27 Ogos 2014

PNB, Hamad Kama Piah, sandwich dan idea gila...

Idris Jusoh bersama-sama Hamad Kama Piah Che Othman bergambar dengan barisan anggota Lembaga Pemegang Amanah Tabung Pendidikan 1 Bilion serta sebahagian kakitangan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang terdiri daripada alumni UiTM di majlis penyerahan cek untuk tabung itu di Hotel PNB Darby Park di Kuala Lumpur, kelmarin. - utusan/Riduan Rizal Ahmad

Tabung 1 Bilion Alumni UiTM melonjak...

SEBAGAI seorang wartawan kita banyak bergaul dan kenal dengan kapten-kapten industri di negara ini.
Ada yang mudah mesra, ada yang berhati-hati dan ada yang sehingga menjadi sahabat karib.

Bagi orang korporat yang bijak, orang media tidak dibuat musuh. Sebaliknya dianggap sebagai rakan strategik - yang amat diperlukan pada masa-masa tertentu yang kita tidak ketahui bila masanya.

Ketika berlaku krisis korporat, semasa isu korporat sedang panas, semasa berlaku pertikaian buruh dan sebagainya hubungan korporat-media itu cukup penting sekali.

Sesiapa yang belajar mengenai selok-belok perhubungan awam akan tahu peri pentingnya media relations itu. Ia juga membabitkan soal komunikasi strategik bagi menguruskan sesuatu perancangan korporat.
Kelmarin saya hadir dalam satu majlis anjuran Permodalan Nasional Berhad (PNB).
Saya hadir atas kapasiti sebagai Presiden Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM), bukan sebagai wartawan.
Hosnya ialah Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Kami saling mengenali antara satu sama lain, secara profesional.
Namun jika sesiapa mengenali Hamad Kama Piah, beliau bukanlah seorang yang mudah ketika berunding.
Beliau dikenali sebagai seorang ahli korporat yang cukup teliti. Buah fikiran beliau mungkin tidak sama dengan kita. Namun hasilnya sering kali menyebelahi beliau.


19 Ogos 2014

Krisis makanan di Gaza, krisis terlebih makan di Malaysia

SEORANG perempuan Palestin mengangkat botol air minuman yang diedarkan di sekolah tajaan PBB di Jabalia, utara Genting Gaza yang kini menjadi tempatnya dan keluarga berlindung. - AFP

SUDAH hampir tiga minggu sejak Ramadan melabuhkan tirai dan Syawal menjelma, umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Di Malaysia, sambutan terus meriah dengan majlis rumah terbuka yang diadakan - walaupun tidak berskala besar - tetapi masih cukup mewah dengan segala juadah.

Di Lembah Klang bahkan kota-kota di seluruh negara sejak dua minggu lalu difahamkan mengalami kesesakan trafik luar biasa gara-gara rakyat Malaysia berkereta bahkan berkonvoi untuk memenuhi jemputan rumah terbuka sama ada yang dianjurkan oleh syarikat atau organisasi tempat kerja, rakan sekerja, teman sekolah yang baru berjumpa di Facebook mahupun saudara-mara dan jiran tetangga.

Penulis percaya ianya fakta dan bukan auta kerana ada rakan penulis dari Pantai Timur sanggup turun ke Kuala Lumpur untuk memenuhi undangan rumah terbuka sahabat di Kuala Lumpur. Begitu juga ada rakan lain sanggup naik bas dan berkereta hampir dua jam untuk berjejak kasih dengan teman seasrama yang sudah 20 tahun tidak bersua muka.

UiTM wujudkan Kursi Institusi Raja Melayu

BENTONG 18 Ogos - Kursi Institusi Raja-Raja Melayu yang akan diwujudkan tidak lama lagi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) akan menjadi benteng terakhir bagi mempertahankan kedaulatan institusi itu.
Naib Canselor universiti itu, Prof. Tan Sri Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, kursi itu akan menjadi sebuah pusat penyelidikan ilmiah bagi memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kedudukan institusi itu.

"Kini terdapat rakyat yang menggunakan akal fikiran secara logik menganggap golongan raja tidak lagi relevan.

"Justeru, kajian serta penyelidikan yang khusus mengenai raja-raja Melayu perlu dijalankan secara intelektual dan ilmiah bagi mempertahankan institusi itu, sekali gus memantapkannya," katanya semasa merasmikan bengkel pemikir penubuhan kursi itu di Genting Highlands dekat sini hari ini.

Bengkel tiga hari itu turut dihadiri oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad; Ahli Dewan Negara, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini; para ilmuwan serta pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan Persatuan Alumni UiTM Malaysia (PAUiTM).

Bengkel dikendalikan bersama oleh UiTM dan Majlis Perundingan Melayu (MPM). Menurut Sahol Hamid, bagi melaksanakan tujuan penubuhan kursi itu, UiTM telah mengatur pelbagai program kenegaraan dan patriotisme.

Kerajaan semak 171 skim perkhidmatan awam

IPOH 18 Ogos - Kerajaan sedang melakukan semakan penambahbaikan 171 skim perkhidmatan kakitangan awam dan keputusan mengenai perkara itu akan diumumkan pada pembentangan Bajet 2015, Oktober ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Azih Muda berkata, ia melibatkan kelayakan masuk ke sektor awam bermula daripada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga ke peringkat ijazah.

Katanya, setakat ini, kerajaan selesai melakukan kajian semula terhadap 81 skim.

"Harapan kita agar skim ini bukan sahaja diumumkan pada pembentangan Bajet 2015, malah tidak akan berlaku seperti sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang lalu, walaupun diluluskan kerajaan namun dibatalkan selepas banyak pihak tidak setuju.

"Oleh itu, semakan semula kali ini diharap memberi kepuasan kepada semua pihak dan semakan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang kini berada di peringkat akhir dilihat menunjukkan tanda positif," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri majlis Taklimat Isu Semasa Pembantu Tadbir Bersama Presiden CUEPACS di Auditorium Kompleks Rawatan Harian, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini hari ini.

Terdahulu, Azih mengadakan lawatan ke Wad 24, Klinik Methadon dan Klinik Pakar Psikiatri di Jabatan Psikiatri, HRPB serta Klinik Kesihatan Greentown dekat sini.

sumber: Utusan Malaysia Online

23 Disember 2012

Dunia seperti biasa

sumber: Berita Harian

Riyadh: Penduduk di seluruh dunia akhirnya maklum bahawa pelbagai spekulasi tarikh 21.12.12 adalah detik kehancuran alam ternyata tidak benar.

Malah, bagi mereka yang percaya kiamat akan berlaku hari ini pula - 22.20.12 - Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) sudah menghantar video ke web YouTube bertajuk Why the World Didn’t End Yesterday bagi menerangkan mengapa ia tidak akan berlaku.
Saintis berkata, khabar angin oleh media sosial dan internet mengenai hari kiamat berpunca daripada salah faham kalendar Maya yang berakhir pada 21 Disember tahun ini.


“Ia hanya menandakan berakhir satu pusingan tahun dan bermula tahun baru, seperti 31 Disember yang seterusnya disusuli dengan 1 Januari,” kata Pegawai Kanan NASA, Don Yeomans.

“Sejak manusia mencatat peredaran masa, sudah ada beribu-ribu ramalan mengenai kiamat. Cuma, kita masih di sini,” katanya lagi.

ASB beri dividen 7.75 sen seunit + 1.15 Bonus

sumber: Berita Harian

Kuala Lumpur: Pemegang unit Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan menerima dividen 7.75 sen seunit dan bonus 1.15 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012.

Ia meningkat 0.1 sen seunit berbanding tahun lalu iaitu 7.65 sen seunit dan tertinggi dalam tempoh lima tahun.
Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata peruntukan pengagihan pendapatan membabitkan pembayaran berjumlah RM8.13 bilion, iaitu peningkatan 17.5 peratus berbanding RM6.92 bilion pada tahun sebelumnya.


RM712.21 juta bayar bonus

Beliau berkata, ahli Lembaga Pengarah PNB juga bersetuju memperuntukkan RM712.21 juta sebagai pembayaran bonus, iaitu bersamaan 1.15 sen seunit, kadar sama diperuntukkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Pembayaran itu akan memanfaatkan 7.82 juta pemegang unit yang melanggan 110.2 bilion unit ASB.

“Secara keseluruhan, prestasi ASB sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Disember 2012 masih memuaskan walaupun kelembapan ekonomi negara maju serta krisis kewangan di Eropah mempengaruhi pasaran saham dan ekonomi negara,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Ahmad Sarji berkata, selaras falsafah dan objektif pelaburan tabung ASB sebagai tabung unit amanah berharga tetap, pengekalan modal dan kemampuan mengagihkan pendapatan secara berterusan menjadi keutamaan.

Beliau berkata, sehingga 19 Disember 2012, ASB memperoleh pendapatan kasar berjumlah RM8.54 bilion.

Daripada jumlah itu, pendapatan dividen diterima daripada pelaburan dalam syarikat-syarikat menyumbang RM4.80 bilion atau 56.21 peratus daripada keseluruhan pendapatan kasar.

Sementara itu, pendapatan daripada keuntungan jualan saham menyumbang RM2.68 bilion atau 31.38 peratus, manakala selebihnya, iaitu RM1.06 bilion atau 12.41 peratus daripada sumber pendapatan lain.

Kemaskini buku pelaburan

Pemegang unit boleh mengemaskini buku pelaburan ASB masing-masing di Ibu Pejabat, pejabat atau ejen ASNB di seluruh negara mulai 2 Januari depan.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata PNB berkemampuan mengagih dividen dan bonus sebanyak 10.8 sen seunit dalam tahun kewangan dikaji, tetapi selepas dibuat pertimbangan, ia ditetapkan pada 8.9 sen seunit (7.75 sen bagi dividen dan bonus 1.15 sen).

30 Oktober 2012

malas... malas... malas

salam..

sorry to all...

skrg di landa penyakit malas... even nak coret kat blog sendri...

x tau kenapa... hope ada motivasi

soon...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...