29 Ogos 2011

Tips Ketika Memandu (Perjalanan Jauh) - Perayaan

salam

Sekadar berkongsi beberapa tips dari akhbar hari nie....

Minum Minuman Bertenaga
ini boleh meningkatkan tahap waspada untuk jangka masa yang sesuai ketika memandu. Selain itu, hisap atau kunyah epal, oren atau lemon untuk mengekalkan deria rasa berjaga. Lebih masam makanan itu, lebih baik.

Berhenti di tempat selamat untuk makan atau berehat

Makan secara perlahan-lahan
Jika anda mempunyai snek dalam bentuk ketulan kecil, makannya satu persatu. Jika anda lebih aktif, lebih senang anda untuk berjaga. Namun, harus di ingat, makan semasa memandu juga boleh menyebabkan kemalangan.

Minum Kopi
Kopi amat berkesan untuk anda berjga disebabkan kandungan kafein di dalamnya.

Berhenti dengan kerap untuk ke tandas
Ini boleh membuatkan minda anda segar untuk ke kawasan rehat seterusnya.

Mendengar muzik
Dengar lagu yang anda tidak suka. Lebih menjengkelkan muzik itu, lebih baik dan pasang dengan kuat. Jangan dengar muzik yang anda suka, lebih² lagi jika ia berirama dan menyenangkan. Anda akan berada dalam zon gembira dan ia boleh menyebabkan anda mengantuk.

Nyanyi bersama-sama atau berbual dengan seseorang ketika memandu
Menyanyi dan berbual boleh membuatkan anda aktif tanpa menganggu pemanduan anda. Elakkan daripada bercakap dalam telefon bimbit kerana ia juga boleh menyebabkan anda lalai.

Buka Tingkap.
Angin yang kuat dan digin ke muka boleh membuatkan anda lebih berjaga-jaga, tetapi pastikan ia tidak membuat mata anda kering (perkara ini biasa berlaku kepada pengguna kanta lekap)

Goyangkan kepada anda dari semasa ke semasa dan ambil nafas panjang.

Letakkan kerusi pada kedudukan yang anda tidak biasa.
keadaaan ini boleh menyebabkan anda berjaga-jaa tetapi pastikan anda mempunyai penglihatan yang baik pada jalan dan cermin kenderaan. Jika ada sudah berasa selesa dengan kedudukan itu, tukar ke kedudukan yang lain.

Kunyah gula-gula getah
ia mampu menghalang anda dari menguap justeru mengelakkan anda berasa mengantuk. Pastikan anda terus mengunyah walaupun mulun anda terasa penat.

sumber: Berita Harian

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...