadap Bursa Saham Tel Aviv dalam pusingan terbaru perang siber.


Penggodam Israel melumpuhkan laman web kedua-dua Bursa Saham Saudi (Tadawul) dan Bursa Sekuriti Abu Dhabi (ADX) Isnin lalu, dalam episod terbaru perang siber berterusan antara penggodam di kedua-dua negara berkenaan.
Penggodam Israel terbabit berupaya melumpuhkan laman web Tadawul, sambil menyebabkan kelewatan ketara kepada laman saham ADX.
Penggodam menulis bahawa serangan itu adalah sebagai tindak balas terhadap godaman ‘menyedihkan’ laman web Israel Isnin lalu.



Mereka memberi amaran jika serangan berterusan, penggodam akan “bergerak ke peringkat seterusnya dan melumpuhkan laman web untuk tempoh antara dua minggu sehingga sebulan.”


Awal pagi kelmarin, seorang penggodam pro-Israel menyenaraikan 30,000 alamat emel dan kata laluan Facebook “golongan Arab yang kebingungan” dalam laman godaman popular.


Penggodam yang menggunakan nama Hannibal, menulis bahawa tindakannya, yang bermula Jumaat lalu, adalah “serangan balas” selepas penerbitan perincian kad kredit Israel dalam internet oleh seorang penggodam Arab Saudi.
“Saya menyedari kebodohan Ox Omar dan rakannya,” katanya dalam satu kiriman yang dihantar kepada pastebin.com, laman sama digunakan penggodam Saudi.


“Negara Israel, jangan bimbang, anda berada di tangan penggodam terbaik dunia,” Hannibal memberi jaminan.


“Saya akan terus menyokong kerajaan Israel dan terus menyerang negara Arab,” katanya.


Hannibal mendakwa memiliki 30 juta alamat emel penduduk Arab, lengkap dengan kata laluan dan menguasai emel bukan hanya dari mangsa potensi namun dari pihak berkuasa di Perancis dan negara lain yang memintanya untuk berhenti. – Agensi

Ak.. semalam ada dpt senarai email yang kener hack tu... tapi yang sadisnya... majoriti orang malaysia... what happen... korang bleh google sendiri.. ak nak dedahkan senarai tu... takut ada yang di salahguna plak nanti... tp random check yang ak wat.... kebanyakan email tu sama ada dah di tukar password / tak wujud / telah di banned sementara..... tp bagi yang rasa2... email korang dah kener hack.... cepat2 ler tukar password wei..... letak la password yang strong sket...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...