12 Jun 2011

Bilik IT: Soalan n Jawapan

salam

ramai yang x tahu agaknya blog nie milik staf yang bertugas kat bilik IT tuh.... emm... kalo ada yang tanya... bilik IT tuh kat ner... x dapek la nak tlong.... terima ajer la blog nie milik staf yg bertugas kat situ.... so nie just beberapa panduan kpd pengguna bilik IT...... yang x guna bilik IT... hehehe... baca ajer la yer...

Berapa jumlah komputer yang disedian dan spesifikasinya???
- 64 komputer di sediakan, 29 unit WinXP, 25 unit Win Vista, 3 Unit untuk Printer, 2 Unit untuk Scanner dan 5 unit rosak (tiada alat ganti).
- Komputer dengan OS windows XP - Pentium 4 2.0Ghz, 1GB RAM, 80GB HDD, telah digunakan lebih 5 tahun (tunggu masa untuk dilupuskan)
- Komputer dengan OS windows Vista - AMD Athlon 2.2Ghz, 2GB RAM, 80GB HDD. telah digunakan hampir 3 tahun. (komputer sewaan untuk tempon 3 tahun... hampir habis kontrak)
- 3 printer disediakan.. shared dengan 5unit pc. 



Bagaimana dengan Proses Masuk dan Keluar.
- semua pengguna kecuali pengguna printing n scanning perlu mendaftar di kaunter.
- serahkan kad pelajar kepada staf untuk proses daftar masuk,
- staf scan kad n berikan kad nombor komputer.
- pengguna ambil semula kad pelajar n kad nombor komputer serta duduk di komputer yg sepatutnya.
- pengguna gunakan komputer yg d sediakan... jika komputer bermasalah. maklumkan kepada staf untuk tindakan selanjutnya.
- selesai guna, pengguna serahkan kad nombor komputer dan kad pelajar kepada staf (kecuali jika staf tiada di kaunter.
- staf akan scan kad pelajar untuk proses daftar keluar.
- pengguna ambil semula kad pelajar dan boleh keluar dari bilik IT

Bagaiman jika staf tiada di kaunter
- jika staf tiada di kaunter bilik IT.... pengguna boleh minta bantuan staf kaunter Unit Media.
- Jika tiada staf juga... duduk dulu di mana² komputer sehingga staf bertugas ada. 
- untuk proses keluar..... pengguna cuma perlu tinggalkan kad nombor komputer.

Adakah terdapat sebarang bayaran untuk perkhidmatan yang di sediakan
- penggunaan komputer biasa - percuma..... ya percuma... kenapa x percaya ker??? 
- penggunaan Scanning - percuma.... ya skali lagi PERCUMA.... y... masih x percaya...
- Penggunaan Printing - Bayaran

Kenapa Print kener bayar n jumlah bayaran.
- Polisi UiTM menyatakan, pihak UiTM menyediakan komputer dan printer kepada semua pelajar / pengguna tetapi pihak pengguna perlu menyediakan kertas dan tonner.  
- Di Bilik IT, Pengurusan Perpustakaan telah menyediakan kertas dan tonner. Oleh itu, pengguna perlu membayar harga kos kepada Perpustakaan melalui Bilik IT.
- Bayaran
   Hitam - RM0.30 untuk setiap muka surat.
   Warna - RM0.50-2.00 untuk setiap muka surat (A4) bergantung kepada saiz gambar
                 atau
                RM 1.00-3.00 untuk setiap muka surat (A3) bergantung kepada saiz gambar

Adakah setiap bayaran akan masuk poket staf bertugas.
- Tidak... ya tidak sama sekali
- semua bayaran akan direkodkan. pengguna berhak meminta slip bayaran
- semua bayaran yang terkumpul akan diserahkan ke Bahagian Bendahari untuk di masukkan ke Tabung Perpustaakaan
- Semua duit dari tabung ini kemudian akan dikembalikan semula secara tidak langsung kepada pengguna melalui pembelian buku, majalah atau proses naik taraf perkhidmatan di perpustakaan.
- hanya pengurusan tertinggi perpustakaan yang  berhak mengeluarkan duit dari tabung ini dan kemana ia dibelanjakan dan setiap perbelajaan melalui proses audit.
- rekod bayaran di Bilik IT juga akan di audit untuk mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh staf yang bertugas.

 Masalah-masalah lain
- semua masalah di bilik IT, pengguna boleh berhubung dengan staf yang bertugas
- waktu biasa 8-5... staf yang bertugas adalah JURUTEKNIK KOMPUTER kecuali hari cuti dan cuti umum. Oleh itu semua masalah berkaitan komputer akan diselesaikan pada masa itu atau masa terdekat.
- Pada waktu lain, staf yang bertugas adalah Pembantu Perpustaakaan. Kecuali masalah berkaitan komputer, staf tersebut juga boleh membantu masalah pengguna pada masa itu atau masa terdekat.
- Sekiranya pengguna tidak berpuas hati. Pengguna berhak memohon bantuan atau penjelasan daripada staf berkaitan apa² masalah. Pengguna juga boleh, komplen pada 'borang kepuasan pelanggan' atau komplen kepada pihak pengurusan perpustakaan

Semua staf yang bertugas di BILIK IT, komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua pengguna. Kami mengucapkan terima kasih atas sokongan semua pengguna.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...