07 Januari 2011

UniFi makin melebar

TELEKOM Malaysia Berhad (TM), terus berada dalam hala tuju yang betul dalam melaksanakan perkhidmatan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB), UniFi, apabila ia kini dibekalkan ke 48 kawasan di seluruh negara dengan jumlah premis sedia dipasang melebihi 750,000 pada akhir 2010.
Faktor itu menunjukkan TM bakal mampu untuk mencapai sasaran jumlah premis sedia dipasang iaitu sejumlah 1.3 juta menjelang akhir 2012 sebagai fasa pertama pelaksanaan projek HSBB. Selari dengan pelaksanaan berperingkat, kawasan perumahan baru yang kini dibekalkan dengan perkhidmatan UniFi termasuk kawasan terpilih di Sentul, San Peng, Bintang dan Taman Midah di Wilayah Persekutuan dan kawasan terpilih di Sungai Long, Keramat, Cheras, Petaling Jaya dan Serdang. Sementara di Pulau Pinang ialah di zon industri Seberang Jaya, selain zon industri Bukit Tengah dan Bayan Baru yang sudah menerima perkhidmatan ini sejak Julai 2010.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Datuk Seri Zamzamzairani Mohd Isa berkata, berikutan perluasan berperingkat liputan UniFi ke lebih banyak kawasan di seluruh negara, TM mengadakan kempen lebih agresif untuk mendidik pengguna dan menarik minat pelanggan baru. “Baru-baru ini kami mencapai angka langganan lebih 30,000 dengan purata pesanan diselesaikan meningkat kepada 2,500 seminggu menjelang akhir tahun. Ini jelas menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia meluangkan masa secara online dan inginkan lebar jalur yang lebih,” katanya.
Menurut Zamzamzairani, 2010 adalah tahun bersejarah untuk perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi TM, UniFi. Dilancarkan secara rasmi di empat kawasan di Lembah Klang pada 24 Mac dan ia berkembang pantas meliputi 23 kawasan di seluruh negara pada Jun dan 48 kawasan menjelang akhir Disember 2010. Perkhidmatan IPTV TM, HyppTV, turut dilancarkan secara rasmi pada bulan Oktober.

UniFi kini ditawarkan sebagai perkhidmatan tiga serangkai menerusi tiga pakej kediaman dan tiga pakej perniagaan. Pakej kediaman tiga serangkai ditawarkan adalah VIP5 pada kadar RM149 sebulan, VIP10 untuk RM199 sebulan dan VIP20 untuk RM249 sebulan. Setiap pakej datang bersama perkhidmatan suara, Internet jalur lebar berkelajuan tinggi dan langganan asas HyppTV. - Harian Metro


Kini Unifi di : -

* Bangsar
* Taman Tun Dr. Ismail
* Subang Jaya
* Shah Alam
* Bukit Kemuning
* Cyberjaya
* Putrajaya
* Damansara
* Duta
* Kepong
* USJ
* Lapangan Terbang Subang
* Melawati
* Puchong
* Sungai Buloh
* Wangsa Maju
* Klang
* Bayan Baru (Penang) - Business only
* Bukit Tengah (Penang) - Business only
* Kulim HiTech (Kedah) - Business only
* Pernas (Johor) - Business only
* Senai (Johor) - Business only

- sumber:  Harian Metro dan Unifi

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...