05 Mei 2011

Kejamnya Manusia

salam

semalam di Kedah.... seorang gadis mati di tikam kekasihnya..... sumber dari Utusan Malaysia di petik

"Berdasarkan siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan suspek menikam mangsa kerana putus cinta namun buat masa ini biar kita siasat dulu kes ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ratna Sufizzah Riyyanti, 23, dari Kampung Balik Bukit, Tobiar, Pendang maut setelah ditikam beberapa kali di dada, perut dan tangan, dipercayai selepas menolak lamaran suspek untuk berkahwin malam kelmarin.
Sebelum kejadian itu, mangsa dan suspek dipercayai berselisih faham sehingga mahu memutuskan perhubungan mereka.
Suspek yang bekerja sebagai tukang masak menyerah diri kepada polis awal pagi semalam setelah dinasihatkan oleh majikannya.

Hari ini 2 lagi kes pembunuhan kejam berlaku..... kes pertama di bentong... sumber Utusan Malaysia dipetik
Seorang kontraktor warga emas bersama isterinya ditemui mati dibunuh kejam, dipercayai dengan menggunakan cangkul dan objek tajam di bilik tidur rumah mereka di Kampung Gemeti di sini awal pagi ini.
Mayat Mohammad Yusof @ Abdul Rashid Samang, 71, ditemui dengan dua kesan tikaman di bahagian dada dan perut manakala isterinya, Timah @ Fatimah Pachu, 68, maut dengan kesan kecederaan di tengkuk.

satu lagi kes melibatkan pembunuhan kejam janda muda oleh tunangnya di Bukit Mertajam. Utusan Malaysia melaporkan seperti berikut

Angkara cemburu, seorang janda muda beranak dua mati ditikam bertubi-tubi di dada, perut dan leher oleh tunangnya di sebuah stesen minyak di Jalan Perusahaan Perai, di sini hari ini.
Mayat Karimah Jusoh, 25, yang juga pekerja stesen minyak berkenaan ditemui dalam keadaan menyayat hati, terbaring serta berlumuran darah di sebuah bilik salin pakaian di premis tersebut sekitar pukul 7.30 pagi ini.
Kira-kira tiga jam kemudian, tunang mangsa yang berusia 35 tahun pula dikejarkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dekat sini dipercayai akibat meminum racun.


Mudahnya manusia melepaskan amarah dengan mengambil nyawa orang yang sepatutnya jika ada iman.... perbuatan tersebut boleh di elakkan. Namun ALLAH jua yang mengetahui segala-galanya... boleh jadi pembunuh ada alasan tersendiri.... tetapi dia juga harus ingat... membunuh termasuk dalam dosa² yang besar... jika sekalipun terlepas hukuman di dunia... akhirat... mangsa pasti akan menuntut pembelaan... dan keadilan ALLAH jugalah yang pasti.

Moga kita yang masih hidup dan berakal boleh mengambil iktibar dan berdoa agar perkara ini tidak terjadi kepada kita atau saudara-mara kita serta sedekahkanlah  al-fatihah kepada semua mangsa. Moga-moga semuanya di tempatkan di kalangan orang² yang beriman. Al-Fatihah.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...