11 Jun 2010

Membina kepercayaan dalam rumah tangga

salam

sekadar berkongsi artikel menarik daripada Utusan Malaysia berkaiitan rumahtangga

Membina kepercayaan dalam rumah tangga

Selain kasih sayang, tanggungjawab dan kewangan, rasa percaya dan jujur juga mempengaruhi dalam jalinan hubungan seksual antara suami isteri. - Gambar hiasan


MEMBINA rumah tangga bukan seperti membina istana pasir di tepi pantai, sekali ombak datang istana roboh berderai. Seboleh-bolehnya jadikanlah binaan itu kukuh, sekuat istana konkrit, biar dilanda ombak dan taufan ia tetap utuh dan teguh.
Namun membina kekukuhan dalam perkahwinan memerlukan ramuan yang padat bukan sahaja dari segi kekuatan fizikal, mental, spiritual malah kemantapan ekonomi dan sosial.
Perkahwinan sebenarnya merupakan manifestasi cinta antara pasangan kekasih. Namun ironinya cinta di alam rumah tangga bukan sandaran yang kukuh untuk satu hubungan yang kekal hingga ke hujung nyawa.
Ia sebenarnya menagih begitu banyak pengorbanan, pengertian serta yang paling utama ialah kejujuran serta kepercayaan antara pasangan.
Dalam usaha mewujudkan kesefahaman dan rasa percaya, pasangan suami isteri seharusnya mengambil sikap bekerjasama dan tolak ansur ketika melayari hubungan rumah tangga.
Selain kasih sayang, tanggungjawab dan kewangan, rasa percaya dan jujur juga mempengaruhi dalam jalinan hubungan seksual antara suami isteri.
‘‘Kepercayaan dan kejujuran merupakan nadi utama dalam sesebuah ikatan.
‘‘Tanpanya, kasih sayang yang terjalin tidak mungkin berkekalan sehingga akhir hayat,’’ kata pegawai Psikologi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Putrajaya, Ezrina Abdul Rahman
Namun begitu tegasnya, bukan mudah untuk membina kepercayaan antara pasangan dalam sebuah hubungan.
‘‘Justeru tidak hairanlah ada pasangan yang masih belum saling percaya di antara satu sama lain dan perasaan sangsi sentiasa merajai hati, apatah lagi bagi yang masih dalam proses berkenalan,’’ ujarnya lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...