30 Mei 2010

Zakat Oh! Zakat

Salam

Sekadar mengambil artikel daripada Berita Harian untuk pengetahuan bersama berkenaan zakat KWSP.

Zakat dari segi bahasa bererti bersih dan suci, manakala dari segi syarak pula bermaksud mengeluarkan sebahagian harta atau hak milik kepada mereka yang layak menerimanya dengan kadar tertentu selepas mencukupi nisab dan sampai masa satu tahun atau selepas sempurna menuai (bagi tanam-tanaman).

Zakat terbahagi kepada zakat fitrah dan zakat harta. Zakat harta termasuk zakat emas dan perak, zakat wang dan perniagaan, zakat saham, zakat binatang ternakan dan zakat KWSP. Saidina Ali sudah meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu mempunyai 200 dirham dan sudah cukup haul (genap setahun) diwajibkan zakatnya lima dirham dan tidak diwajibkan mengeluarkan zakat (emas) kecuali kamu mempunyai 20 dinar (salah satu mata wang zaman dulu yang digunakan di negara Arab). Apabila kamu mempunyai 20 dinar dan sudah cukup haulnya, diwajibkan zakatnya setengah dinar. Demikian juga kadarnya jika nilainya bertambah dan tidak diwajibkan zakat bagi sesuatu harta kecuali genap setahun.” (Riwayat Abu Daud).
Dalam buku Indahnya Hidup Bersyariat, menyebut KWSP dikenakan zakat kerana konsepnya sama seperti simpanan, cuma perbezaannya simpanan di KWSP tidak boleh dikeluarkan secara mudah seperti akaun simpanan biasa. Tidak ada dalil yang mengecualikan zakat KWSP sekalipun ia untuk simpanan hari tua.

Caruman wang pekerja dan majikan ke dalam KWSP dikenakan zakat apabila cukup nisab dan haul. Oleh itu dalil wajib zakat KWSP adalah dalil wajib simpanan secara amnya. Zakatnya 2.5 peratus sekiranya mencukupi nisab semasa pada setiap kali ia dikeluarkan.

Contohnya, sekiranya mengeluarkan RM15,000, zakatnya adalah 2.5 peratus iaitu RM375. Wang caruman KWSP yang masih disimpan tidak wajib dizakat kerana ia belum sempurna milik dan si pencarum tidak dapat menggunakan wang itu. Saya menyarankan agar saudara mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengiraan dan sebagainya di pusat zakat negeri.

Sebenarnya banyak hikmah diwajibkan zakat. Ini termasuk pertama, zakat adalah satu cara pengabdian diri terhadap Allah SWT dengan cara mengeluarkan sebahagian harta untuk diberikan kepada orang lain yang kurang bernasib baik seperti fakir miskin agar turut sama mengecapi nikmat Allah SWT.

Kedua, kesanggupan mengeluarkan sebahagian kecil daripada harta yang disayangi dianggap sebagai satu amalan jihad (pengorbanan) melalui harta benda demi menegakkan salah satu rukun Islam yang lima.

Ketiga, membersihkan perasaan dendam dan hasad dengki orang fakir miskin terhadap golongan berada. Seterusnya untuk membersihkan segolongan ahli masyarakat umum daripada kekecewaan, yang merasakan diri mereka tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Keempat, melenyapkan sikap cintakan harta, bakhil dan kedekut dan kelima, mensyukuri nikmat pemberian Allah SWT dengan menyumbangkan sebahagiannya demi agama Allah. Wallahualam.

29 Mei 2010

Buat diri sendiri

Wahai kawan

Sedarlah ALLAH sedang menguji kamu, bersabarlah dengan ujiannya. Apagunanya kamu meronta dan menyalahkan orang lain. Biarlah mereka dengan cara hidup mereka dan kamu dengan kehidupan kamu.

Sedarlah kehidupan tanpa cabaran dan dugaan adalah kehidupan yang bosan dan sia-sia.

Sedarlah. Individu  yang sentiasa hidup dalam kemewahan tidak sama dengan individu yang pernah hidup susah. Individu yang sentiasa hidup selesa tidak sama dengan individu yang sentiasa hidup dengan cabaran. Di mana keadilan ALLAH??? Ya… ALLAH sentiasa adil, hanya orang susah yang tahu peritnya hidup dan bersyukur dengan nikmatNYA. Individu yang sentiasa menghadapi cabaran pula adalah orang yang paling tabah. Ingatlah individu yang bersyukur, menghargai apa yang ada dan tabah menghadapi cabaran sahajalah biasanya berjaya dengan kehidupannya.

Sedarlah. Kesenangan dan kemewahan tidak datang dengan bergolek tanpa cabarannya. Berusahalah dengan gigih dan bersyukur. Moga-moga ALLAH membalasnya dengan rezeki yang melimpah ruah. ALLAHlah yang paling layak memberi rezeki.

Sedarlah. Rezeki ALLAH dan nikmat ALLAH sentiasa ada. Tubuh badan yang sihat dan lengkap rezeki ALLAH. Hati yang baik dan ikhlas rezeki ALLAH. Ibu bapa dan kawan-kawan yang baik serta memahami juga rezeki ALLAH. Perkerjaan dan gaji yang baik serta mencukupi rezeki ALLAH. Pakaian dan tempat tinggal yang baik serta selamat juga rezeki ALLAH. Kebebasan dan kemampuan untuk bergerak kemana-mana juga adalah rezeki. Dugaannya juga adalah rezeki ALLAH dan rezeki ALLAH sentiasa ada dan banyak lagi tidak terkira.

Sedarlah. Apa guna lagi kamu mengharapkan sesuatu yang telah pergi sedangkan masih banyak lagi perkara yang masih bersama kamu. Hargailah diri kamu sendiri, perkerjaan kamu, ibu bapa kamu, kawan-kawan kamu serta keluarga kamu.

Sedarlah. Apagunanya kamu merosakkan diri dengan bersedih. Bergembiralah dan nikmatilah kehidupan. Dunia masih belum kiamat, carilah kebahagiaan untuk diri kamu sendiri. Berkerjalah dengan rajin dan bersungguh-sungguh supaya kamu boleh membahagiakan diri kamu, ibu bapa kamu dan keluarga kamu. Duit bukan segalanya tapi tanpa duit bolehkah kamu membahagiakan mereka. Berbaktilah kepada orang tua kamu, mereka telah banyak berjasa, selagi mereka masih hidup, gembirakanlah mereka. Hargailah kawan-kawan kamu dan janganlah kamu khianati mereka. Keluarga kamu adalah nikmat ALLAH, berilah mereka peluang dan janganlah mereka menjadi mangsa keadaan.

Sedarlah. Perkara yang telah terjadi dan berlaku bukan kehendak kamu tapi kamu mesti tempuhinya juga untuk survival hidup kamu sendiri. Menyalahkan diri sahaja tidak berguna. Menyalahkan atau cuba merosakkan kehidupan orang lain juga tiada guna. Negara kita ada undang-undang. Malahan ALLAH juga ada keadilannya. Biarlah ALLAH sahaja yang membalas perbuatan orang yang berdosa. Apagunanya kamu menuntut keadilan di dunia akhir zaman ini yang kuasa adalah segalanya. Ia hanya membuatkan diri kamu rosak. Biarlah ia berlalu dan nikmatilah kehidupan yang mendatang dengan penuh kesabaran, kekuatan dan ketabahan. Moga ALLAH membalasnya dengan rahmatNYA. Moga dosa-dosa kamu yang telah lalu di ampunkannya. Moga kamu kelak berbahagia dunia dan akhirat.

Sedarlah. Ujian ALLAH masih banyak lagi. Janganlah kamu tinggalkan solat dan berbuat amallah sebanyak-banyaknya. Moga-moga dengan amalan itu bertambahlah kesabaran dan diberikan kekuatan, agar boleh kamu menempuh kehidupan dengan lebih berjaya dunia dan akhirat

28 Mei 2010

hadapi tekanan

salam

sekadar mengambil artikel dari Utusan Malaysia

 

Hadapi tekanan kecewa

Pernahkah anda berdepan dengan rakan atau saudara anda yang kecewa? Kecewa dalam peperiksaan, pekerjaan, percintaan, perkahwinan dan berbagai kekecewaan lain.

Bagaimana agaknya reaksi mereka? Sedih adalah perkara biasa. Menangis juga adalah perkara biasa tetapi tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana mampu mengundang masalah lain pula.
Menurut Perunding Psikologi Keluarga dan Guaman Syarie, Suzana Ghazali, kekecewaan melampau ini terjadi dalam perhubungan cinta atau perkahwinan.

Tindakan tersebut adalah kesan tekanan melampau yang dirasai oleh seseorang yang kecewa terhadap sesuatu.

''Perbuatan ini perlu dihentikan segera kerana jika dibiarkan, akan membawa padah bukan sahaja kepada insan yang kecewa sebaliknya kepada insan sekelilingnya juga.
''Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah 'takluk' dan 'tandingi' mereka. Sudah pasti kita perlu bersikap lebih agresif. Jika insan kecewa tersebut menangis meraung-raung, pegang atau peluk dirinya agar dia rasa lebih tenang.

''Persoalkan pada dia apakah tindakan dirinya dengan meraung, kecewanya akan hilang? Jika dia putus cinta, persoalkan apakah dengan meraung, cintanya akan kembali bersatu? Kenapa perlu meraung sakitkan fikiran dan emosi sendiri kerana insan yang tidak menyayangi dirinya?
"Sebaliknya tanamkan dalam fikirannya, hidup tidak akan berakhir walau tanpa insan yang mengecewakan dirinya itu," katanya.

Tegas Suzana lagi, minta individu tersebug kenang kembali ibu bapa atau siapa sahaja insan tersayang lain yang ada di dalam hidupnya.

''Jelaskan padanya perasaan insan-insan tersayang itu jika melihat dia yang bersikap sedemikian? Sudah tentu mereka juga akan sedih dan kecewa.
"Apakah dia sanggup kecewakan orang yang betul-betul ikhlas menyayangi semata-mata kerana seorang insan penipu?"

Kata Suzana lagi, pada situasi tersebut kita mungkin perlu tinggikan sedikit suara.
Yang penting takluki dan tandingi emosinya kerana individu yang menangis dan meraung ini terlalu mengikut perasaan hingga tidak mampu memikirkan perkara lain kecuali kekecewaannya.

''Tugas dan peranan anda untuk membawa emosi dan perasaannya ke dunia nyata semula.
" Sama juga jika insan kecewa tersebut menjerit atau marah-marah. Tindakan tersebut adalah satu luahan kekecewaan. Ketika itu, perlu lawan emosi marah tersebut.
" Bukan marahkan sikapnya sebaliknya mengingatkan agar tidak marahkan orang lain yang tidak bersalah dan tidak ada kaitan dengan kekecewaannya.

''Paling penting, minta dia istighfar ingatkan Allah. Minta rakan anda itu ucapkan Allah, Allah, Allah berulang kali. Insya-Allah, dalam beberapa ketika sahaja, dia akan mula kembali tenteram," ujarnya.
Elakkan daripada membincangkan perkara yang mengecewakan tersebut jika dia belum bersedia.
Hingga tiba saat itu, setiap kali dia cuba luahkan kekecewaannya, minta dia bertenang dan jangan dikenang lagi kisah-kisah lama yang boleh melukakan lagi hatinya.

''Dalam situasi sebegini, elakkan daripada menyebut perkataan sabar sebab ada ketikanya perkataan sabar ini akan lebih menambahkan kekecewaannya.
"Sebenarnya sabar adalah perkara yang perlu dipraktikkan dalam setiap agenda kehidupan namun sabar bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan," terangnya.
Sebaliknya gunakan perkataan tabah, kuat, boleh dan pelbagai lagi kata-kata semangat dan motivasi.

Ceritakan kisah orang lain yang lebih menyayat hati tetapi orang tersebut mampu meneruskan kehidupan seperti biasa agar insan kecewa tadi sedar dan tahu, bukan dia sahaja yang diuji oleh Allah malah ada orang lain yang lebih teruk ujiannya dan mampu meneruskan hidup dengan ceria.
'' Minta dia lebih dekatkan diri kepada Allah dan mohon kekuatan daripada-Nya. Insya-Allah, kekecewaan akan beransur hilang walau kisah duka masih belum luput di fikiran," ujarnya.

Cuti Oh! Cuti

salam

Selamat bercuti semua... walaupun hari nie aku kerna kerja..... OT ler... tak per la... ader gak masyuk sket.... hehehe...... apa pon cuti memang best.... bleh rehat n tido puas².

semalam p main badminton sampai badan lembik... tapi awat ha... sekarang nie panas betul la... semalam budget bleh la main lama sket.... coz ramai orang turun (dekat 10 orang la jugak) kami start main dari pukul 9 n dekat ajer jam 11 semua pakat dah tak nak main... tekanan la jugak.... walaupun aku masih la bertenaga lagi... tapi kesian jugak pada orang lain... especially otai-otai n separa otai... hehehe

balik semalam .... bugdet n main game dotA 2-3 roaund ... .tapi badan penat gila... so tido jer

apa pon kira ok la semalam cuma badan rasa macam tak berapa sihat bila bangun pagi nie.... rasa macam nak demam jer... tapi pagi tadi pas mandi .... telan ubat dulu sebelum p kerja... nasib kerja ari nie senang jer... standby jer... ok la tuh.. hari cuti kan... wat pa kerja berat².... lagi pun badan masih macam tak sihat... hehehe


26 Mei 2010

Saat mencari

salam

sekadar mengambil artikel dari laman web kosmo... tips yang juga bagus untuk orang yang masih mencari... hehehe


Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:


1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.
Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.


2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.
Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.


3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.
Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.


4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.


5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.


6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

25 Mei 2010

Kursus Oh! Kursus

Salam

25 - 27hb aku p kursus.... hehehe... apa yang hebatnya bila kener p kursus nie....

1) Makan Free
2) Tambah info baru terutama bila berkaitan dengan kerja.
3) kenal kawan-kawan
4) kalo 'blurr' atau tak paham apa yang di katakan perceramah/fasilitator, kalo ader tenet... hehe apa lagi wat benda bukan-bukan la

apa pon time kursus memang best..... hehehehe

24 Mei 2010

Apa yang anda mahu dalam hidup???

salam

Soalan ini aku tanyakan kembali pada diri sendiri telah diberikan ALLAH nikmat usia sehingga mampu hidup 28 tahun dalam dunia

Kerjaya
Kehidupan yang baik memerlukan kerjaya yang baik... ya.... inilah salah satu kehidupan yang dimahukan oleh semua orang.... tak kira apa jawatan atau pun bidang kerjaya, jika selesa ini inilah kerjaya yang baik.... Sejak dahulu inilah bidang kerjaya yang aku mahupan... bidang komputer.... bidang yang amat luas.... malahan masih banyak lagi yang aku kener belajar..... ya .... masih jauh lagi perjalanan yang ingin di tempuh... soalannya adakah sekarang aku tidak selesa.... rasanya OK la.... kehidupan di kawasan luar bandar dengan kos sara hidup yang tidak la tinggi sangat, tidak juga merbahaya dan sentiasa ada cabarannya.... Pada aku ini telah cukup sempurna. malahan pada aku pendapatan yang ada cukup untuk aku.

Harta
Satu lagi ciri kehidupan yang sempurna... memiliki harga sama ada rumah yang besar atau tanah yang berhektar-hektar atau kereta besar sama seperti yang di idam-idamkan atau yang dikendaki selama ini... terus terang.... harta padaku jika di kumpul banyak manapun tidak cukup. Padaku apa yang ada sekarang telah cukup, aku tak kisah jika orang lain, mempunyai harta atau kemewahan yang lebih... apa adahal... lagi pun padaku lebih banyak harta lebih susah nak hidup. Coz terpaksa memikirkan tentang harta sepanjang masa..... adakah semua orang kaya selesa dengan harta yang mereka miliki... tidak.... banyak juga yang tidak lena tidur coz takut hartanya hilang tau dicuri.

Keluarga
Semua orang yang mampu mahukan kehidupan berkeluarga... juga anak-anak yang membesar dengan sempurna.... isteri dan anak yang memahami, boleh di bawa berunding, menikmati kehidupan dan saling lengkap melengkapi

Nikmat hidup
3 perkara di atas la sentiasa menjadi kemahuan kita semua dalam kehidupan.... tapi padaku kini, semuanya aku telah ada dan mungkin masih boleh di tambah atau di sempurnakan... namun adakah aku telah dapat nikmat hidup... tidak... sebelum ini tidak... dan selepas ini pun mungkin juga tidak. Selagi aku masih dengan sikap lama.... tidak menghargai apa yang telah ada, bersyukur dengan apa yang diberi, dan berterima kasih padaNYA.... ya itulah nikmat yang sempurna... selagi aku masih ingat padaNYA, selagi itulah ALLAH akan kasih padaku dan melimpahkan rahmatNYA, aku amat takut jika rahmatNYA di bawa pergi...
YA ALLAH jadikalah aku termasuk dalam golongan hamba-MU yang bersyukur. .. AMIN

21 Mei 2010

Kawan Oh! Kawan

salam

Kawan

apa itu kawan... sekadar mengambil contoh 'jokes' daripada internet

1) kawan tu bkn mcm main BOLA. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2)kawan tu bkn mcm main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
3)kawan tu bkn mcm main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..
9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.


Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi ak, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah  kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting,  kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya..

20 Mei 2010

Iddah Oh Iddah

salam

mengambil maklumat yang diperolehi di internet (dari sumber-sumber web)yang boleh dipercayai

Iddah ialah suatu tempoh masa yang perlu dinanti oleh seseorang perempuan yang diceraikan oleh suaminya bagi mengetahui bersih rahimnya daripada mengandung untuk mengharuskan dirinya berkahwin dengan lelaki lain. Ia tidak boleh berkahwin dengan lelaki lain sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut. Iddah hukumnya wajib. Jika seseorang perempuan yang masih di dalam iddah, berkahwin dengan lelaki yang lain, maka perkahwinan itu hukumnya tidak sah pada syarak dan wajib difasakhkan serta merta. Antara hikmat disyariatkan iddah ialah :
i) Untuk mempastikan kesucian rahim perempuan.
ii) Perkara ta'abbud (ibadat).
iii) Memberi peluang kepada suami supaya berfikir semula dan kembali merujuk isterinya semasa d dalam iddah. Hal ini tertakhluk kepada kes talaq rajie sahaja.

Sekiranya seseorang isteri diceraikan oleh suaminya dengan talaq rajie maka menjadi tanggungjawab ke atas suami menyediakan nafkah berikut kepada isterinya selama ia di dalam iddah:
- Menyediakan makanan yang sepatutnya.
- Menyediakan pakaian yang sepatutnya.
- Menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang diceraikan itu.
- Menyediakan apa-apa yang patut kepada seorang isteri seperti belanja perubatan dan sebagainya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...