29 Ogos 2011

Panduan Pemanduan Selamat

Salam

Sekadar berkongsi beberapa tips pemanduan selamat... tips yang dapat dari tenet or yang biasa ak wat

  • Patuhi Peraturan Jalan Raya. Contohnya had kelajuan, lampu insyarat
  • Memandu dengan berhati-hati serta sentiasa berwaspasa. 
  • Bertimbang rasa terhadap pengguna yang lain. Contohnya menggunakan laluan kiri ketika tidak memotong dan menggunakan laluan kanan ketika memotong
  • Pastikan kenderaan selamat, telah diservis, angin tayar mencukupi dan semua kondisi kenderaan pada tahap terbaik.
  • Berhenti sekejap ketika penat dan tidur di tempat yang selamat apabila amat mengantuk.
  • Memandu pada masa kebiasaan memandu atau semasa kebiasaanya tidak mengantuk. Contohnya ak biasa memandu yang kurang mengantuk pada waktu malam, Jadi untuk perjalanan yang jauh, biasa ak akan memandu pada waktu malam.
  • Berdoa semoga perjalanan selamat dan mulakan perjalanan dengan membaca doa menaiki kenderaan.
  • Berhubungan dengan saudara atau waris sebelum bertolak, semasa dalam perjalanan dan apabila sampai.

nie plak tips yang ak dapat dari akhbar Berita Harian ari nie... selamat memandu
  • pakai tali pinggang keledar
  • Elakkan meletak kenderaan secara haram, kenderaan anda mungkin akan ditarik atau disaman. Pastikan anda ingat di mana anda letak kenderaan anda.
  • Jangan langgar lampu merah. Bertimbang rasa terhadap terhadap pengguna jalan raya yang lain. Berhati-hati dan patuhi peraturan ketika memandu.
  • Berjaga-jaga. Periksa cermin sisi dan cermin belakang anda, pastikan anda boleh melihat semua kenderaan dan pejalan kaki di belakang dan di hadapan anda.
  • Jangan melakukan sesuatu dengan tiba-tiba bagi mengelakkan pelanggaran. Contohnya, memandu secara melulu dan pantas atau memberhentikan kenderaan secara tiba-tiba.
  • Jangan menyelit di antara kenderaan di lebuh raya kerana perbuatan ini sangat berbahaya.
  • Berwaspada dengan kenderaan yang besar seperti lori dan bas. Kenderaan besar ini kebiasaannya mempunyai titik buta atau penglihatan dan pergerakan yang terbatas.
  • Jika kereta mempunyai ABS (antilock Braking System), tekan brek berkenaan sekuat yang boleh bagi mengaktifkannya untuk membuat hentian kecemasan.
  • Pandu perlahan (mematuhi had kelajuan yang di tetapkan). Hapuskan rasa terburu anda. Berikan anda lebih masa dan nikmati keselesaan memandu.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...